“Kak, macam mana saya nak buat dengan anak-anak saya? Sudahlah degil, buas dan lasak pula. Ya Allah, penat sangat rasanya. Hendak dimarah, dipukul dan ditengking pun tak guna, kak. Kalau dengar pun dua saat sahaja, selepas tu dia buat semula. Macam mana ya, kak?” keluhan yang berat itu keluar satu persatu dari bibirnya. Matanya memandang jauh ke dada tasik seolah-olah meminta simpati sang camar yang bertebangan agar membawanya bersama menjelajahi angkasa supaya dapat meringankan sedikit beban di fikirannya.
“Anak saya tu baru berumur tiga tahun, tetapi tak nak dengar kata saya. Tak tahulah nak buat macamana.”
“jadi, apa yang Ina harapkan daripada anak kecil itu?”
“saya mahu dia ikut cakap saya, jangan nakal-nakal. Saya balik dari kerja sudalah penat nak kemas rmah lagi, nak memasak lagi, lepas tu dia buat perangai macam-macam. Itu yang saya tak tahan, dia tak fahamkah yang saya ni penat? Sekejap nak itu, sekejap nak ini, naik angin jugak saya dibuatnya!” luah Ina lagi. “kak, bantulah saya kak, saya tak mahu keadaan ini berterusan. Saya sayangkan anak-anak saya!”
Sudah menjadi lumrah ibubapa, inginkan anak-anak yang mendengar kata. Bak kata orang, anak yang sejuk perut dikandung ibu. Namun sejauh mana usaha kita untuk menjadikan mereka penyejuk mata kita?
“Ina, tahniah kakak ucapkan kerana Ina bersungguh-sungguh mencari penyelesaian untuk mencari penyelesaian untuk masalah anak-anak ini. Dan bersyukurlah kepada Allah kerana Allah mengurniakan hati yang sensitive kepada kita tentang tabiat negative anak-anak.
“Begini, Ina, anak-anak sebenarnya sangat memerlukan perhatian dan kasih saying daripada ibubapa. Dalam menangani masalah anak-anak apa yang perlu kita lakukan bukan saja meneliti apa yang anak kita lakukan, tetapi kita juga perlu melihat bagaimana kita melayani mereka. Cubalah kita bayangkan apabila kita berkerja, pagi-pagi lagi sudah hantar mereka ke pusat asuhan atau tadika. Petang, baru kita ambil. Setelah seharian kita tinggalkan mereka bersama dengan orang lain, apabila balik, kita sibuk dengan kerja-kerja rumah pula. Jadi, bilakah waktunya mereka boleh mendapatkan kasih-sayang kita?
“Ina sebelum anak-anak mederhakai kita, sebenarnya kitalah yang terlebh dahulu menderhakai mereka. Apabila bali ke rumah, yang keluar dari mulut kita biasanya ‘kak long pergi mandi sekarang!’, ‘kak long, makan!’, ‘kak long itu!’, ‘kak long ini!’. Semuanya arahan dan suruhan. Apabila anak-anak tak ikut, mulalah suara kita meninggi. Hakikatnya, anak-anak itu masih kecil, Ina. Tidak semua arahan dan suruhan kita akan dibuat serta merta. Dia sedang belajar mengutip pengalaman.”
Ina hanya mampu mengangguk lesu, mungkin mengakui itulah yang terjadi saban hari di rumahnya. Wajahnya tertunduk kebawah, ada nada keluhan dalam nafasnya.
“Anak-anak kecil seusia itu sebenarnya sedang membina perasaan. Jika kita sebagai ibubapa hanya suruh itu, suruh ini, dan apabila tak buat di marah-marah, takut-takut nanti kasihnya bukan lagi pada kita. Tetapi kepada orang yang lebih perihatin padanya. Masa kecil ini mungkin dia mash mengadu pada kita. Tapi cuba kita bayangkan apabila dia semakin meningkat remaja. Ada rakan taulan yang lebih kasih dan mudah berkongsi rasa, pasti jiwa mereka lebih cenderung kepada mereka. Pada masa itu, ibubapa hanyalah seperti orang asing. Bukan tempat berbahagi masalah, bukan lapangan menenangkan hati yang resah. Jika di landa masalah, akan di adukan kepada orang lain yang dianggap lebih mengasihi dan memahami. Masa itu, sukar untuk kita mendekati mereka.”
BERAPA KALI PELUK ANAK?
“Cuba kita tanya pada diri kita, dalam sehari berapa kali
kita peluk dia, berapa kali kita bertanya apa yang dia perlukan daripada kita,
berapa kali kita berbual-bual dengannya? Sering kali yang kita fikirkan
hanyalah penat lelah diri kita. Hakikatnya anak-anak tak tahu yang ibu dan
ayahnya letih. Yang mereka tahu, mereka mahukan perhatian kita. Sebagai ibu
bapa, kita harus banyak bersabar. Jika kita penat, ketepikan dulu
perasaan-perasaan itu. Tumpukan
perhatian kita kepada manusia di hadapan kita yang lebih memerlukan kita.
Anak-anak perlukan kita sebagai rakannya. Jika kita dapat membina kepercayaan
mereka kepada kita, insya-Allah kita akan dijadikan tempat rujukan. Apa jua
yang melanda diri mereka, kita adalah orang pertama tempat meminta nasihat.
“Merujuk kepada anak-anak Ina yang tidak mahu mendengar kata
itu, sebenarnya mereka hanya ingin menarik perhatian Ina dan suami. Walaupun
perhatian yang diterima hanyalah marah dan tengking kita, atau tampar dan cubit
kita. Mereka tidak kisah, asalkan kita memberi fokus kepada mereka dalam apa
cara sekalipun. Mungkin kalau mereka berkelakuan baik kita buat tak tahu
sahaja, jadi dia akan melakukan sesuatu agar perhatian kita terarah kepadanya.
Walaupun caranya adalah bergaduh dengan abang atau adik atau sebagainya.
Mendidik anak-anak tidak memerlukan kekerasan, tidak perlu kepada tinggi
suara.”
Saya meraut dan mengusap-usap tangannya. Saya pandang dia
dan dia membalasnya. Jelas, matanya berkaca-kaca.
“Betul, kak. Biasanya apa yang kakak katakan tadi memang selalu
berlaku dalam hidup kami sekeluarga. Balik kerja penat, suruh anak itu,ini dan
apabila tak ikut, mereka dimarah-marah. Ya Allah, apalah yang telah saya
lakukan kepada anak-anak?” suaranya bergetar menahan tangis yang berat di dalam
jiwa.
“Jadi, apa yang perlu saya lakukan? Masih belum terlambat
bukan?” dia bertanya, air mata yang dari tadi di empang akhirnya melimpah jua.
“ Insya- Allah masih belum terlambat untuk memperbaiki
keadaan. Lagipun, anak-anak Ina masih kecil. Apa perlu Ina lakukan, pertama sekali,
mohonlah keampunan daripada Allah s.w.t. atas kelemahan kita yang lalu dalam
mendidik anak-anak. Mohon sungguh-sungguh dengan Allah supaya Allah tunjukkan
kita jalan untuk mendidik anak-anak yang diredhai-Nya.
“Yang kedua, Ina dan suami mesti ingat bahawa anak-anak amat
memerlukan kasih sayang kita. Tunjukkanlah kasih sayang kita kepada
mereka.peluklah mereka sentiasa, sekurang-kurangnya empat kali sehari, lebih
baik kalau dua belas kali. Katakan juga kepadanya bahawa kita sangat-sangat
sayangkan mereka. Luangkanlah masa yang berkualiti dengan anak-anak sama ada
dengan bermain bersama, makan sambil berbual-bual barsama, berkebun bersama,
memasak bersama, berbasikal bersama, jogging bersama atau apa jua aktiviti yang
menyeronokkan. Jika mereka buat perangai, Tanya dia jika kita boleh membantu
dia menyelesaikan masalahnya. Biasanya, anak-anak tidak pandai untuk bercerita
apa yang sedang di alaminya, sebab itu dia cuba menunjukkan ketidakselesaannya.
Jika kita perlu sentiasa bertanya apa yang dia mahukan.
“Jika mereka melakukan kebaikan, pujilah kebaikan mereka itu
seolah-olah kebaikan itu amat besar maknanya kepada kita. Jika dia masukkan
baju kotor ke dalam mesin basuh sebagai contoh, mungkkin Ina boleh katakana
kepadanya, ‘Masya-Allah, solehnya anak ibu hari ini, masukkan baju dalam mesin.
Ya Allah, ibu saying adik. Terima kasih, ya, sebab masukkan baju ke dalam
mesin.’ Kemudian peluklah dia. Berikan ganjaran atas perbuatan baiknya itu.
Pelukan itu pun sudah cukup sebagai ganjaran.”
“Bolehkah anak-anak dengar cakap kita kalau asyik berlembut
sahaja?” tiba-tiba Ina bertanya, matanya tepat menghala ke mata saya.
“Insya-Allah, Ina tahu kisah Rasulullah, bukan?
Caranya berdakwahnya sangat halus dan lembut. Bahkan Baginda
juga menganjurkan supaya umatnya menggunakan kaedah secara baik dan lembut
terhadap anak-anak. Di dalam al-Quran pun Allah suruh kita berlemah lembut.
Jika kita bersikap keras lagi kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri
daripada kita. Kita perlu banyak maafkan mereka dan berbincang dalam menyelesaikan
masalah.
ANAK BUKAN ROBOT
“Jika dia melakukan sesuatu kesalahan, jangan cepat-cepat
marah atau pukul dia. Alangkan kita yang sudah dewasa ini pun selalu membuat
kesalahan, inikan pula anak-anak yang masih kecil dan belum matang itu.
Nasihati dia dengan penuh kasih sayang. Jika dia pukul adiknya sebagai contoh,
katakan padanya, ‘Abang tak boleh pukul adik tahu. Allah tak suka, ibu dan ayah
pun tak suka. Lagi pun, kasihan adik, sebab adik rasa sakit. Jangan pukul adik
lagi ya? Abang soleh bukan?’ Satu perkara yang perlu kita ingati, jangan lah
kita sangka dengan sekali nasihat sahaja anak-anak akan terus jadi baik. Ia
tidak semudah itu, kerana kita sedang membina jiwa manusia yang ada nafsu dan
akal, bukan robot yang boleh di programkan mengikut spesifikasi yang kita
mahukan. Ulangilah nasihat-nasihat seperti ini.kita perlu ulang nasihat ini
pada waktu-waktu yang mana anak-anak boleh menerimanya seperti sebelum tidur,
selepas mandi, selepas solat, selepas makandan ketika anak sedang tenang. Jangan
biasakan marah dan menengking anak. Jika sudah terbiasa nanti, kita marah pun
dia sudah tak rasa apa-apa lagi.”
“Jadi kita tidak bole pukul anak-anak, ya , kak?”
“Boleh, tetapi ia adalah pilihan yang terakhir setelah apa
yang kakak katakana tadi kita sudah buat. Kakak pernah membaca buku Profesor Dr
Saedah Siraj yang bertajuk Pendidikan Anak-anak. Dia kata, sekatan kepada harga
keseronokan merupakan hukuman paling berkesan dan baik untuk memdidik
anak-anak.”
“Harga keseronokan? Tak pernah dengar pula. Apa itu,
kak?”dia bertanya.
“Begini, dalam usia anak yang masih rebung, kita disarankan
mendidik mereka dengan kaedah nasihat dan menyuruh anak-anak secra baik, tanpa
marah atau memukul. Sekiranya mereka tidak melakukan apa yang ibu bapa suruh,
ibu bapa boleh mengambil salah satu daripada langkah sekatan terhadap harga
keseronokan yang kakak sebut tadi.”
“Apa langkah-langkahnya?” tidak sabar gayanya ingin
mengetahui.
“Pertama, melarang mereka bertemu kawan-kawan.
Kedua, menyekat mereka daripada bermain dan yang ketiga,
menyekat mereka daripada mendapat perhatian ibu bapa. Kita menyekat mereka
dalam beberapa waktu yang tertentu dan tidak begitu lama,” jelas saya panjang
lebar.
“Oh, begitu rupanya. Banyak bungguh kesilapan saya
dalam mendidik anak-anak. Saya sangkakan
dengan marah dan hukuman itu dapat mendisiplinkan mereka. Rupanya banyak lagi
cara lain yang lebih baik. Nampak sangat yang bermasalah bukan anak-anak,
tetapi ibu bapa seperti saya ini. Insya-Allah, lepas ini saya akan cuba
laksanakan saranan-saranan kakak tadi. Kak, jom kita balik! Tak sabar rasanya
saya nak peluk anak-anak saya!”
“okey. Tapi ada satu lagi yang paling penting!”
“Eh, ada lagi?”
“Ya. Selain daripada kita berusaha, perkara yang paling
penting ialah ibu bapa mesti doakan anak-anak. Jangan hanya berdoa, ‘Ya Allah,
jadikanlah anak-anakku soleh dan solehah.’ Tetapi kita perlu berdoa secara
lebih spesifik seperti ‘Ya Allah, jadikanlah anakku Aiman orang yang rajin
solat, jadikanlah dia orang yang rajin belajar, jadikanlah dia anak yang berbakti
kepada ibu bapa dan jadikanlah dia penyejuk mata kami.’ Bukankah doa ibu itu
doa yang mustajab? Jadi, mari kita serahkan anak-anak kita kepada Allah yang
memegang hati-hati manusia. Kadang-kadang kita ini sombong dengan Allah, doa
pun tak mahu. Lebih baik lagi, kita doa kuat-kuat selepas solat berjemaah
bersama supaya anak-anak kita dengar. Insya-Allah lembut hati mereka ketika
mendengar doa kita itu. Kakak, kalau Humaira’ buat sesuatu yang kakak tidak
suka, kakak akan berdoa kuat-kuat supaya dia dengar. Insya-Allah selepas itu
dia akan berubah dengan cepat.”
“Masya-Allah! Saya rasa seperti sebiji batu besar yang
menghempap dada saya sejak sekian lama sudah terangkat. Jom! Tak sabar saya nak
jumpa anak-anak!” dia berkata dengan penuh semangat. Ditariknya tangan saya
menuju ke tempat parkir dengan wajah yang berseri-seri. Moga ada sinar selepas
ini, dan semoga anak-anak kami akan menjadi manusia yang hebat dan soleh, yang
akan menjadi khalifah terbaik di muka bumi. Amin Ya Rabbal Alamin.
MUTIARA UNTUK IBU BAPA
Apabila anak-anak meragam, sebenarnya mereka inginkan
perhatian daripada ibu bapa. Itulah pengorbanan yang harus kita lakukan sebagai
ibu bapa.
Dalam peringkat usia satu hingga enam tahun, jangan
mengharapkan anak-anak akan memahami kesibukan dan kecelaruan yang kita alami
di pejabat. Ketika kita pulang, mereka mengharapkan perhatian dan jika kita
tidak memberikannya anak-anak akan mula meragam bagi menagihnya. Sebagai ibu
bapa kita harus sedaya upaya menggunakan segala kebijaksanaan bagi memberikan
mereka perhatian yang sewajarnya.
Elakkanlah juga daripada memarahi anak-anakdengan bahasa
yang kasar apatah lagi dengan memukul mereka. Perbuatan seperti ini hanya akan
memberikan mesej yang salah dan akan menyebabkan mereka akan bertambah jauh
daripada ibu bapa. Jika perlu menghukum mereka sekali pun, gunakan lah kaedah
menahan keseronokan seperti tidak mengizinkan mereka menonton televisyen
rancangan kegemaran mereka. Pada masa yang sama, terangkanlah kepada mereka
mengapa mereka di hokum, agar anak-anak faham dan tidak akan mengulanginya
lagi.
Ajarlah mereka untuk meminta maaf daripada ibu bapa apabila
mereka berbuat kesalahan dan tika kita berbuat salah kepada mereka, jangan pula
malu dan segan untuk meminta maaf daripada mereka.
:: Tarbiah rohani, Begini Sayang! ::
No comments:
Post a Comment