Keadaannya seperti telur di hujung tanduk. Dalam keadaan
yang genting itu dia berseru, “Ya Allah, selamatkanlah aku daripada jatuh. Jika
selamat, aku akan sedekahkan seekor lembu untuk orang miskin.”
Sejurus kemudian tangannya dapat berpaut kembali kepada batang
pokok.
Namun ribut masih tetap bertiup kencang. Keadaannya walaupun
agak lebih baik daripada sebelumnya, tetapi dia masih lagi belum selamat.
Berpaut sekuat-kuatnya pada batang pokok, dia berseru lagi, “ Ya Allah,
sekiranya Engkau selamatkan aku daripada jatuh, aku akan sedekahkan seekor
kambing untuk orang miskin.”
Setelah bersusah payah, dia berjaya turun hingga ke bahagian
tengah pokok kelapa. Harapannya untuk selamat kian cerah, walaupun angin rebut
masih bertiup kencang. Kali ini dia berseru, “Ya Allah, kalau Engkau selamatkan
aku, aku akan sedekahkan tiga ekor ayam.”
Akhirnya dia sampai pada kedudukan yang lebih rendah, dan
doanya berubah lagi, “Ya Allah, sekiranya aku selamat aku akan sedekahkan
seekor ayam.”
Ribut telah terhenti dan dia telah berada di kedudukan yang
selamat. Dia pun melepaskan tangannya daripada batang pokok lalu berpura-pura
jatuh. “Ya Allah, rupa-rupanya aku jatuh juga. Maka tidak jadilah aku
sedekahkan apa pun!”
Pengajarannya: Dalam
keadaan susah manusia sering ingatkan Allah tetapi apabila senang manusia mudah
melupakan-Nya. Ironinya, apakah kita tidak malu mengharap bantuan Allah ketika
susah sedangkan sewaktu kita senang kita melupupakan-Nya.
No comments:
Post a Comment