بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Saturday, December 19, 2015

Ecm.Mega.Tc.Chikenchop.Punyacerita

Kekadang tu aku rasa bersendirian itu lebih baik supaya akal dan minda dapat berfikir dengan waras matang dan lebih jauh kehadapan tanpa ada gangguan. Bagi aku juga cara itu juga sebagai terapi jiwa. Dan juga cara untuk mendapat ketenangan.

Lebih-lebih lagi sambil dipukul angin petang di tepi pantai..Awesom sungguh. Begitu lapang jiwa ku ini kala dihimpit masalah atau tekanan. Tapi tak semua orang berpendapat begini. Tetapi bagiku ini salah satu caranya..

Dikala study week yang sangat memberi tekanan dengan assignment, report, test dan presentation yang masih tertangguh ni memang agak menyesakkan fikiran. STUDY WEEK = MINGGU MENYIAPKAN SEGALA TUGASAN...Sungguh  tak dapat kugambarkan dengan kata-kata. Tp masih dapat bersyukur kerana Allah mengirimkan sahabat2 yang sangat baik dan supporting dan  memahami dan membuatkan diriku rasa di hargai...peace..^^.. Indahnya ukhwah itu. Pasti aku akan merindui saat-saat kita bersama.

Yang paling penting psm1 done..!!! yahooo...

Seharian berjalan-jalan di bandar kuantan. Sangat membuatku rasa waahh..happy nya..Mana tidaknya, as student (budak hostel kk5) nak keluar bukan main payah. nak sewa menyewa kereta lagi. Bukan murah taw.hmm..Bila fikir macam ruginya.banyak duit disalurkan kesitu.Tapi apa boleh buat. Kalau tak sewa, Terpenjara lah kami kat kolej tu..huhu

Berjalan-jalan-jalan....sambil ambil angin petang & ombak pantai di tepi pantai teluk chempedak

Melihat gelagat manusia yang berbagai.
 Hajat nak makan chiken chop RM 5 tak tercapai sebab kedai tak bukak..huhu..


Menuju Sakinah Mawaddah Warahmah II

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Tinggal beberapa hari lagi kita akan di ijab kabul kan. Rasakah awokk apa yang saya rasa sekarang. Ya Allah permudahkanlah jika benar ini jodoh kami. Jodoh yang sudah kau takdir kan untuk kami, Yang tertulis di Luh Mahfuz untuk kami. Sesungguhnya hanya kepada Engkau kami berserah diri tiada yang lain kami harapkan selain bantuan untuk hamba Mu yang kerdil ini. 

Apa pun yang berlaku semua atas aturan atas kekuasaan Mu ya Allah. Perancangan dan persiapan sedang giat di usahakan. Sekarang hanya perlu diteruskan dan bergantung harap kepada Allah.

Ya Allah. Aku insan yang kerdil yang tiada daya. Yang serba kekurangan. Tetapi Engkau hadiahkan aku seseorang yang aku fikir sangat sempurna di mata ku. Sampai terkadang aku fikir layak kah aku untuk menjadi pendamping hidupnya? Terima kasih ya Allah atas kurniaan Mu. Aku bersyukur dengan apa yang Engkau kurniakan. Alhamdulillah...

Aku akan berusaha sebaik mungkin segala terdayaku untuk menjadi yang terbaik untuk mu. Pimpin lah aku. Kau bantulah aku ya Allah. Terlalu tinggi impianku. Impian kau. Impian kita. Impian yg tak mustahil tetapi impian yang perlu kan pengorbanan yg besar dan keikhlasan dari hati. IMPIAN KE SYURGA BERSAMA....InsyaAllah

Engkau sentiasalah pandu kami ya Allah. Supaya kami sentiasa istiqhomah di jalan Mu. Sungguh kami sangat perlukan bantu Mu untuk miniti jaslan hidup ini. Jalan sekarang jalan di masa depan kami. 





Doa Isteri Senjata Hebat

Hidup sebagai suami isteri memang ada pasang surutnya. Hari ini bergaduh esok sudah kembali ceria. Hari ini bermasam muka esok sudah boleh berborak-borak. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Itulah rencah rumah tangga yang perlu diketahui kerana setiap dugaan yang datang hanyalah untuk menguji keimanan kedua-duanya. Sebagai isteri, tahukah anda bahawa doa isteri amat mustajab?


Sujud Bertafakur
Hati wanita mudah terguris jika dimarahi walaupun sedikit. Namun, hati mereka juga mudah sejuk apabila dipujuk oleh sang suami. Setiap pasangan memiliki tanggungjawab masing-masing. Biar pun berlainan itulah yang dinamakan saling melengkapi antara satu sama lain. Disebabkan itu, Allah sudah menetapkan jodoh anda dengan insane yang jauh berbeza dengan sikap anda supaya anda dapat mengenali erti sabar dan belajar untuk menerima kekurangan pasangan.
Islam menyarankan agar umatnya bercinta selepas nikah. Mengapa? Ini kerana hubungan yang halal ini lebih membawa kebahagiaan dan mendatangkan pahala yang banyak hingga tidak mampu dihitung. Wahai isteri, sesungguhnya anda adalah seorang yang rugi jika tidak menyayangi suami anda sepenuh hati. Perasaan cinta boleh dipupuk selagi mana suami anda menjalankan tugasnya dengan baik dan menjadi pemimpin yang soleh dalam keluarga.
Tahukah anda doa isteri amat mustajab apatah lagi jika wanita itu bermunajat seikhlas hati demi mencari reda Allah. Wanita lebih bersifat penyayang disebabkan itu doa mereka lebih makbul kerana Allah juga Ar-Rahim.
Gunakan kelebihan ini untuk anda bersujud dan bertafakur memuji nama-Nya serta rasul-Nya disamping berdoa meminta limpahan kebaikan, ketenangan, kebahagiaan serta keharmonian dalam rumah tangga yang dibina. Nescaya Allah mendengar setiap butir bicara anda pada-Nya. Setiap doa yang diiringi keikhlasan dan air mata penyesalan pasti akan dimakbulkan oleh-Nya.
Jangan terbit walau secumit rasa marah, benci dan dendam pada suami apabila anda berdoa kerana Allah tidak menyukai perkara mazmumah (keburukan). Doakan yang baik untuk suami. Jika suami anda seorang yang pemarah maka berdoalah agar Allah member petunjuk dan hidayah supaya suami anda berubah menjadi seorang yang penyayang.
Teman Jihad
Doa sahaja tidak cukup tanpa diselangi dengan usaha yang gigih. Jika anda rasa diri anda dalam kesusahan maka berdoalah setiap pagi sebelum suami melangkah ke tempat kerja agar Allah limpahi rezeki yang halal buat anda sekeluarga.
Suami yang keluar bekerja mencari nakfkah untuk isteri dan anak-anak adalah sama pengorbanannya seperti berjihad di jalan Allah. Selagi mana punca rezekinya halal dan niat yang baik untuk memberikan yang terbaik buat seisi keluarga maka setiap reda Allah akan bersama setiap langkahnya.
Oleh itu, selain doa yang tulus si isteri, sebagai orang kuat di sisi suami adalah baik anda bangun awal setiap pagi menyediakan sarapan, menggosok baju kerja suami serta menyediakan kelengkapan kerjanya. Tidakkah anda mahu pahala dengan kerja mudah? Seperti mana yang dikatakan di dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim ini yang bermaksud, “Barang siapa yang menyiapkan kelengkapan orang yang ingin pergi berjihad di jalan Allah maka ia pun dinilai seperti orang yang berjihad.”
Pimpin tangan suami anda ke muka pintu. Cium tangan dan wajahnya. Ukirkan senyuman di bibir mungilmu seraya berdoa, “ Semoga Allah memberikan ketaqwaan padamu, mengampuni dosamu dan melancarkan segala urusanmu di mana sahaja.” Pasti hati suami anda sejuk sepanjang hari walaupun menghadapi tekanan kerja.
Jangan hanya membaca artikel ini tetapi anda perlu iringi dengan perbuatan. Mulakan amalan ini hari ini hingga seterusnya. Bukan sahaja setiap perbuatan anda dan suami di bawah reda-Nya tetapi kedua-duanya akan lebih lapang dada dan tersenyum setiap masa.
Tidak lupa juga iringi doa kalian dengan melakukan solat sunat dhuha sememangnya terbukti sebagai jalan membuka rezeki serta memudahkan urusan. Lakukannya oleh suami dan isteri pasti Allah akan membantu setiap hamba yang mengingati-Nya setiap masa.
Artikel ini dipetik dari Majalah Nur, tulisan Nor Hafizah Md Shah (2696)

Saturday, November 21, 2015

Nukilan Buatmu

Syukur. syukur. syukur

Allah hadirkan insan seperti kamu
hadirmu tak pernah kuduga
membawa sinaran baru dalam hidupku

Alhamdulillah..
sungguh Allah maha pengasih Allah maha penyayang
membuka lembaran baru dalan hidupku



Hadirmu di hati bukan kerana rupa
bukan jua kerana harta
tetap keperibadian yang ada dalam dirimu
menarik aku untuk lebih mengenal isi hatimu


Hadirmu bukan kerana dunia semata
Hadirmu di dalam hidupku hanya kerana kau yang berada dalam doaku
kerana aku yakin dengan rencana illahi


Kerana aku yakin
jika cinta berpaksi pada asas yang kukuh
insyaAllah jalan yang bakal dilalui kelak pasti terpandu
kejalan yang lurus
jalan yang Allah redhoi
dengan insan-insan di sekeliling yang sangat mendorong
dan membantu
amin. amin. amin.
ya robbal alamin =)




Cintaku hadir dalam diri dengan sendiri tanpa ku sedari
perlahan-lahan menyentuh hati dan jiwa
tanpa di duga semua ini
yakin pada percaturan dan rancangan yang Maha Esa


Ku sedar
terkadang ujian menerpa
kau dan aku serba kekurangan
tak ada yang sempurna
kerana Allah yang memiliki sifat kesempurnaan
tatkala itu
Allah menjadi sandaran utama
semuanya kerana Allah
menyerah pada takdir yang maha kuasa


Berharap
perhubungan ini terus suci dan move the the next step dengan lancar dengan izinnya
dan terus berpanjangan dan tiada putusnya hingga ke syurga-Mu


HATIKU TERBUKA UNTUKMU KERANA ALLAH
BERTEMU KERANA ALLAH
MEMANJANGKAN PERHUBUNGAN KERANA ALLAH
SEMUANYA KERANA ALLAH
MOGA ALLAH SENTIASA MEMIMPIN DIRI INI
MENUJU KEJALAN NYA



Nukilan Liyana, tunangmu
28/6/2015
Hampir enam bulan menjadi tunangan orang
counting month and daysss..
Moga ilmu cukup sebelum waktunya dan semakin bertambah-tambah lagi
InsyaAllah ^_____^


Jarak bukan pemisah kasih antara kita
Jarak hanya pada ukuran
Kamu bukan terletak disana
Tetapi disini..
di hatiku..
InsyaAllah suatu hari nanti


Jauh di mata dekat dihati
Kejujuran dan kesetiaan 
Sangat perlu untuk hubungan jarak jauh






Persiapan 1 : Menuju Sakinah Mawaddah Warahmah

Hari itu aku pulang ke kampung halaman setelah berkelana hampir satu bulan di bumi selangor. Disebabkan cuti hari merdeka, aku ambil peluang juga pulang ke kedah walapun hanya dua hari. Rindu family and hati riang nak tempah baju nikah dan baju kahwin..Baju tu semua beli kat sini dgn en tunang dan family. So balik kedah just tempah je la. Tu jadi terlebih excited tu..hehe.

Kalau nak cerita al kisah mencari baju dan kain untuk majlis tu memang panjang la. Susah betul nak jumpa yang betul-betul bekenan di hati. Warna, design, kain, harga, saiz...bla3..hahaha. Akhirnya dapat la satu dress ready made. Tapi kena oter sebab terlalu besar. Yang lain just beli kain dan tempah. Senang!

Baju tunang dengan baju kenduri yang oter tu aku tempah kat my aunty. Harap-harap gojes la nanti. Lagi bagus sedap mata memandang dan puas hati. Nanti kalau hati ni terasa puas, dress lagi satu pon aku tempah kat makcik la. Eh..macam experimen plak kan. hehe. Bukan apa, sebab aku tak pernah tempah baju dress atau seangkatan dgnnya lagi. So tak salah kan. Kita usaha supaya dapat yang terbaik untuk hari yg bersejarah yg bakal tiba almost 3 months lagi. Cepat betul masa berlalu. Persiapan aku macam merangkak-rangkak lagi.

* Yang paling best, mama dengan berbesar hati ambil bahagian untuk turut serta oter baju tu. Terharu taw rasa hati ni. Sayu ja. Aku taw bukan senang nk buka jahitan-jahitan tu utk oter. sob3..(sedih jap)

* Tak ketinggalan utk en tunang dan bakal family yg sponsor baju-baju tu..Terima kasih sgt-sgt. Lepas tu sanggup luangkan masa dua hari semata nak cari baju dan kain. Aku ni memilih sangat ker..hehe..Aku tengok semua orang macam letih. tapi SEMANGAT!... ^__^ appreciated sgtttttt....

Okay. Sebenarnya aku nak cerita satu kisah lagi. HIV TEST..

Al kisah nya aku balik minggu tu tak plan pon nak buat test hiv. Tapi sebab bincang-bincang dgn mama, mama beri cadangan supaya buat test tu cepat lagi bagus. Masa macam makin suntuk dengan sekarang aku bekerja jauh nun di selangor. Entah bila lagi dapat balik kedah. Nak pergi kat sini bukan tak boleh. Tapi aku tak berani dan macam banyak kekangan ja bak kata orang. So, petang ahad , 30 August 2015, aku pon pergi la klinik kesihatan guar chempedak bersama mama, adik perempuanku dan si kecik aufa.

Procedure untuk buat test HIV test tak susah seperti yang di pikirkan. Just bawak ic sahaja. Pergi ke kaunter, daftar dulu. Time tu bagi taw je sy nak buat HIV Test untuk kahwin. Then dorang akan bg nombor..Tunggu sahaja. Tak perlu borang-borang untuk nikah pon yer.

So, tiba la giliran aku. Mula tu pembantu perubatan tu panggil untuk isi borang dulu. Kat situ isi detail pasal diri kita, Pastu tarikh nikah, nama pasangan, no telefon pasangan. Gitu-gitu ja. Siap!

Lepas tu lengan ku di cucuk. Takut jugak tengok jarum tu. Agak besar. Terbayang macamna la kalau aku jadi pegawai perubatan tu. Macam tak sanggup ja nak cucuk orang..hehe.. Kenapa lengan? kenapa bukan hujung jari? Sebabnya untuk orang yang umurnya 25 tahun ke bawah, di wajibkan juga untuk buat test thalasemia. Untuk 25 tahun keatas lain pulak. Test thalasemia adalah pilihan mereka sendiri. So sebab tu la aku kena cucuk di lengan. Peraturan masa itu la mnurut nurse tu.

Tapi masa nak buat tu ada seorang hamba Allah ni cakap. Sepatutnya test thalasemia lebih baik buat lebih awal. Hmm.. ya. Aku setuju. Ini demi kebaikan masa depan keturunan kita jugak. Tapi di sebabkan kesedaran tu kurang dalam masyarakat. Aku terpikir macam-macam masa tu. Macamana kalau sesuatu berlaku diluar kemahuan. huhu..nauzubillah. Ya Allah lindungilah kami. Hanya kepada Mu kami memohon dan bertawakkal.

Selepas darah di ambil, kami di beritahu result dapat tahu hari itu jugak selepas 20 minit. Tunggu la kami di ruang menunggu klinik. Selepas lebih 20 minit, nama ku di panggil dikaunter. Aku pon melangkah dengan yakinnya. Orang tu bagi beberapa keping kertas yang di kepilkan sekali. Aku tanya la macamna dengan result test itu. Akak tu senyap ja. Dia kata pegi ke kaunter mengambil nombor untuk berjumpa doktor. Hati dan fikiran aku tika itu tiada siapa yg tahu kecuali Allah. Pelbagai persoalan bermain di fikiran. Kenapakah? Apa yang berlaku? Ada jugak la terbit di hati rasa sayu dan sedih. Tapi masih boleh buat cool.

After jumpa doktor, rupanya doktor kata kandungan darah merah dalam badan ku kurang. Aku kekurangan zat besi dan vitamin. Doktor nasihatkan supaya mengambil banyak sayur dan buah-buahan. Kata doktor jugak. Ini demi anak-anak yang bakal lahir suatu hari nanti bila sudah berkahwin. Jika ibu pon sudah tidak cukup zat-zat yang diperlukan badan. Bagaimana anak yg didalam kandungan suatu hari nanti. Dengar nasihat macamni terasa macam orang  mengandung yg berjumpa doktor tiap-tiap bulan kot..hehe..(sy tak kawin lagi yer)

Masa tu lega sikit la perasaan ni. Alhamdulillah.. =)

Selepas itu, aku diminta pergi ke tempat dimana darah diambil tadi. Pegawai perubatan memberi nasihat supaya aku datang semula ke klinik 1 bulan selepas untuk membuat test itu semula. huhu..Kena cucuk lagi. Lepas tu di nasihatkan makan ubat or vitamin and iron tablets dan banyakkan pengambilan sayur dan buah. Yup aku akui, sejak menetap di rumah sewa aku kurang pengambilan sayur. Insaf seketika.. Time tu azam melambung tinggi la nak makan banyak sayur dan buah lepas ni..hehe.

Result : HIV Test - Negative (-ve)..Syukur satu step dah lepas. Alhamdulillah..

Iron tablets and vitaminss..harus dihabiskan..*manusia yg xsuka makan ubat.. T_T


Okay setakat ini sahaja untuk part 1 Menuju sakinah mawaddah warahmah.. Bersambung.

Psssttt...bertungkus lumus untuk tingkat kan vitamin dalam badan..hehe..Moga Allah permudahkan. Berazam betulkan gaya hidup dan pemakanan. InsyaAllah.

*Time awokk kata sy xpayah la buat test thalasemia tu kan. Biar awokk je buat. Kan syaratnya salah sorang tak boleh ada benda tu. Terharu, sebak rasa hati ni. Ambik berat nya awokk. Awokk xnak sy kena cucuk banyak kali kan. Nanti sy rasa sakit..hehe. Tapi sy kena buat jugak. Penting untuk masa depan kita. Aku berdoa supaya Allah permudahkan jalan kita membina masjid. Masjid yang akan melahirkan generasi-generasi soleh solehah.. InsyaAllah..Selain itu aku hanya bertakwakkal kepada pemilik diri ini, pemilik seluruh alam.... ^___^

Saturday, September 19, 2015

SUAMI KU MILIK IBUNYA


Aku milik suami ku dan suami ku milik ibunya. Seperti apa pun seorang mertua, aku selalu ingat bahawa..Dia adalah wanita yang mengandung suami ku dalam kepayahan selama 9 bulan...

Dia adalah wanita yang air susunya menjadi makanan pertama bagi suami ku. Dia, ialah wanita yang mendidik dan membesarkan suami ku, yang mengajarkan kepada suami ku akhlak sehingga aku rasa selamat di sisi suami ku...

Aku tidak pernah keluarkan wang seposen pun untuk menyekolahkan suami ku sehingga dia berupaya mencari nafkah, untuk menafkahi aku! Aku tidak sedikit pun mendidik suami ku hingga kini, ia jadi lelaki yang bertanggungjawab, dan aku merasakan SANGAT BAHAGIA MENJADI ISTERINYA setelah pengorbanan ibu mertua ku yang membesarkannya dengan kepayahan, anak lelaki nya menikah dengan ku, dia bagi kasih sayang anaknya dengan ku...

Cemburu? Pasti dia cemburu.. Aku wanita asing, yang kini selalu disayang2 oleh anak lelakinya. Harta anak lelakinya tercurah untuk ku nikmati. Padahal ia yang melahirkan, membesarkan dan mendidik...
Teringat nasihat ibu ku tercinta, "Nak.. sokonglah suami mu untuk berbakti pada ibunya. Jangan suruh ia memilih antara kau dan ibunya. Kerana, kelak kau akan merasakan bagaimana sakitnya diperlakukan seperti itu oleh anak lelaki mu nanti. Apa yang kau lakukan pada mertua mu, akan dilakukan pula oleh menantu mu.. segala sesuatu pasti ada timbal baliknya". Dan tangis ku makin deras..
Oh suami ku.. bahagiakanlah ibu dan bapa semampu mu. Semoga kelak anak2 kita pun membahagiakan kita, sebagai balasan bakti mu pada ibu bapa mu...
Seorang suami yg berbuat baik kpd ibubapanya... akan berbuat baik kpd isteri dan anak2nya...

*Save here untuk peringatan sepanjang masa. InsyaAllah..Moga Allah pandu.. 
Psss..awokk nanti family sy jadi family awokk, family awokk jadi family sy jugok taw. Kita jadi satu family yg besar sgt yer. InsyaAllah .. =)



Happy big family ^^

Wednesday, July 8, 2015

KITA SATU TEAM


On my wedding reception, Ayah gave a lengthy speech on marriage's do's and don'ts.. Those who attended would remember how long his speech was.. Ada dua pesanan yang sangat terkesan dihati, satu ialah, "its the second word that starts the quarrel" dan, "dalam perkahwinan tak ada you you, i i, ada kita".
Maka setelah dipesan berkali kali di dalam reception ballroom tu dihadapan 500 tetamu, hiduplah kami berdua bersama berpegangkan pesanan ayah tadi.
We don't have a perfect marriage. We are just like any other couple. We fight, we argue on certain things, we this we that just like any other couple. However, setiap kali kita nak start arguement, one of us will quickly say sorry and then we will both forget it. Kita akan ingatkan each other that its the second word that starts the quarrel.
At the end of the day, we will always be on the same team, macam ayah pesan, dalam perkahwinan cuma ada "kita". Just take a deep breath, hug each other and say sorry. Lower your tone. Bila itu prinsip kita, kita menang pun tak untung, kalah pun tak rugi because kita kan satu team. I know some other couples yang macam tu juga and they lead a happy marriage life. Anak-anak pun membesar dengan baik. But i also know some other couple yang jadi rival each other, as in when they fight they build a fortress and they keep going, they fall out of "kita" and become defensive. Nobody ever died of swallowing pride yet masing-masing still refuse to say sorry. Last-last tu jadi nak tengok, siapa menang siapa kalah. You cannot be a team, when u start going i i , u u.
I guess, my parents thought me by example. Ayah and ibu are good teammates. They spend their time mostly together. Masak sama-sama, rest sama-sama, ayah buat bisnes pun nak ibu ikut, ibu is dependant on ayah, and ayah pun dependant on ibu. Pakai baju nak matching-matching. They never forget each other's birthday, they celebrate their anniversary. Ayah ibu tak berkira duit ringgit, susah senang sama-sama. They are very supportive of each other and after all this years, they are still smitten. They call each other 'Yang' and say I love u, they hug each other and kiss each other when bidding goodbye, they maintain good relationship dgn both family, ibu jaga arwah tok mcm mak sendiri and ayah 26 tahun jaga arwah opah mcm mak sendiri.
Bila i dah kahwin, i naturally imitate my growing up surrounding. I become the reflection of my parents. I become selfless, and lucky me my husband pun mcm tu because he imitates his growing up surrounding juga. I remember at one time masa nak bayar for something, my friend terkejut tengok i minta Saif wallet instead of duit. She said, dia nak minta duit husband dia pun tak dapat, i minta wallet pun boleh? When u r a team, it doesnt matter, my wallet is his, his is mine. My phone is his, his is mine. We keep no secret. Whatever is in the past, is in the past. We look forward and we both want the best for our 'team'. So we protect each other, we become each other's pillar of strength.
We accept each other's weaknesses and only talk about the good ones. Kita kan satu team.
Forget about siapa yang akan menang masa bergaduh, isteri menang ke, suami menang ke, dua dua rugi. Bcz dalam proses nak menang tu we will say hurtful things yang sometimes we dont mean. Kadang tu sampai naik tangan, pinggan terbang. Anak-anak melihat and instinctively when they grow up, they will feel its normal and then history will repeat itself. Ni nak raya ni, instead of happy2, ada je suami isteri gaduh because dua dua nak balik kampung masing-masing. Kadang tu sorang balik sini, sorang balik sana. Shouldnt be that way, bincanglah, jadi "kita" instead of "saya". Remember, ur partner is ur teammate.
Kurangkan bagi arahan. Lebihkan bagi cadangan.
A) yang, tahun lepas dah balik kampung u, tahun ni balik kampung i.
B) yang, apa kata tahun ni kita balik kampung i..sebab last year balik kampung u kan kan..
Ada beza tak?
Berlembut suaralah.
Yang isteri kena pandai pujuk-pujuk. Suami mesti cair punya. Kalau dulu sebelum kahwin boleh pujuk-pujuk boleh gedik-gedik, why change jadi singa lepas kahwin? Suami pun kenalah lembut hati sikit. Adil ialah meletakkan sesuatu pada haknya. Kalau tahun lepas balik kampung suami, tahun ni kampung isteri la pulak. Kita kan satu team? Dah sampai kampung pasangan jangan duduk je dalam bilik pulak, keluarlah untuk bermesra dengan keluarga mertua. Ambil hati mak pak mertua. Bukan bodek, ambil hati. Tak rugi jadi baik.
Perkahwinan ni bila direstui dan didoakan ramai orang especially ibu ayah, u can never believe how much it can prosper.
Rasulullah s.a.w was a romantic man. Sampai tidur depan pintu rumah sebab taknak kejutkan Aisyah r.a yg sedang tidur. But what not all of us know, at the same time, Aisyah r.a pun tertidur di balik pintu tu kerana takut tak terjaga apabila Rasulullah pulang. Kisah cinta agung.
The prophet was deeply in love with his wife, so was the wife. Apa kata kita tiru akhlak Rasulullah dan isterinya ni dalam rumah tangga kita? Semoga Allah berikan keberkatan, berikan rahmat dan kebahagiaan sampai Jannah.
InsyaAllah.

Petikan dari fb Tun Fiqa Mohammad =)

Sebab aku rasa ilmu ni penting dan berguna untuk masa hadapan, so aku copy paste masuk sini.. 
Sekian...
About five monthsssss more...lalalala... < 3

#17/01/2015 punya cerita






Wednesday, July 1, 2015

VANILLA SLICE CAKE

Ni pulak respi kedua kek by awokk..!! ... VANILLA SLICE CAKE...!!! ... tadaaa...

Banyak kali dah di kabarkan ke'minat'annya terhadap kek atau apa-apa lah yg seangkatan dgn vanilla nie..

So, sy pon boleh la mencuba respi2 baru selepas ini..lgpon sy memang suka try benda2 baru ni. Dan yang penting haruslah ada org support.. paling tak pon habiskan apa yang sy masak...hehe


VANILLA SLICE CAKE

sedapnyeeerrr...bertambah-tambah sedap yg baru kluar dari peti sejuk... ^___^

Untuk menyediakan kek slice, kita perlukan 2 keping kek span vanilla.
Caramel ni, kita akan gunakan untuk mencampurkan dalam krim dan untuk topping kek.
CARAMEL
113 gm butter tanpa garam
120 ml heavy cream atau Dairy whipping cream
3 sudu besar air
60 ml corn syrup
200 gm gula
Potong buter kepada kiub kecil
Campurkan bersama krim dan panaskan dalam microwave hingga ia cair tapi masih keruh ~ ketepikan
Boleh juga panaskan atas api perlahan
Dalam periuk satukan air, gula dan corn syrup
Masak atas dapur hingga ia mendidih, berbuih-buih dan gula melarut ~ anggaran suhu 150C kalau tak ada temormeter cuma pastikan gula dah larut dan ia benar-benar mendidih
Tutup periuk supaya gula yang melekat di tepi periuk mencair dan turun ke bawah
Buka periuk dan tuangkan krim dan butter cair tadi
Kacau perlahan dan masak hingga pekat
Biarkan sejuk
* adunan ini dapat banyak, anda boleh buat 1/2 daripada adunan sahaja

KRIM VANILLA
3 biji kuning telur
100 gm coklat masakan putih
8 gm gelatin
30 gm air
2 sudu besar caramel
250 gm Krim Bukan tenusu
1 sudu teh esen vanilla
Satukan gelatin dalam air dan biarkan kembang
Cairkan gelatin dengan kaedah double boiler
Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler
Dengan kaedah double boiler juga panaskan kuning telur sambil sentiasa di kacau hingga ia berkrim
Tuangkan gelatin dan gaul rata
Tuangkan coklat masakan dan caramel gaul rata
Biarkan sejuk
Dalam bekas lain putar krim putar dan esen vanilla hingga kental
Kaup balik krim dalam caramel hingga berkrim
Ok, semua bahan dah pun siap sekarang kita mulakan proses untuk melapis.
Ambil sekeping kek, letakkan atas lapik kek
Letakkan 1/2 dari pada krim vanilla dan ratakan
Masukkan lebihan caramel dalam piping bag dan paipkan atas krim vanilla secara melingkar.
Kemudian letakkan selapis lagi kek
Masukkan lebihan krim vanilla dalam piping bag dan paipkan secara garisan atas kek
Kemudian paipkan juga caramel secara garisan atau mengikut kreativiti anda
Simpan dalam peti ais hingga krim mengeras
Bila krim dah keras bolelah potong kepada kepingan.
Hiaskan atas kek dengan coklat sebagai hiasan

Siap..!!
Opss..bukan kek taw..tp copy respi.. ^__^

OREO SLICE CAKE

Harini sy nak share respi oreo slice cake. 
Sebab ada orang teringin sangat sangat sangat... 
Nin dia...!!!

OREO SLICE CAKE

nyummy..sedapnyaaaa....sy pon teringin nih.. T_T


Untuk resepi slice kek ni kita perlukan 2 keping kek span coklat
KRIM COKLAT
3 biji kuning telur
120 gm mentega tanpa garam
4 gm gelatin
50 ml air
150 gm coklat masakkan gelap
300 gm Krim Bukan Tenusu
Larutkan gelatin dan air
Cairkan coklat masakkan gelap
Putar sebentar telur dan kemudian panaskan sambil di putar dengan kaedah kukusan. ( cara sama seperti di atas)
Masukkan gelatin dan putar lagi
Dalam stand mixer, putar mentega hingga kembang, lembut dan pucat warnanya
Masukkan krim telur dan terus putar
Masukkan coklat masakkan gelap yang telah di cairkan dan terus putar hingga rata
Ketepikan
Dalam mixer bold lain putar Krim Putar Bukan tenusu hingga kental
Ambil 1/3 bahagian krim putar tenusu dan campurkan dengan krim yang ada campuran telur tadi. Dengan kaedah kaup balik, kaup balik adunan rata. Tuangkan baki krim dan gaul sempurna.
Masukkan krim di dalam piping bag.
Krim sudah tersedia untuk digunakan tanpa perlu di sejukkan.
Kaedah Penyediaan
2 keping kek span coklat
Krim coklat
Oreo di hancurkan atau di kisar kasar
Mini Oreo untuk hiasan
Sedikit air Nescafe ~ jika suka
Letakkan sekeping kek coklat atas lapik kek
Basahkan kek dengan sedikit air nescafe. Anda boleh masukkan air nescafe dalam sprai dan spray pada kek . Spray sedikit aje jangan sampai kek basah lencun pulak ya
kemudian ketakkan krim coklat di atasnya ratakan
Taburkan oreo yang telah di kisar
Ulang proses yang sama
Letakkan kek span coklat
Spray dengan Nescafe
Letakkan krim coklat
Akhir sekali letakkan Oreo hancur
Simpan dalam peti ais
Bila krim dah mengeras bolehlah di potong
Hiaskan kek dengan krim dan kepingan oreo untuk menambahkan lagi keindahan kek slice anda

saya simpan dulu respi ni kat sini supaya tak hilang dan sy pon ingat..
InsyaAllah ada rezeki dapat la kita merasainya..*peace ^__^ 

Sunday, June 28, 2015

Pedoman 1

SUAMI TERSENTAK BILA TAHU KENAPA ISTERINYA HANTAR GAMBAR SETIAP HARI KEPADANYA...

http://cerkabo.blogspot.com/2015/06/suami-tersentak-bila-tahu-kenapa.html

Monday, March 30, 2015

Belajar Erti Syukur

KERJA KOSONG!!! KERJA KOSONG!!! KERJA KOSONG!!!

DUNIA!! DUNIA!! DUNIA!!

Terlalu keliru dengan jalan hidup ini. Harapan hanya pada Allah. Tawakal dengan ketentuan yang Allah atur dalam hidup.

Memang mudah memberi nasihat kepada orang lain. Tapi tak mudah memberi nasihat kepada diri sendiri dan menerima nasihat itu dengan hati yang ikhlas. Terkadang hanya memaksa diri untuk menerima pada zahirnya. Itu hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa peritnya tika itu.

Ya Allah ampuni diri ini. Ampuni diri ini andai terdetik dihati ini dengan sifat-sifat mazmumah dan kurang bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang Engkau berikan tika ini. Astaghfirullah…
Jika dilihat dari sudut yang lain, lebih ramai lagi kurang bernasib baik dari diri ku ini.


“ Jika engkau berasa kecewa atau bersedih hati, pandanglah orang lain yg berada lebih bawah daripadamu. Tika itu engkau akan mengerti erti syukur”


Sepatutnya tetapkan hati, kuatkan iman kita, terus bersyukur dan sentiasa berdoa kerana disitulah ada ujian yang Allah mahu menilai setiap hamba-Nya. Allah mahu nilai sejauh mana kebergantungan kita pada Nya. Bukan kah Allah berfirman:


"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih"
Surah Ibrahim : Ayat 7



Rezeki tak semestinya dalam bentuk ‘kerja’ semata-mata.

Sekarang aku bahagia bersama family. Alhamdulillah..aku sihat. Alhamdulillah… cukup makan minum, xpenah lapar. Alhamdulillah… cukup pakai, tempat berteduh, dapat melihat mama abah depan mata. Aku bahagia. Alhamdulillah…syukur ya Allah..

Tapi, buat masa sekarang aku tak dapat nak ringankan beban family dengan hasil titik peluhku sendiri lagi. Maafkan anakmu ini. insyaAllah, satu hari nanti pasti tiba rezeki itu dengan izin Allah. Aku percaya itu. Aku mahukan rezeki yang berkat dan membuat aku lebih dekat lagi denganMu ya Allah. Dengan syarat..

USAHA, DOA, TAWAKAL hanya pada Allah, Pencipta kita, Pemberi rezeki..

Antara amalan-amalan bagi memurahkan rezeki dengan izin Allah:

1. Perbanyakkan selawat
2. Tinggalkan perbuatan dosa
3. Sentiasa ingat Allah
4. Berbakti dan mendoakan ibubapa
5. Bersedekah
6. Biasakan diri untuk solat malam
7. Biasakan diri dengan solat dhuha
8. Sentiasa bersyukur dan berdoa
9. Bertawakkal: dengan tawakal , seseorang itu akan dikurniakan rasa kaya oleh Allah. 

Firman-Nya :
"Barang siapa bertawakkal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya)"


:: Walaupun sudah dijangka dengan nilai itu, saat kau khabarkan padaku cukup membuat hati ini sayu. Entah kenapa. Aku tidak pasti. Mungkin keadaan diriku tika itu membuatku tersentuh::


Allahuakbar...

::KISMEC oh KISMEC::


REZEKI, JODOH, AJAL DAN MAUT SEMUA KETENTUAN ALLAH, percaya itu… ^__________^






Wednesday, July 16, 2014

Binti2 ku

Kat UMP ni, saya ada enam orang binti..
binti 1, 2, 3, 4, 5, 6...termasuklah saya..
binti 1 dah lama balik sabah...
binti 2 pon dah balik beberapa hari lepas tp dy balik johor kejap ja..
mlm ni binti 3 pulak yang tinggalkan UMP...

yang tinggal binti 4, 5 dan 6...
sedihnya jadi 'binti'...

entah bila dapat jumpa lg macam dulu T_T


kenangan kita bersama tak kan aku lupakan




Tuesday, July 1, 2014

Assalamualaikum dan salam ramadhan...

Hari ni dah masuk 3 ramadhan. Cepatnya masa berlalu. Tetiba rindu kat Liah masa tengah berbuka dengan sahabat2 td. Teringat kenangan-kenangan lalu. Sedih pulak rasa hati ni. Entah bila kita dapat berjumpa lagi kan. Liah, I hope u happy always with your family jauh nun di sabah sana tu. Moga Allah memudahkan segala urusan awak ye..Sayang awak sangat2. Susah nak jumpa sahabat seperti awak.. T_T

Eh, emo pulak tetiba..hehe..biasa la kalau dah berjauhan dengan family lagi-lagi time bulan puasa ni. Sedih je rasa. Rasa kosong sikit la. Time ni la nak teringat semua orang2 yang tersayang. Terasa di perantauan tu ada la jugak..tapi xpe. Anggap ja ni dugaan, cabaran dan pengalaman. Mahal beb~~ 

Sebanarnya aku nak share 1 resepi ni. Resepi penambah perisa yang sangat simple dan menyelerakan...tadaaaa.....!!!!



:::Sambal kicap istimewa:::





30 biji cili api - goreng

2 biji bawang besar hiris - goreng

5 ulas bawang putih hiris - goreng

Kicap manis secukupnya

Botol kaca


Caranya..

-Semua bahan digoreng di masukkan dlm botol kaca dan 
tuang kicap manis hingga paras

-Tutup sambal kicap dn biarkan 3-4 hari baru nikmati 
dengan nasi panas..ikan goreng atau ayam goreng

-Semakin lama smbal kicap dlm botol semakin sedap 
..xperlu masuk peti sejuk

Simple kan...selamat mencuba.....^_^

Mood:: masih konfius dgn jalan hidup di ump di penghujung 
semester ni.. Ya Allah..permudahkanlah, murahkanlah 
rezekiku...



Thursday, June 26, 2014

Aku Ada Allah

Dalam kehidupan kita di dunia ini, tak semua yang kita ingini kita harap terjadi dan berlaku. Bila tidak berlaku seperti yang diharapkan kita down, kita sedih, kita rasa kecewa, kita rasa tiada siapa yang pedulikan kita dan yang lebih malang dan bertambah-tambah sedih kita rasa Allah tak sayang kita.. aduh..Betapa sempitnya pemikiran sebegitu. Betapa buruk sangkaan itu. 


Berbaik sangkalah dengan Allah. Pandanglah dengan mata hati mengapa semua itu terjadi. Apa yang berlaku semua telah aturkan untuk kebaikan kita. Sebab Allah sayangkan kita sebab tu Allah hadirkan ujian yang terkadang rasa berat, terkadang rasa kita tak mampu. sebenarnya kita mampu sebab tu kita ada disituasi tu. Allah yang cipta kita, mana mungkin Allah tak tahu di mana tahap kita? Allah tahu semua tu. Allah maha Mengatahui. Allah maha penyayang. Allah maha Pengasih. Allah kasih pada kita sebab tu kita diuji. 


Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. 
( QS. Al-Baqarah: 286)


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. 
(QS. al-Ankabut: 2-3)


Tidak dikatakan beriman seseorang itu selagi dia tidak diuji. Melalui ujian tahap keimanan seseorang itu dapat diukur. Subahanallah. Maha suci Allah. 


Bersabarlah dan tetapkan iman kala diuji. ingat janji-janji Allah. syurga itu indah. mana mungkin jalan menujunya begitu mudah tanpa pengorbanan, keimanan dan ketakwaan dengan setulus hati. pujuklah diri dengan mengingati janji-janji Allah yang pasti itu. 


Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]


Terkadang bila ujian menyapa diri, baru tergapai-gapai mencari tempat untuk berpaut dan mengadu. InsyaAllah. Allah sentiasa untuk kita. baik kan Allah. Tapi kita bagaimana? ya Allah ampunilah diri hamba Mu yang hina ini dan sentiasa melakukan dosa berulang-ulang kali. Sentuhlah hati kami dengan nur hidayah Mu supaya tetap di jalan Mu. Lindungilah hati kami yang sentiasa berbolak-balik ini dari kemurkaan Mu dan jauhkanlah dari melakukan perkara yang melampaui batas sebagai hamba Mu. 


Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]



Jadikan Allah sebagai tempat bergantung kita yang utama. Allah tak akan mengecewakan kita. Aturan Allah itu yang terbaik untuk kita hambaNya.




Kala diuji dengan pelbagai pilihan. Pilihlah sesuatu hanya kerana Allah. Yang kita yakin Allah redha. Jauhi yang pilihan meragukan. InsyaAllah Allah akan bantu kita dijalan itu. Segala kebergantungan hanya kepada Allah S.W.T. 



Mood: packing barang. Final abis sudah. Menanti thesis ku siap di jilid.. Penantian itu satu penyiksaan...hehehe =)

Semoga Allah permudahkan segalanya...



Monday, March 10, 2014

Cheese cake


Oleh:Ummu Fatin Naaifah
Like: Buku Resepi

Bahan-bahan:
1.1 bungkus biskut marie
2.2 sudu planta
3.500 grm tantura cream cheese
4.1/2 tin susu pekat
5.1/2 cawan fresh milk
6.geletin 30 grm
7.1/2 cawan air masak
8.250 ml emborg whipped cream

Cara-cara:
1.blender kering biskut marie sampai hancur
2.masak planta atas api sampai cair. Angkat dan gaul dengan biskut yang diblender tadi. Gaul sebati.
3.masukkan adunan tadi dalam loyang. Tekan sampai padat. Simpan dalam peti ais 30 minit. *saya guna loyang yang bole buka bawah, letak atas papan kek, masukkan dalam peti ais bahagian atas, lagi cepat beku.
4.blend cream cheese,susu pekat dan susu cair sampai sebati.*kalau blend xbole jalan,boleh masukkan fresh milk sikit lagi..kena pandai agak la ea..kalau pakai mixer,tak dew masalah
5.masukkan whipped cream dalam satu bekas dan campurkan dengan adunan cream cheese yang diblend tadi.*saya guna whipped cream yang spray sbb tak dew mixer. Gaul sebati
6.masak geletin dengan air atas api.
7.tuang geletin yang dimasak kedalam adunan cheese tadi. Gaul sebati
8.keluarkan biskut dan tuang adunan cheese atas biskut. Simpan dalam peti 6jam.*saya masukkan dalam peti bahagian atas,cepat sikit beku..bole la dihias mengikut kretiviti sendiri..selamat mencuba!!!

kredit to : www.bukuresepi.com


menarikkkk....!!!! masuk list dulu..nanti2 boleh try...heeee


Friday, December 13, 2013

Coffee Ice Cream (tanpa ovalette)

sedapnya....nyummy...
boleh try nie..simple jer...^^



600ml whipping cream 

200ml susu pekat manis 


2 1/2 sudu besar serbuk kopi segera 


2 sudu besar air panas 



Cara-cara :


1. Larutkan serbuk kopi kedalam 2 sudu besar air panas. Jgn 


bergentel. 



2. Campurkan bancuhan air kopi kedalam susu pekat manis.


 Kacau rata. 



3. Campurkan whipping cream & pukul adunan hingga pekat


 (sedikit kental) 



4. Masuk kan adunan kedalam bekas yg


 bertutup & biarkan sekurang kurang nya 5 jam 


atau hingga cukup beku & sedia 


untuk dimakan 



** rasa ice cream nya lemak berkrim 


** boleh tambah chocolate rice, kekacang atau biskut


 Oreo jika suka

Thursday, November 28, 2013

Perkara-perkara sunat dilakukan pada hari Jumaat


Di antara perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan pada hari Jumaat ialah.

1. Mandi sunat Jumaat dan memakai pakaian yang bersih dan cantik serta bau-bauan.

2. Sunat memakai pakaian yang berwarna putih. Keluar ke masjid dengan niat untuk menunaikan sembahyang Jumaat pada seawal waktunya secara berjalan kaki dengan penuh tenang dan sopan disamping membanyakkan membaca zikir, berselawat dan bertahmid kepada Allah.

3. Disunatkan bagi orang yang mengantuk ketika mendengar khutbah pada hari Jumaat supaya berpindah tempat duduknya. Berdasarkan riwayat dari Ibnu Umar katanya, "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila salah seorang daripada kamu mengantuk pada hari Jumaat di dalam majlisnya maka hendaklah ia berpindah ke tempat duduk lain.

4. Sunat mengelokkan rupa parasnya dan membersihkan anggota tubuh badan sebelum keluar bersembahyang seperti memotong kuku, misai, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu air-ari, menggosok gigi dan sebagainya.

5. Sunat membanyakkan membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat dan di waktu siangnya.

6. Sunat memperbanyakkan membaca doa dan memohon keampunan dari Allah pada malam dan waktu siangnya.

7. Memperbanyakkan membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. pada malam hari dan di waktu siangnya.

8. Melakukan sembahyang sunat 4 rakaat sebelum Jumaat dan 4 lagi selepasnya.

9. Sunat membaca surah al Fatihah, al Ikhlas, al Falaq dan an Nas setiap satunya sebanyak 7x selepas memberi salam sembahyang Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa membaca surah Fatihah, al Ikhlas, al Falaq dan an Nas sebanyak 7 kali sebelum ia mengubah cara duduknya setelah imam selesai memberi salam pada hari Jumaat, nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah dilakukan dan yang akan datang serta diberi ganjaran pahala sebanyak bilangan orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya."

Wallahua'lam.


&copypasta

Wednesday, November 27, 2013

Di Mana Kita Di Hadapan Tuhan?


Hari berganti hari, kita menyaksikan perkembangan teknologi yang semakin signifikan fungsinya dengan gaya hidup orang muda.
Mungkin zaman Friendster, My Space dan yang sewaktu dengannya telah tinggal menjadi kenangan yang dilupakan.
Namun, dengan perkembangan teknologi yang ada ini, sungguh wajarlah kita bertanya pada diri, di manakah kita hari ini di hadapan Tuhan yang Maha Esa?

Zaman Yang Mencabar Keimanan
Hidup di zaman teknologi ini mendekatkan kita dengan pelbagai sumber ilmu dan kebenaran, tetapi manusia semakin hilang sensitiviti di hadapan Tuhan.
Di zaman video tazkirah dan peringatan sangat banyak di laman sesawang, video maksiat dan dosa juga sangat mudah diakses. Di zaman peringatan sangat banyak di’share’ di dinding MukaBuku, tak kurang juga ramai yang mempromosi dosa di dinding yang sama. Laman sesawang yang menghubungkan manusia seumpama Facebook dan Twitter seakan-akan telah menjadi pasaran lambak untuk promosi diri secara murahan melalui gambar bercouple, gambar dan video murahan maruah wanita.
Bagaimanakah kita melalui semua ini?
Dengan akaun Facebook serta laman sesawang semua ini, siapakah kita di hadapan Tuhan pada hari ini?
Apakah taqwa kita semakin bertambah dengan membaca peringatan-peringatan yang banyak melata di dinding-dinding kehidupan maya ini?
Apakah semakin tertingkat prestasi ibadah dan ilmu kita dengan menatap dinding yang penuh informasi ini?
Sungguh, ini zaman yang mencabar keimanan.
Peringatan dan tazkirah populis banyak melata, tetapi seakan tiada mengesani jiwa.
Di manakah kita dengan tazkirah yang telah kita hadam sebentar tadi selepas kita keluar meninggalkan akaun FB dan laman sesawang kita yang lain? Apakah ia telah diterjemah ke dalam kehidupan?
Atau ia hanya akan semata-mata tinggal sebagai pesanan populis untuk ditatap oleh ramai orang?

Menggerakkkan Kesedaran Bermula Dari Diri Sendiri
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka.” [Ar-Ra’d : 11]
Inilah esensi kepada perubahan masyarakat yang lebih besar. Untuk mengubah ummat, ia bermula dari mengubah apa yang ada pada diri kita sendiri.
Slogan perubahan, jangan hanya dilaungkan kuat di medan-medan status FB sahaja ataupun program-program dalaman kumpulan kita. Perubahan bukan slogan untuk dilaungkan, ia adalah tindakan untuk direalisasikan.
Kita tidak akan dapat mengubah nasib ummat ini sekiranya kita tidak bermula dengan mengubah kelalaian yang menjangkiti diri kita. Kelalaian menghabiskan masa berjam lamanya di depan laman sesawang dan FB hanya untuk melayan update status orang dan chatting akan perkara-perkara yang kurang penting. Kelalaian menghabiskan masa dengan banyak tidur dan kurang serius dalam memperbaiki prestasi ilmu dalam diri.
Semuanya bermula dengan diri sendiri.
Revolusi ummat menuju jalan islah dan jalan iman bukan dengan hanya memperbanyakkan peringatan populis di dinding-dinding FB atau di Twitter saja, tetapi dengan mula turun ke medan memperbaiki diri, membumikan teori ke medan realiti.
Manusia mungkin semakin terhubung sesama mereka dengan adanya laman sesawang seperti FB dan Twitter, namun semakin renggang dengan Tuhan melayan kesibukan urusan 24 jam dengan manusia.

Penutup : Menjejak Semula Iman
Dunia semakin berkembang, namun jangan iman kita semakin mengecut. Di kala dunia mengalami perkembangannya, janganlah kita hanyut dibawa arusnya.
Benar, iman ada turun naiknya, tetapi ketika turun, janganlah merosot terus sehingga. Biarlah dikawal turun naik itu agar tetap dalam ketaatan kepada Allah.
Mari jejak semula iman kita.
Imanlah yang akan menyelamatkan kita di hadapan Allah.
Iman membuahkan sensitiviti dalam hati. Sensitiviti untuk menjaga hak bermasyarakat. Sensitiviti untuk memelihara maruah diri sendiri.
Semoga di zaman fitnah, ketika ramai yang terikut-ikut melondehkan maruah diri sendiri mengikuti trend perkembangan teknologi yang ada, kita tidak terikut-ikut menjadi mangsa fitnah juga.
Selamatkan imanmu !

copypasta: http://langitilahi.com/14401