Nak jadi seorang pelajar engineering bukan senang ooo… banyak benda yang akan buat kita stress. Lagi-lagi sebagai seorang perempuan. Minah elektrik..ye ke..hehe..Aku rasa bukan semudah yang di sangka. Hari ini aku nak cerita kisah hidup ku sebagai seorang pelajar engineering.
NOT available...really.??? no comment @_@
Waktu stress SANGAT sesuai tengok gambar ni..cute..hihi..Tekanan jiwa jugak pecawang elektrik ni rupanya..oh no..Takut nk practical kat sini
Sepanjang bergelar pelajar yang
dah masuk tahun tiga ni, tahun ni la yang aku akan paling ingat dan tak akan ku
lupakan sampai bila-bila jika diizinkan Allah aku tak hilang ingatan. Banyak
peristiwa yang berlaku, peristiwa yang dijangka, tak dijangka, gembira, sedih,
suka, duka, masam, manis, pahit, tawar, kelat, mengaharukan, manghampakan,
…macam-macam la sampai tak tertaip dah.
Tapi tanpa disedari, jika difikirkan dan di pandang dengan
mata hati, semua tu sangat-sangat berharga dan menjadi pengalaman dan
pengajaran buat diriku yang kerdil ni. Tak semua yang kita nak akan kita dapat,
Allah yang tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Dia akan bagi ikut apa yang
kita perlukan bukan apa yang kita mahukan. Bersyukur dengan nikmat yang
diberikan itu adalah yang terbaik. Belajar untuk redha dan pasrah.
pOn bOleh....!!! so Creative..
Tapi tak dinafikan kadang mengeluh, berputus asa, down hadir
juga walaupun ia cuba dielakkan. Manusia…siapa yang perfect dalam dunia ni. Tak
kan ada sebab HANYA Allah yang Maha Sempurna. Bila down ke berputus asa ke
cepat-cepat lah berbalik kepada Allah. Bersangka baik pada Allah. Hanya Dia
yang maha mengetahui apa yang tersurat dan tersirat dalam hati dan diri kita. Tiada manusia yang akan faham sefaham
Allah. Walaupon dia kawan rapat, dekat atau melekat sekalipon.
Haa..ni kisah aku semester 5 tahun 3. Aku sebenarnya
sangat-sangat down bila masuk semester ni. Mana tidaknya, hostel aku tak dapat.
So, mana aku nak tinggal. Semua kawan-kawan aku dapat, aku seorang ja tak
dapat.SEORANG!!..
tak tahu nak cerita macamana perasaan aku time tu. Gundah gulana
jugak lah. Dengan nak sedapkan hati mama dan abah yang anak dia selamat kat
sini, masih ada tempat berteduh macam-macam alasan yang ku berikan. Alhamdulillah
ada seorang kawan aku ni dia sanggup tumpang kan aku hampir dua bulan la jugak
aku hidup sebagai penumpang. Malu tu mula-mula ja la sebab dia dan rumate dia
sangat baik. Syukur sangat Allah hadiahkan aku sahabat yang sebegitu. Allah sahaja
yang dapat membalas. Pss…namanya farah.. (mst dia terharu kalau baca ni) hehe.. kawan-kawan lain jugak yang banyak membantu..sayang kamu kerana Allah..
UMP terchenta...view kk5 dari pusat xtvt pelajar. Hostel saya yang mana, cuba teka??
Masa itu aku pikir adalah masa yang sangat-sangat bermakna lagi indah buat
diriku. Kerana bila aku dalam situasi begitu aku rasa hubungan aku dengan Sang
Pencipta lebih dekat. Semua aku mengadu, minta hanya pada yang Satu.
‘Kenikmatan itu berada dalam kepayahan’. Lebih kurang gitew lah ayat nya…mungkin Allah rindu akan rintihan hambaNya ini. ya Allah ampunkan diriku ini andai aku lalai dari mengingati Mu sebelum ini. mungkin ini jalan dan cara yang terbaek untuk ku meraih cinta Allah kembali.
Dalam pada itu, bermacam-macam
cara jugak lah aku usaha untuk mendapat balik kuota di kolej sebab aku tahu kalau
tinggal diluar banyak dugaan dan cabarannya. Alhamdulillah, akhirnya aku dapat
tapi dengan syarat…syaratnya ..hmm..xpa la biar Allah yang tahu semoga Allah
kuatkan aku dan terus bagi petunjuk serta pandu aku kejalanNya. insyaAllah…
Then mula la minggu yang sangat membusykan. Sangat sibuk. Hectic
week. Tak pernah rasa sesibuk ini sebelum ni sebab tu jadi macam tak tentu
arah. Hanya Allah yang tahu.Turun naik tangga dah macam robot pulak aku. Bukan tak
kenal penat tapi keadaan yang memaksa. Tak menang tangan juga nak handle semua,
nak pikir lagi. Hidup rasa serabut tak terurus aku rasa.
Think before action. Pandang lah jauh ke depan supaya masalah dapat dihindari..Kita sebagai manusia tidak dapat lari dari masalah. hadapilah dengan tenang dan sabar. Jangan sesekali lari dari masalah kerana ia akan menyebabkan masalah menjadi yang lebih besar. Sebaiknya ia cuba di selesaikan dengan akal yang waras.
This semester I need
kekuatan mental dan fizikal yer. Kerja kerja yang perlu disettle bertimbun,
dengan esemen, test, kuiz, repot dan perlu cari maklumat pasal program yang
akan kami ikuti pada cuti pertengahan semester selama 1 minggu. Tak balik rumah
la. Tu yang paling sedih...
Tapi aku kena kuat sebab ada hikmah nya. Bukan senang-senang
nak dapat chance macam ni. Inilah yang dinamakan rezeki yang telah Allah
tetapkan. Aktiviti yang kami akan follow pada cuti itu adalah ‘around the world
in one day’. Tak da la one day nya.
Berday-day jugak la. Nak tahu mana kami travel.?..kami ke india.. INDIA??
kenapa pilih negara tu? Negara tu miskin, sampai ada yang cakap air nya
kotor..hmm…tak kisah la bukan itu yang kami nak tahu.
Kincir angin telah ku tawan...kikikiki
Always in mind..miss this memory T_T
Pengalaman yang lagi
penting..bukan senang nk dapat ooo…free pulak tu. Cuma paspod ja kna keluar
duit sendiri. Tapi yang sangat mengecewakan diriku ini adalah salah seorang ahli
group kami tak dapat join sebab ada masalah kesihatan.
SMILE, SMILE, and SMILE..tak perlu kata apa2
senyum kan sedekah...^_^
Beliau adalah sahabat
aku, antara yang paling rapat dengan ku. Sedih jugaklah. Rasa kehilangan dan ada
sesuatu yang tak lengkap. Risau jugak sebab dia sahabat seperjuangan ku. Merantau
kenegara orang yang kita tak tahu apa-apa, agamanya, cara hidup. Tapi Allah
lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Mungkin ada sesuatau yang
ingin di sampaikan melalui peristiwa itu. Kalau nak cancel pon tak boleh sebab
tiket dah beli, paspod dah buat…teeettttttttt……(kisah ni bersambung di entri
yang lain).FULLSTOP…!!!
Haa..bermula la episode aku alone untuk jalani hidup
sebangai pelajar di ump terchenta ni. Sebab sebelum ni banyak kelas juga la
berpartner dengan beliau. Lab group, esemen, projek…huhu..terpaksa berdikari,
sebatang kara..huhu.sampai 1 subjek killer tu aku hampir nak drop sebab projek
tak run.aku hampir berputus asa. Tapi apakan daya, dah tak boleh drop.tamat
tempoh. Redha je la. Ya Allah jauhkan lah aku dari sifat yang akan merugikan
diri ku dan semua orang.
Kata lecturer ku ‘saya tak dapat nak tolong kamu dah,
kamu kena buat betul-betul untuk test 2 dan final sahaja’. Sedih dan hampa
jawapan yang ku terima bila tak di benarkan mendrop subjek tersebut. Semua markah hanya bergantung pada test dan
final ja. Ruginya saya….Allah lebih mengetahui.
Kechewa yang teramat sangat.
Ini berkenaan masa depanku. Pointer ku…huhu..kechewa lagi. Ya Allah permudahkanlah urusan ku. Hanya
kepada Mu aku bergantung harap(bukan pada projek micro p tu)..wahhh….kuatkan
semangat mu wahai liyana…!!chaiyok2..!!
My teacher not like this ok..!! he and she so smart and pretty..
DONE..!!!! but not for TURN IT IN....waaarrrgggghhh......
Berlalu la semua test..yang tinggal
Cuma final..somoga Allah membantu. Pelajar2 engineering memang betul2 kena
kuatkan semangat sebab dugaan cabaran terlalu besar, ini belum kerja lagi...
especially to gegirl. Nak bersaing dengan pelajar lelaki..hmm..no comment..
Akal kita pon diciptakan berbeza. So pandai2 la untuk dapat yang terbaik.
Lagi satu, laptop ku yang bermasalah. Tekanan jiwa jugak aku
sebab kerja bertimbun nak disiapkan laptop pula hang memanjang. Sabra jugak la
aku. Terpaksa bersabar demi menyiapkan kerja-kerja yang terbengkalai. Mana tidaknya,
kerja yang bisa di siapkan dalam satu jam menjadi tiga jam. Mana tak hilang
segala mood tu…
kalau ikut rasa tu memang macam nak lempar ja keluar tingkap. Huhu..ganaznye…ish..tak
la, perumpamaan ja ni. Ayah beli mahal-mahal tak kan senang-senang ja nak wat
gitu. Setiap masalah tu ada penyelesaianya..lepas format balik laptop ni atas
dorongan kawan kawan, Alhamdulillah dah semakin sihat beliau. Tak da lagi pengsan-pengsan
macam dulu. Hidup kembali bersinar-sinar, bercahaya dan penuh warna warni..heee..lepas
ni kena akan sayang laptop ni lebih la nampaknya.
Hmm..Semester ini baru ku rasai bagaimana rupanya menjadi
seorang pelajar engineering. Perit..tapi hikmahnya..masa depan yang
cerah..insyaAllah..Allah dah tulis, sebab tu aku berada di sini.
Percayalah…kalau cerita pasal cabaran dan pancaroba sebagai student memang
sangat besar.
hihihi...Terasa ker.Lumrah kehidupan.demi masa.
'Sesungguhnya manusia dalam kerugian melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan yang berpesan kepada kebenaran serta kesabaran' Surah Al-Asr:1-3
gimana ni? faham enggak???
Moga Allah sentiasa melindungi. Jika aku tersasar Kau pandulah
aku kembali kejalan yang lurus. Tak berdaya aku mengharungi dunia sendirian
tanpa Mu. Kuatkanlah aku ya Rabb. Hanya padaMu
tempatku bergantung..
Pss…Aku sebenarnya bukan lah bercita-cita menjadi seorang
engineer. Tapi aku nak jadi seorang yang dapat membantu mendidik anak-anak
bangsa agama.. mana taw diorang sebenarnya perlukan ku. Aku kena bantu mereka.
Tapi rezeki tu kan Allah dah tentukan. Aku redha.mana yang baik pada pandangan
Allah. Kannn…
Sekarang minggu studi..aku nak rehat puas-puas sehari dua, melepaskan
penat lelah selama dua tiga minggu kebelakangan ini.boleh ker..hehe. nak keluar
tetapi susah sebab tak da transport. Nak ke pantai sangat. Nak balik jugak.tapi…huhu..sabar
je la..sebulan lagi jer.
Masa yang di nanti telah tiba..yahooo...pss..gunakan ia sebaiknya ok...!!!
Hmm..Sekarang musim buah. Entah sempat entah tidak aku
menikmati musim kala ini bila aku pulang nanti. Harap masih
berkesempatan..rindu.sedih.tak.dapat.ku.gambarkan.takpe.Allah.ada.SMILE.^^
Windu musim buah di kampung halaman..sOb3...masih kah ada peluang untukku melalui masa2 sebegini lagi..insyaAllah, jika masih ada rezeki dan di panjangkan usia
HYE AKAK I REALLY NEED UR HELP....BLEH X BAGITAU LEBIH DETAIL ENGINEERING STUDENT LIFE?AND BTUL KE ENGINEER WORKS 24/7?
ReplyDeletehmm..engineer x kerja 24/7 ..tapi stress tu 24/7 .. sbb engineer ni kerja
ReplyDeletedia berkaitan dengan project..dn setiap
project akan berkaitan dengan duit..kalau engineer tu buat kptsn yg salah, bnda tu akan bawa kerugian kpd syarikat..so benda biasa la, kalau kena dengan pihak atasan.. tapi mcm lalu minat, sila teruskan..