Telahku lalui
jalan berduri
sejuta
harapan terusku pertahankan
bukan mudah
menggapai bintang
bersilih
dugaan mendatang
di sebalik
kepayahan
di situlah
kekuatan
tekat hati
azimat di perjalanan
mengejar
impian
pabila laluan
seakan sukar
bagai tak
berdaya untuk terus bertahan
namun kasihMu
menyedarkan
aku tak
pernah bersendirian
disabalik
kepayahan
disitulah
ada kekuatan
tekat hati
azimat di perjalanan
tinggi
langit mimpi ini
tak ku ragu
untuk membuktikan
indah
bintang yang terang bukan khayalan
tetapi
kenyataan
akan kau
saksikan kesulitan ini
pasti berganti
kebahagiaan
telah pun
kau dengar kisahku ini
pernahkah
kau cuba untuk mengerti
Lagu yang
cukup memberi kesan mendalam kepadaku..hanya kesayuan yang dapat ku katakan pabila
menghayati setiap lirik lagu ini..tidak dapat ku pastikan sudah ke berapa kali lagu
ini ku mainkan di laptop Compaq ku. tidak dapat ku bilang dengan jari jemariku.
Dari tengahari sampai ke malam lagu yg sama yg ku perdengarkan. Bosan…? Semestinya
tidak. Lagu ini dapat memotivasikan diriku. Diri yang sedang dilanda dugaan
yang pelbagai.
Hanya Allah
yang tahu hikmah di sebalik semua yang berlaku.
Aku sangat
tidak berdaya untuk mengharunginya seorang diri. Tetapi aku sangat bersyukur
kerana Allah sentiasa bersama ku. Aku mengalami kebuntuan dalam berdepan dengan
masalah ini. Hanya Allah yang dapat membantu.
Azam yang ku
pasang sejak semester..”sem depan aku nak belajar sungguh2, aku nak dapat lagi
bagus dari sem sebelumya. Tak boleh main2 lagi, kena focus 100persen tuk berjaya.
Jangan mudah terpengaruh dengan gangguan2 luar yang akan menganggu konsentrasi
ku belajar. Kalau orang lain boleh kenapa tidak aku. Aku juga mesti boleh. Kalau
aku tak dapat yang terbaek, pasti nanti tercampak lagi aku ketempat yang tidak
ku pinta, jauh dari femeli. Pada ku ia adalah amat sukar untukku harungi
sendirian. Biarlah ia menjadi pengajaran buat diriku. Lagipon semua yang
berlaku ada hikmah nya, tak gitu..? So aku kenalah berusaha lebih dari
sebelumnya..!”
Tetapi telah
di takdirkan aku tak dapat hostel semester ini. Dugaan yang ku kira agak berat
kerana antara kami berlima hanya aku yang terkecuali. Sedih bukan…tak dapat
kugambarkan. Setiap hari yang ku lalui ku kira berendam air mata juga la. Bukan
tiada sahabat ynag membantu, tetapi aku masih tidak selesa kerana aku tidak
suka menyusahkan orang lain. Tapi dalam hal ini aku tiada pilihan.. maaf ya
sahabat andai kehadiran ku menyusahkan kalian. Tapi aku tahu kau ikhlas
menghulurkan bantuan. Semoga Allah sentiasa memeliharamu.
Disebabkan ini juga pelajaran ku juga
tergangggu. Apa yang ku azamkan seperti belum terlaksana. Aku tak dapt foKus untuk
studi diluar waktu kelas. Nota2 ku juga semua tak tersusun kerana aku tidak mahu
memunggah barang di dalam kotak. Jika ia berlaku pasti bilik itu akan sesak dengan
barang untuk 3 orang padahal ianya hanya 2 oarng sahaja. Tak sanggup aku
menyusahkan mereka ya Allah..hanya Engkau yang tahu apa yg tersirat di dalam
hati ku ini. Subjek yang killer pada semester ini juga membuatku bertambah
buntu. Tak tahu apa yg harus ku lakukan.
Sampai terdetik
di hati ku untuk extend dan berehat sahaja di rumah selama 1 tahhun. Tapi aku
harus kuat. Kuat untuk mangharunginya. Kuat kerana Allah.ya Allah jauhkan lah
aku dari berputus asa.. Kau sumber kekuatanku ya Allah. usahlah mama dan abah risau akan anak mu ini. Akan ku berusaha sedaya mungkin untuk mendapat yang terbaik untuk semuua. walaupun kalian jauh dari pandangan, tetapi kalian sentiasa dekat dalam doa yang sentiasa ku titipkan. Minggu depan aku akan
berjumpa dengan pengetua kolej dan menghantar surat rayuan untuk kesekian
kalinya. Semoga Allah memudahkan urusanku. InsyaAllah…aku pasrah dan redha
denga takdir yg Kau tetapkan kepada ku. Tetapi aku harapan ku masih menggunung
untuk tinggal di dalam kolej kerana ada sebab2 tertentu. Hanya kau yang
tahu..permudahkanlah urusan ku ini demi MU ya Allah..
-> Hanya Allah sebaik-baik tempat mengadu kerana hanya Dia yang faham dan mengerti apa yang tersirat dalam hati kita.
-> Allah tidak akan menguji yang diluar kemampuan hambaNya.
-> Bersabarlah duhai jiwa yang sedang diuji. tabah dan sabar adalah pengubat jiwa yang sedang getir hadapi ujian. berusaha, doa, tawakal.
-> Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah bahawa Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak di jangka.
-> Allah bagi apa yang kita perlukan bukan apa yang kita mahukan.
-> Hanya kepada Engkau menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.
-> Disebalik setiap ujian yang melanda pasti ada hikmah yg tersembunyi yang harus di fikirkan dan direnung dengan mata hati.
No comments:
Post a Comment