Daripada Abu Hurairah r.a., dia berkata bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud: “ Sesungguhnya matahari itu tidak pernah
tertahan tidak terbenam hanya kerana seorang manusia kecuali untuk Yusya’ iaitu
pada malam-malam dia berjalan ke Baitul Maqdis (untuk jihad).”(Riwayat Ahmad
dan sanadnya menepati syarat al-Bukhari)
Nabi Musa a.s. mempunyai seorang murid yang menemaninya
mencari ilmu. Dia ialah Yusya’ bin Nun dan Allah s.w.t. telah memberikan hikmah
kenabian serta mukjizat kepadanya. Setelah Nabi Musa a.s. wafat, Nabi Yusya’
a.s. membawa Bani Israil keluar dari padang pasir. Mereka berjalan sehingga
menyeberangi Sungai Jordan dan akhirnya sampai di Palestin.
Di Palestin terdapat sebuah kota yang mempunyai pagar dan
pintu gerbang yang kuat. Banggunan-banggunan di dalamnya tinggi-tinggi serta
mempunyai yang ramai. Nabi Yusya’ dan Bani Israil yang bersamanya mengepung
kota tersebut selama 6 bulan lamanya.
Akhirnya, mereka membuat keputusan untuk menyerang kota itu.
Diiringi dengan suara laungan takbir, dan berbekalkan semangat yang kuat.
Mereka Berjaya menghancurkan pagar kota, kemudian memasukinya. Disitu mereka mengambil harta rampasan dan
membunuh dua belas ribu lelaki dan wanita. Mereka juga Berjaya menawan beberapa
orang kanan yang berkuasa. Akhirnya pada hari jumaat mereka Berjaya mengalahkan
11 orang raja yang berkuasa di Syam.
Peperangan itu mengambil masa yang panjang hingga kewaktu
magrib. Ini bererti hari jumaat akan berlalu dan hari sabtu akan tiba.
Menurut syariat mereka pada waktu itu, hari sabtu adalah
hari larangan berperang. Oleh kerana itu Nabi Yusya’ pun berkata: “Wahai
matahari, sesunguhnya engkau hanya mengikut perintah Allah s.w.t. begitu juga
aku. Aku bersujud mengikuti perintah-Nya. Ya Allah, tahanlah matahari itu
untukku agar ia tidak terbenam!”
Dengan izin Allah s.w.t. matahari tertahan daripada terbenam
sehingga Yusya’ Berjaya menakluki negeri ini. Bulan turut diperintahkan agar
tidak terbit.
Setelah Nabi Yusya’ bin Nun dan kaumnya dapat menguasai kota
tersebut, Nabi Yusya’ memerintahkan untuk mengumpulkan harta rampasan perang
untuk dibakar. Namun api tidak mahu membakarnya. Lalu beliau meminta kaumnya
bersumpah. Akhirnya terbukti bahawa ada sebahagian daripada kaumnya telah
melakukan khianat iaitu dengan menyembunyikan emas rampasan sebesar kepala
lembu.
Orang yang khianat itu mengembalikan apa yang mereka curi
daripada harta rampasan itu. Setelah dikumpulkan dengan harta rampasan perang
lainnya semua harta rampasan tersebut hangus dijilat api.
Demikianlah syariat yang dibawa oleh nabi sebelum Nabi
Muhammad s.a.w. yang tidak membolehkan mengambil harta rampasan perang. Untuk
umat Nabi Muhammad s.a.w., Allah s.w.t. telah menyempurnakan syariat-Nya dengan
mengharuskan untuk mengambil rampasan perang agar dapat dimanfaatkan oleh kaum
Muslimin yang terlibat dalam peperangan dan golongan fakir miskin.
Setelah Baitulmuqaddis dikuasai oleh Bani Israil, mereka
aman hidup didalamnya dan antara mereka telah dilaksanakan hokum berpandukan
syariat Taurat hingga akhir hayat Nabi Yusya’ bin Nun ini. Beliau wafat pada
umur 127 tahun, manakala beliau berumur 27 tahun pada ketika kewafatan Nabi
Musa a.s.
No comments:
Post a Comment