بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Wednesday, September 11, 2013

Berlatihan industri di TNB sungai petani


Hari pertama  1/7/2013
Aku bersiap seawalnya. bimbang aku terlewat maklumlah hari pertama mana nak cari jalan lagi yang xberapa nak hafal selok belok ke tnb, mana nk cari parking,simpan helmet, nak cari tempat pendaftaran.huh..tak tenteram jugak hati ni sampai tak nyenyak tido mlm sebelum itu. ni first time aku melangkah ke alam yang ala-ala pekerjaan, sebelum ini bila cuti semestser aku lebih gemar menghabiskan masa di rumah bersama keluarga. sesampai di sana, tercenggang-cenggang beberapa ketika d parking moto bagaimana nak sangkut helmet itu dimoto. helmet yang luar biasa bagiku.sebelum ni xpernah guna lagi benda alah tu.aduh...gawattt.. selepas menjejakkan kaki ke dalam ofis terlihat kelibat pak njang.beliau pulak yang jadi penyambut tetamu..hehe..setelah berjumpa pn hasimah, beliau menerangkan bahawa sv ku tiada pada hari itu. dia menghadiri kursus di alorsetar.so, jadual tak dapat la di susun dan d berikan kepada ku.so sebelum pukul 9 pagi aku dah pulang. sebelum tu mereka membuatkan punchcard untuk ku. tetapi aku tak tahu bagaimana penggunaannya.tercengang-cengang lagi aku di situ.akhirnya pak njang juga yang tunjukkan cara menggunakannya.alhamdulillah..belajar2..!!!sedih kerana time tu aku seorang ja yang lapor diri..mana student2 praktikal lain..mana..manaa...!!!xkan aku seorang.hmm..nak sedapakan hati mungkin mereka lapor diri esok kot..ok jom balik..!!

pejabat utama a.k.a pejabat pk

Hari kedua 2/7/2013
Aku tiba awal jugak dan setia menanti tibanya waktu punchcard. setelah itu naik ketingkat atas berjumpa dgn staff yang bertugas untuk mendapatkan jadual untukku. setelah tunggu punya tunggu selama beberapa lama yang agak lama. aku diarahkan ke banggunan teknikal tidak berapa jauh dari situ.paknjnag jugak kena hantar.kesian paknjang.disebabkan dorang tahu aku ni anak saudaranya maka dialah insan terpilih itu. selangkah menjejakkan kaki disana perasaan ku bertukar manjadi lebih takut dan tak selesa.tingkat satu semua staff laki-laki, tingkat 2 xdak orang, tingkat 3 haa..ada la beberpa ornag staff..serbuuu...aku dibawa berjumpa en azli. diterangkan serba sedikit mengenai distribution system..huhu..disebabkan aku seorang..terpaksa berhadapan seoarng diri. pastu di pass ke en zul..diserang lagi berbagai2 soalan..haa.hentam la hentam la saya. saya budak baru belajar..mamang banyak yang tak taw..ya Allah aku tak berdaya hadapi sendirian.selapas itu disuruh pula ke bahagian kerosakan 'found apa ntah xingat dah' fault-finder daa...yg sedihnya en juhamid xda, kata staff disitu dy baru je keluar..huhu..td encik zul da telefon bgtaw kenapa buat begitu kepada saya. sedih sangat, tak ada tempat berteduh terasa diri ini. ya Allah aku terkilan sangat..mana aku nak merempat ni..aku tanya staff disitu, beliau sgt baik hati. aku dok situ ja la sembang2 dengan dia..hehe..selepas zohor aku bercadang nak ke admin,tya 'how to face it'..tp pakcik tu cadangkan aku stay situ jugak sebab dia nak beri tunjuk ajar pada ku bagaimana nak guna software MOBS..ia mengenaikan laporan kerosakan dari pelbagai kawasan. dan bagaimana caranya ia di inform kepada geng2 utk mengadakan pembaikpulih. aku jugak melihat beliau melayan beberapa orang yg mahu membuat laporan. hmm..pastu staff india yang sangat ramah n baik hati datang. memberi tunjuk ajar dan nasihat.sangat suka caranya. menunggu tibanya jam 5ptg.nak punchcard n cabut segera yang mungkin sambil tunggu datuk mengambilku disebabkan moto pancit tayarnya pagi itu.esook insyaAllah aku naik moto. berharap Allah memudahkan segala urusan ku. jaga lah aku ya Allah, lidungilah dari perkara yang tak baik untuk dunia dan akhiratku. ternyata aku seorang LI pada waktu itu yg jadual sama dengan ku tiada.apakah daya alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. ku berharap hanya pada MU ya Allah..terasa mcm nak demam pon ada bila sampai saja dirumah.ya Allah kuatkan aku untuk terus bertahan. mungkin memang inilah jalan hidup ku akn ku teruskan langkah ini. bantulah aku..

Rezeki di depan mata jangan di tolak..say Alhamdulillah...
thanks bos...!!


Hari ketiga 3/7/2013
Ya ALLAH lancarkan lah segalanya..bantu lah aku. aku xmahu sendirian lagi...please Allah....!!!!
pg rumah2 orng baiki kerosakan..berjalan2 sambil memerah otak

..............................................................................................................................................
Tak sempat nak karang tiap-tiap hari..sibuk memanjang.dengan buku log n task bagai....


8/7/2013
Hari ni aku ikut geng pencawang. aku digelar liyana jasmiey ..hihi...blurrrr sangat..macam xtaw apa2. esok jumpa sv apa aku nak jawab. takutnya..aku masih diawang awangan..harap sgt dapat ikut lg esok n hari seterusnya..ya Allah bantulah aku. terasa seperti mau menangis. ya Allah mampukah aku terus bertahan...tolongggg....diberi tugasan mencatat number tiang hadapan rumah.nah...aku amek dua sekali..amek kau.sentiasa 
takut untuk mengharungi hari2 mendatang..
anyway bez sangat sebab makan minum semua di sponser sepenuhnya..hehe
3kali makan..pagi roti canai, tengahari pulut durian di rumah pak tam, petang nasi lemak..huh..memang kenyang la.tp actually still tak tenang memikirkan hari esok apa akan berlaku..

9/7/2013
Alhamdulillah...hari ini lebih baek dari kelmarin.aku lebih jelas memahami apa yg cuba disampaikan walaupun sedikit. aku hepi. tiang patah.emergency shutdown.switchoff switch.baca schematic circuit.alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah...hadam sebanyak mungkin bak kata en daus.
kakak-kakak yg sangat baek dan mesra. then pegi tupah. durian lagi.pulut durian breakfast, tnghri durian..boleh pengsan aku.sakit kepala.bla3...
petang pergi makan mee kari udang tepi pantai pulau salak..nyum3...disponsor sepenuhnya..mabeles...like tnb, mcm satu keluarga besar. pangkat tinggi rendah, student LI semua bleh jadi geng.tak mengira darjat baq hang.makan semeja apa bagai.borak2, sembang2, gelak2.banyak topik di bincangkan. aku lebih rela mendiamkn diri.topik orng dewasa..hihi..
yg paling xbole blah ada sorang mamat ni sesuka rasa kata kt seseorng tu (identiti dirahsiakan) ikan kapi siap nak letak dlm akuarium..hahahaha..sangat senget...mereka sangat tak berkira..harap suatu hari nanti aku juga berada di tempat yg sama.
harap hari mndatang lebih baek dr hari ini. ameen ya robb..
ya Allah peliharalah kami semuanya supaya sentiasa dibawah rahmat Mu. peliharalah segalanya Ya Allah..
pss...dapat job baru, dr 'mamat exist'..cari substesen yg menyalurkan supply ke tiang rumah..huhu..mna nk cari ni.esok da start puasa. mls nk ronda2...
to myself : please behave..doa snjata umat islam. Allah bersama ku..insyaAllah kuatkan semangat, padukan tekad, rempuh semua halangan yg mnhalang..jgn malu untuk berjaya..

kat pejabat ni ada kak firah, abang mat, abang firdaus, en zul, engineer kita en azli..sinilah tempat aku melengung bila xda keja n xtaw nak buat apa


14/7/2013
Hari ini aku berasa sayu sepanjang hari.tak tahu kenapa..macam biasa gelisah.risau..bercampur sedih. mungkin aku akan tinggalkan bahagian kendalian. banyak kenangan tertinggal disini. dengan staff yg semua nya baik baik belaka. en mat, en firdaus, menjadi penghiburku walaupun perangai gila2 ku tahu kalian sangat baik hati mengajarku dengan bersemnagat sekali. sepakej dengan mewakilkan diri mahu menyemak buku log aku sekali..wahhh..maaf andai sikapku menguris kalian tanpa disengajakan. en zul, en azli dan kak zafirah yang sangat baik hati menjadi peneman ku dikala sendirian. tak kan ku lupakan kenagan ini. aku tak pasti sama ada selepas ini aku akan bertemu lagi dengan geng2 yang seperti ini. esok akan ku terus melangkah ke bahagian pencawang pula dengan seribu pengharapan.. 

17/7/2013
Hari ini aku ke bahagian pecawang kota kuala muda..walaupun hanya menjadi pemerhati tetapi penat bukan kepalang.berkerja dibawah terik matahari di bulan puasa..hanya iman dapat membatasi segalanya..banyak yang aku belajar disini. encik2 yang baik2 menjadi guru ku..hanya Allah yg dapat membalas. di sini aku belajar banyak perkara
-sikap majikan terhadap pekerja
-jangan malu untuk menuntut ilmu
pss..aku sedih melihat segelintir pekerja yg seperti tidak menghiraukan tuntutan yg Allah dah tetapkan.PUASA di bulan ramadhan...bukan ku tidak tahu kepenatan yang kau rasai kerana aku juga melaluinya tadi.tp kenapa kanak kanak sekolah mampu kau tidak.kerja juga ibadah.buatlah yang termampu.geng ramai.buatlah secara bergilir gilir dan niat kerana Allah insyaAllah Allah permudahkan. disinilah pentingnya memilih kawan. kawan yg mendorong kejalan yang mana.ya ALLAH tunjukkan lah mereka jalan yng lurus supaya mereka berpatah balik ke jalan Mu. perasaan risau sentiasa bersarang dihatiku. andai nyawa ku di ambil ketika berpraktikal lebih-lebih lagi bila melibatkan voltan tinggi 11kv.tetapi mereka???mereka tidakkah memikirkannya...berkerja dengan benda yg bahaya apa 2 saja boleh berlaku.andai itu berlaku apa kah persediaan ke sana sudah cukup..bukan aku meminta..nauzubillah.. tetapi sekadar beringat..
ya Allah berilah cahaya kepada mereka untuk menuju Mu ya Allah.sesungguhnya mereka semua saudaraku..

5/9/2013
Hari terakhir aku berlatihan industri.aku plan aku nak dok ofis sahaja.malas nk keluar.plan nk jumpa staff2 yang banyak membantu aku. dari pejabat pk ke pjbt meter ke pjbt teknikal ke pejabat meter ke pejabat teknikal aku kembara. sebenarnya sedih sangat nak tinggal kn tnb. terlalu bnyak pengalaman pahit manis masam tawar yg telah aku lalui. semuanya membawa seribu pengertian dlm kamus hidup ku. staff2 yang sangat baek pada ku. setelah dua bukan setengah aku bersama2 mereka mencari jalan hidup. akhirnya kita akan membawa jalan hidup sendiri. sedih sebab tak dapat bertemu dan berterima kasih kpd individu yg banyak membantu ku..huhu..semoga Allah yang membalas segala jasa kalian dan merahmati kalian..aminnn...

Dua hari sebelum aku tamat latihan..ada jamuan perpisahan En Tan Choong Beng di Amanpura hotel
staff-staff  technical yang awesome...!!!


Mula-mula masuk takut, nak lari sampai nak demam..tapi bila dah nak tinggalkan tak sanggup pulak.berat je hati nie..
ya Allah..permudahkan kan lah urusan ku.urusan kami..sentiasa diterangi jalan menuju kebenaran, jalan yang lurus yang Engkau redhoi..amin2...
murahkanlah rezeki ku supaya suatu hari nanti aku juga dapat bera
da di situ jika itu yang terbaik untukku..hanya Engkau yang mengetahui segalanya...

Yup..aku tiada kabel untuk menolongku..tetapi aku ada Allah..itulah cable terbesar. sebenar-benar cable...insyaAllah..Nasihat abang wan 'fault-finder' staff kepada ku...ya..aku akui kerana semuanya milik Mu ya Allah...

insyaAllah...jika di izinkan..^_^


8 comments:

  1. assalamualaikum,
    nk tnya mcm mna nk mintak wat prktkl dkt tnb ye?

    ReplyDelete
  2. waalaikumusalam..sy hantar trus resume tu kat HR main office, mcm kedah hntar kat alor setar

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum, boleh x kalo sy nak wat rujukan dr laporan akhir awk daripada tnb? saya nk tengok sebagai rujukan. boleh x?

    ReplyDelete
  4. Salam, nak tumpang tanya. Berapa lama masa yang di ambil untuk feedback permohonan latihan industri di tnb? Lepas kita hantar resume dan surat rasmi tu.

    ReplyDelete
  5. Salam boleh tahux pemakaian utk frat day sellaunya baju kurung atau casual?Perlu ke bawa laptop utk frat day?

    ReplyDelete
  6. diploma elektronik boleh mohon tak dekat tnb untuk praktikal

    ReplyDelete