KERJA KOSONG!!! KERJA KOSONG!!! KERJA KOSONG!!!
DUNIA!! DUNIA!! DUNIA!!
Terlalu keliru dengan jalan hidup ini. Harapan hanya pada
Allah. Tawakal dengan ketentuan yang Allah atur dalam hidup.
Memang mudah memberi nasihat kepada orang lain. Tapi tak mudah
memberi nasihat kepada diri sendiri dan menerima nasihat itu dengan hati yang
ikhlas. Terkadang hanya memaksa diri untuk menerima pada zahirnya. Itu hanya
Allah sahaja yang mengetahui betapa peritnya tika itu.
Ya Allah ampuni diri ini. Ampuni diri ini andai terdetik
dihati ini dengan sifat-sifat mazmumah dan kurang bersyukur dengan nikmat dan
rezeki yang Engkau berikan tika ini. Astaghfirullah…
Jika dilihat dari sudut yang lain, lebih ramai lagi kurang
bernasib baik dari diri ku ini.
“ Jika engkau berasa kecewa atau bersedih hati, pandanglah
orang lain yg berada lebih bawah daripadamu. Tika itu engkau akan mengerti erti
syukur”
Sepatutnya tetapkan hati, kuatkan iman kita, terus bersyukur
dan sentiasa berdoa kerana disitulah ada ujian yang Allah mahu menilai setiap
hamba-Nya. Allah mahu nilai sejauh mana kebergantungan kita pada Nya. Bukan kah
Allah berfirman:
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu:
Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya
Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur
ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih"
Surah Ibrahim : Ayat 7
Rezeki tak semestinya dalam bentuk ‘kerja’ semata-mata.
Sekarang aku bahagia bersama family. Alhamdulillah..aku
sihat. Alhamdulillah… cukup makan minum, xpenah lapar. Alhamdulillah… cukup
pakai, tempat berteduh, dapat melihat mama abah depan mata. Aku bahagia.
Alhamdulillah…syukur ya Allah..
Tapi, buat masa sekarang aku tak dapat nak ringankan beban
family dengan hasil titik peluhku sendiri lagi. Maafkan anakmu ini. insyaAllah,
satu hari nanti pasti tiba rezeki itu dengan izin Allah. Aku percaya itu. Aku
mahukan rezeki yang berkat dan membuat aku lebih dekat lagi denganMu ya Allah.
Dengan syarat..
USAHA, DOA, TAWAKAL hanya pada Allah, Pencipta kita, Pemberi
rezeki..
Antara amalan-amalan bagi memurahkan rezeki dengan izin Allah:
1. Perbanyakkan selawat
2. Tinggalkan perbuatan dosa
3. Sentiasa ingat Allah
4. Berbakti dan mendoakan ibubapa
5. Bersedekah
6. Biasakan diri untuk solat malam
7. Biasakan diri dengan solat dhuha
8. Sentiasa bersyukur dan berdoa
9. Bertawakkal: dengan tawakal , seseorang itu akan dikurniakan rasa kaya oleh Allah.
Firman-Nya :
"Barang siapa bertawakkal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya)"
:: Walaupun sudah dijangka dengan nilai itu, saat kau
khabarkan padaku cukup membuat hati ini sayu. Entah kenapa. Aku tidak
pasti. Mungkin keadaan diriku tika itu membuatku tersentuh::
Allahuakbar...
::KISMEC oh KISMEC::
REZEKI, JODOH, AJAL DAN MAUT SEMUA KETENTUAN ALLAH, percaya
itu… ^__________^