Pagi-pagi lagi aku, abah,
mama, adik bongsuku mimi (bukan nama sebenar) dan yap (bukan nama sebenar) sudah keluar
untuk pulang ke kampung. Sebelum itu kami singgah sebentar di dusun pak njang
ku di merbok. Maklumlah sekarangkan musim buah-buahan. Aku pon xsure yang ni
kali ke berapa aku berkunjung kedusun itu. Suasana amat nyaman pada ketika itu,
maklumlah awal2 pagi dah sampaikan, cuaca pon sejuk dan langit mendung
menandakan hujan mau turun. Tujuan kami nak ambil durian. Itupon kalau ada yang
luruh. Alhamdulillah..ada jugak rezeki kami merasa durian dusun pak njang musim
kali ni. Abah dan mimi terus berjalan menyusur cerun2 yang ku kira tidak lah
begitu curam untuk mencari kiranya ada durian yang luruh. Aku hanya berjalan2
perlahan melihat keindahan suasana flora yang nyaman dan menenangkan jiwa. Mama
pulak sibuk melayan kerenah yap yang asyik mintak di dukung. Maklumlah tanah
agak lecah dan lembik sebab awal pagi kan. Mungkin juga semalam hujan. Tahu
pulak geli. Hmm..pandai betul si busyuk kecik ni.
Pondok di dusun..cantek..mcm rumah dah aku tengok…^^ |
Episod mencari
durian..durian runtuh beb..!!!
Subhanallah..begitu indah..ciptaan
Illahi…^^
Makhluk Allah mana lah yang
makan buah durian ni. Cuba tengok lepas makan bijik durian tu pandai pulak
letak tempat dia semula..bijak2..generasi bijak pandai nie…xpa rezeki yang
Allah beri di kongsi bersama
Sebentar cuma kami berada
di dusun tersebut. Ku kira dalam 30 minit sahaja. Apabila masuk saja ke dalam
kereta hujan renyai2 mula menampakkan diri dan ia semakin lebat. Rahmat Allah.
Syukurlah sempat jugak membawa pulang beberapa biji durian. Lepas tu kami terus
kerumah tok dan tok wan yang tak jauh dari situ. Kami plan untuk berada di
kampung sebentar Cuma kerana adikku kena ke sekolah petang tu. Ada hari sukan
di sekolahnya.
Sempat lagi snap gambar..hehe..ni
waktu perjalanan ke kampung. Langit mula menurunkan titisan2 air dari perutnya
Apabila sampai di kampong, kelibat tok dan tok wan ku sudah pon kelihatan. Ceria muka mereka menerima kedatangan kami. Penat betoi mereka melayan kerenah2 kami yang macam2 ni terutama cap yang begitu banyak ragamnya. Hehe..Kami pulang ke rumah selepas makan tengahari. Tok esok kami datang lagi ya…
cubaan
membuka (mengopek) durian olehku tidak berjaya. Kata tok kulitnya tebal.
Akhirnya tok yang membukanya. Aku dan adikku hanya menanti untuk
makan.nyum3...hihihik
Durian
yang dibuka tokwan..tapi isi nya keras sikit..
Tok yang
bagi benda ni kat aku..comel betul tok aku ni..hehe..terasa macam budak2 jap…
lalalala~~
Kalau
balik kampung ni, macam2 jenis buah la ada. Rambutannn..~~
Tokwan
siap beli eskrem lagi bagi cucu2 dia yang dah besar panjang nie..berlagak cam
kanak2 la sat~~…nyum3
Si busyuk
yang banyak kerenah, orang kedah cakap banyak (tokhtiaq)..hehehehe…
No comments:
Post a Comment