بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Tuesday, April 10, 2012

Selamatkan Palestin


Khalil Ismail al-Haya, ketua Whip HAMAS berkata:

“Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad.

v  Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa.

v  Kami juga telah dipilih untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka.

v  Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kami berbanding kehidupan dunia.

v  Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama itu juga, kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi.

v  Mengapa? Hanya kerana kami mengucapkan lailahaillallah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.

v  Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid.

v  Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang.

v  Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.

v  Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekalianterus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan.

v  Kami akan tuntut daripada Allah atas kealpaan anda semua.

v  Kami tidak akan reda terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua.”


10 Langkah Menyokong Gaza

v  Ikuti berita yang berlaku di Gaza, Palestin seperti jumlah mereka yang syahid, jumlah cedera dan kerosakan yang berlaku.

v  Muat turun gambar-gambar kekejaman zionis dan sebarkan seluas-luasnya melalui e-mel, telefon, print dan sebagainya.

v  Ikuti kejayaan-kejayaan ajaib yang dicapai oleh hero-hero di Gaza dengan bantuan Allah SWT setiap hari, seperti berapa orang askar yahudi yang dapat ditewaskan dan berapa buah kereta kebal yang dapat ditumpaskan.

v  Telefon pejuang-pejuang di Gaza, beritahu mereka kamu daripada mana, dan kongsi perasaan kamu, sokongan kamu, simpati kamu dan keyakinan kamu bahawa mereka akan menang atau di muliakan dengan syahid. Boleh hubungi nombor ini 009708285xxxx. Tukar nombor xxxx dengan sebarang nombor.

v  Lekatkan gambar-gambar Palestin dibilik, kereta, laptop, komputer dan sebagainya.

v  Sertai aktiviti-aktiviti tentang Palestin sepeti ceramah, seminar dan demonstrasi.

v  Anjurkan aktiviti-aktiviti kesedaran Palestin untuk jiran-jiran, mahallah, surau seperti qiamullail dan solat hajat berkumpulan.

v  Jadikan isu Palestin topic penting perbincangan dikalangan kawan-kawan. Jadikan ia isu pertama yang kamu bicarakan selepas bertanya khabar seseorang.

v  Boikot! Boikot! Boikot! Barangan Israel dan Amerika.

v  Ingat Palestin dalam doa dan solat.

v  Bacakan Qunut Nazilah untuk Israel.




Tanah Palestin yang semakin berkurang dan berkurang angkara Israel Laknatullah.








Yahudi yang tak pernah pandai berterima kasih. mereka sengaja buat-buat lupa. ketika  pemerintahan Islam dulu, mereka pernah dengan penuh hina diberi belas ihsan bersyarat. malah, ketika kuasa kristian nak bunuh mereka beramai-ramai di Andalusia pada 1492, Kerajaan Islam Turki Usmaniah yang beri mereka perlindungan di  bawah kuasa Islam. balasannya, mereka hancurkan Islam dari dalam hingga khalifah Islam yang besar dan menguasai 2/3 dunia runtuh secara rasmi pada 1924. 




Mereka ini saudara-saudara kita..adik-adik kita...



Boikot!!!


Sumber: Al-Aqsa Friend Society, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Petikan dari buku pemilik cintaku oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin

Sunday, April 8, 2012

permata hatiku


Selamat tinggal desa ku, desa yang ku cintai
jauh di perantauan, tanah tempat ku di besarkan.


Burung-burung berkicaun terbang kesana sini  
pepohon yang rimbun subur menghiasi alam
sesejuk mata memandang kurniaan Illahi.




Adik-adik ku yang manja
sentiasa menghibur hati ku
ku kirimkan doa sentiasa
moga Allah menjaga kalian...





Padamu ayah ibu tercinta 
doa restu mu daku pohonkan
doakan anakmu semoga berjaya
menempuh onak di rantau, ranjaunya yang berbisa

ya Allah berilah kekuatan iman dan takwa
bekalan kehidupan...
biar dimana saja daku berada
kebesaran Illahi pastinya dijiwa...


pss...cuti mid sem da habis. tak sabar nak tunggu cuti sem lagi 2 bulan..

Sunday, April 1, 2012

:. JANGAN BERKERAS DENGAN ANAK .:


“Kak, macam mana saya nak buat dengan anak-anak saya? Sudahlah degil, buas dan lasak pula. Ya Allah, penat sangat rasanya. Hendak dimarah, dipukul dan ditengking pun tak guna, kak. Kalau dengar pun dua saat sahaja, selepas tu dia buat semula. Macam mana ya, kak?” keluhan yang berat itu keluar satu persatu dari bibirnya. Matanya memandang jauh ke dada tasik seolah-olah meminta simpati sang camar yang bertebangan agar membawanya bersama menjelajahi angkasa supaya dapat meringankan sedikit beban di fikirannya.
“Anak saya tu baru berumur tiga tahun, tetapi tak nak dengar kata saya. Tak tahulah nak buat macamana.”
“jadi, apa yang Ina harapkan daripada anak kecil itu?”
“saya mahu dia ikut cakap saya, jangan nakal-nakal. Saya balik dari kerja sudalah penat nak kemas rmah lagi, nak memasak lagi, lepas tu dia buat perangai macam-macam. Itu yang saya tak tahan, dia tak fahamkah yang saya ni penat? Sekejap nak itu, sekejap nak ini, naik angin jugak saya dibuatnya!” luah Ina lagi. “kak, bantulah saya kak, saya tak mahu keadaan ini berterusan. Saya sayangkan anak-anak saya!”
Sudah menjadi lumrah ibubapa, inginkan anak-anak yang mendengar kata. Bak kata orang, anak yang sejuk perut dikandung ibu. Namun sejauh mana usaha kita untuk menjadikan mereka penyejuk mata kita?
“Ina, tahniah kakak ucapkan kerana Ina bersungguh-sungguh mencari penyelesaian untuk mencari penyelesaian untuk masalah anak-anak ini. Dan bersyukurlah kepada Allah kerana Allah mengurniakan hati yang sensitive kepada kita tentang tabiat negative anak-anak.
“Begini, Ina, anak-anak sebenarnya sangat memerlukan perhatian dan kasih saying daripada ibubapa. Dalam menangani masalah anak-anak apa yang perlu kita lakukan bukan saja meneliti apa yang anak kita lakukan, tetapi kita juga perlu melihat bagaimana kita melayani mereka. Cubalah kita bayangkan apabila kita berkerja, pagi-pagi lagi sudah hantar mereka ke pusat asuhan atau tadika. Petang, baru kita ambil. Setelah seharian kita tinggalkan mereka bersama dengan orang lain, apabila balik, kita sibuk dengan kerja-kerja rumah pula. Jadi, bilakah waktunya mereka boleh mendapatkan kasih-sayang kita?
“Ina sebelum anak-anak mederhakai kita, sebenarnya kitalah yang terlebh dahulu menderhakai mereka. Apabila bali ke rumah, yang keluar dari mulut kita biasanya ‘kak long pergi mandi sekarang!’, ‘kak long, makan!’, ‘kak long itu!’, ‘kak long ini!’. Semuanya arahan dan suruhan. Apabila anak-anak tak ikut, mulalah suara kita meninggi. Hakikatnya, anak-anak itu masih kecil, Ina. Tidak semua arahan dan suruhan kita akan dibuat serta merta. Dia sedang belajar mengutip pengalaman.”
Ina hanya mampu mengangguk lesu, mungkin mengakui itulah yang terjadi saban hari di rumahnya. Wajahnya tertunduk kebawah, ada nada keluhan dalam nafasnya.
“Anak-anak kecil seusia itu sebenarnya sedang membina perasaan. Jika kita sebagai ibubapa hanya suruh itu, suruh ini, dan apabila tak buat di marah-marah, takut-takut nanti kasihnya bukan lagi pada kita. Tetapi kepada orang yang lebih perihatin padanya. Masa kecil ini mungkin dia mash mengadu pada kita. Tapi cuba kita bayangkan apabila dia semakin meningkat remaja. Ada rakan taulan yang lebih kasih dan mudah berkongsi rasa, pasti jiwa mereka lebih cenderung kepada mereka. Pada masa itu, ibubapa hanyalah seperti orang asing. Bukan tempat berbahagi masalah, bukan lapangan menenangkan hati yang resah. Jika di landa masalah, akan di adukan kepada orang lain yang dianggap lebih mengasihi dan memahami. Masa itu, sukar untuk kita mendekati mereka.”

BERAPA KALI PELUK ANAK?
“Cuba kita tanya pada diri kita, dalam sehari berapa kali kita peluk dia, berapa kali kita bertanya apa yang dia perlukan daripada kita, berapa kali kita berbual-bual dengannya? Sering kali yang kita fikirkan hanyalah penat lelah diri kita. Hakikatnya anak-anak tak tahu yang ibu dan ayahnya letih. Yang mereka tahu, mereka mahukan perhatian kita. Sebagai ibu bapa, kita harus banyak bersabar. Jika kita penat, ketepikan dulu perasaan-perasaan  itu. Tumpukan perhatian kita kepada manusia di hadapan kita yang lebih memerlukan kita. Anak-anak perlukan kita sebagai rakannya. Jika kita dapat membina kepercayaan mereka kepada kita, insya-Allah kita akan dijadikan tempat rujukan. Apa jua yang melanda diri mereka, kita adalah orang pertama tempat meminta nasihat.

“Merujuk kepada anak-anak Ina yang tidak mahu mendengar kata itu, sebenarnya mereka hanya ingin menarik perhatian Ina dan suami. Walaupun perhatian yang diterima hanyalah marah dan tengking kita, atau tampar dan cubit kita. Mereka tidak kisah, asalkan kita memberi fokus kepada mereka dalam apa cara sekalipun. Mungkin kalau mereka berkelakuan baik kita buat tak tahu sahaja, jadi dia akan melakukan sesuatu agar perhatian kita terarah kepadanya. Walaupun caranya adalah bergaduh dengan abang atau adik atau sebagainya. Mendidik anak-anak tidak memerlukan kekerasan, tidak perlu kepada tinggi suara.”
Saya meraut dan mengusap-usap tangannya. Saya pandang dia dan dia membalasnya. Jelas, matanya berkaca-kaca.
“Betul, kak. Biasanya apa yang kakak katakan tadi memang selalu berlaku dalam hidup kami sekeluarga. Balik kerja penat, suruh anak itu,ini dan apabila tak ikut, mereka dimarah-marah. Ya Allah, apalah yang telah saya lakukan kepada anak-anak?” suaranya bergetar menahan tangis yang berat di dalam jiwa.
“Jadi, apa yang perlu saya lakukan? Masih belum terlambat bukan?” dia bertanya, air mata yang dari tadi di empang akhirnya melimpah jua.
“ Insya- Allah masih belum terlambat untuk memperbaiki keadaan. Lagipun, anak-anak Ina masih kecil. Apa perlu Ina lakukan, pertama sekali, mohonlah keampunan daripada Allah s.w.t. atas kelemahan kita yang lalu dalam mendidik anak-anak. Mohon sungguh-sungguh dengan Allah supaya Allah tunjukkan kita jalan untuk mendidik anak-anak yang diredhai-Nya.
“Yang kedua, Ina dan suami mesti ingat bahawa anak-anak amat memerlukan kasih sayang kita. Tunjukkanlah kasih sayang kita kepada mereka.peluklah mereka sentiasa, sekurang-kurangnya empat kali sehari, lebih baik kalau dua belas kali. Katakan juga kepadanya bahawa kita sangat-sangat sayangkan mereka. Luangkanlah masa yang berkualiti dengan anak-anak sama ada dengan bermain bersama, makan sambil berbual-bual barsama, berkebun bersama, memasak bersama, berbasikal bersama, jogging bersama atau apa jua aktiviti yang menyeronokkan. Jika mereka buat perangai, Tanya dia jika kita boleh membantu dia menyelesaikan masalahnya. Biasanya, anak-anak tidak pandai untuk bercerita apa yang sedang di alaminya, sebab itu dia cuba menunjukkan ketidakselesaannya. Jika kita perlu sentiasa bertanya apa yang dia mahukan.
“Jika mereka melakukan kebaikan, pujilah kebaikan mereka itu seolah-olah kebaikan itu amat besar maknanya kepada kita. Jika dia masukkan baju kotor ke dalam mesin basuh sebagai contoh, mungkkin Ina boleh katakana kepadanya, ‘Masya-Allah, solehnya anak ibu hari ini, masukkan baju dalam mesin. Ya Allah, ibu saying adik. Terima kasih, ya, sebab masukkan baju ke dalam mesin.’ Kemudian peluklah dia. Berikan ganjaran atas perbuatan baiknya itu. Pelukan itu pun sudah cukup sebagai ganjaran.”
“Bolehkah anak-anak dengar cakap kita kalau asyik berlembut sahaja?” tiba-tiba Ina bertanya, matanya tepat menghala ke mata saya.
“Insya-Allah, Ina tahu kisah Rasulullah, bukan?
Caranya berdakwahnya sangat halus dan lembut. Bahkan Baginda juga menganjurkan supaya umatnya menggunakan kaedah secara baik dan lembut terhadap anak-anak. Di dalam al-Quran pun Allah suruh kita berlemah lembut. Jika kita bersikap keras lagi kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri daripada kita. Kita perlu banyak maafkan mereka dan berbincang dalam menyelesaikan masalah.

ANAK BUKAN ROBOT
“Jika dia melakukan sesuatu kesalahan, jangan cepat-cepat marah atau pukul dia. Alangkan kita yang sudah dewasa ini pun selalu membuat kesalahan, inikan pula anak-anak yang masih kecil dan belum matang itu. Nasihati dia dengan penuh kasih sayang. Jika dia pukul adiknya sebagai contoh, katakan padanya, ‘Abang tak boleh pukul adik tahu. Allah tak suka, ibu dan ayah pun tak suka. Lagi pun, kasihan adik, sebab adik rasa sakit. Jangan pukul adik lagi ya? Abang soleh bukan?’ Satu perkara yang perlu kita ingati, jangan lah kita sangka dengan sekali nasihat sahaja anak-anak akan terus jadi baik. Ia tidak semudah itu, kerana kita sedang membina jiwa manusia yang ada nafsu dan akal, bukan robot yang boleh di programkan mengikut spesifikasi yang kita mahukan. Ulangilah nasihat-nasihat seperti ini.kita perlu ulang nasihat ini pada waktu-waktu yang mana anak-anak boleh menerimanya seperti sebelum tidur, selepas mandi, selepas solat, selepas makandan ketika anak sedang tenang. Jangan biasakan marah dan menengking anak. Jika sudah terbiasa nanti, kita marah pun dia sudah tak rasa apa-apa lagi.”
“Jadi kita tidak bole pukul anak-anak, ya , kak?”
“Boleh, tetapi ia adalah pilihan yang terakhir setelah apa yang kakak katakana tadi kita sudah buat. Kakak pernah membaca buku Profesor Dr Saedah Siraj yang bertajuk Pendidikan Anak-anak. Dia kata, sekatan kepada harga keseronokan merupakan hukuman paling berkesan dan baik untuk memdidik anak-anak.”
“Harga keseronokan? Tak pernah dengar pula. Apa itu, kak?”dia bertanya.
“Begini, dalam usia anak yang masih rebung, kita disarankan mendidik mereka dengan kaedah nasihat dan menyuruh anak-anak secra baik, tanpa marah atau memukul. Sekiranya mereka tidak melakukan apa yang ibu bapa suruh, ibu bapa boleh mengambil salah satu daripada langkah sekatan terhadap harga keseronokan yang kakak sebut tadi.”
“Apa langkah-langkahnya?” tidak sabar gayanya ingin mengetahui.
“Pertama, melarang mereka bertemu kawan-kawan.
Kedua, menyekat mereka daripada bermain dan yang ketiga, menyekat mereka daripada mendapat perhatian ibu bapa. Kita menyekat mereka dalam beberapa waktu yang tertentu dan tidak begitu lama,” jelas saya panjang lebar.
“Oh, begitu rupanya. Banyak bungguh kesilapan saya dalam  mendidik anak-anak. Saya sangkakan dengan marah dan hukuman itu dapat mendisiplinkan mereka. Rupanya banyak lagi cara lain yang lebih baik. Nampak sangat yang bermasalah bukan anak-anak, tetapi ibu bapa seperti saya ini. Insya-Allah, lepas ini saya akan cuba laksanakan saranan-saranan kakak tadi. Kak, jom kita balik! Tak sabar rasanya saya nak peluk anak-anak saya!”
“okey. Tapi ada satu lagi yang paling penting!”
“Eh, ada lagi?”
“Ya. Selain daripada kita berusaha, perkara yang paling penting ialah ibu bapa mesti doakan anak-anak. Jangan hanya berdoa, ‘Ya Allah, jadikanlah anak-anakku soleh dan solehah.’ Tetapi kita perlu berdoa secara lebih spesifik seperti ‘Ya Allah, jadikanlah anakku Aiman orang yang rajin solat, jadikanlah dia orang yang rajin belajar, jadikanlah dia anak yang berbakti kepada ibu bapa dan jadikanlah dia penyejuk mata kami.’ Bukankah doa ibu itu doa yang mustajab? Jadi, mari kita serahkan anak-anak kita kepada Allah yang memegang hati-hati manusia. Kadang-kadang kita ini sombong dengan Allah, doa pun tak mahu. Lebih baik lagi, kita doa kuat-kuat selepas solat berjemaah bersama supaya anak-anak kita dengar. Insya-Allah lembut hati mereka ketika mendengar doa kita itu. Kakak, kalau Humaira’ buat sesuatu yang kakak tidak suka, kakak akan berdoa kuat-kuat supaya dia dengar. Insya-Allah selepas itu dia akan berubah dengan cepat.”
“Masya-Allah! Saya rasa seperti sebiji batu besar yang menghempap dada saya sejak sekian lama sudah terangkat. Jom! Tak sabar saya nak jumpa anak-anak!” dia berkata dengan penuh semangat. Ditariknya tangan saya menuju ke tempat parkir dengan wajah yang berseri-seri. Moga ada sinar selepas ini, dan semoga anak-anak kami akan menjadi manusia yang hebat dan soleh, yang akan menjadi khalifah terbaik di muka bumi. Amin Ya Rabbal Alamin.

MUTIARA UNTUK IBU BAPA

Apabila anak-anak meragam, sebenarnya mereka inginkan perhatian daripada ibu bapa. Itulah pengorbanan yang harus kita lakukan sebagai ibu bapa.
Dalam peringkat usia satu hingga enam tahun, jangan mengharapkan anak-anak akan memahami kesibukan dan kecelaruan yang kita alami di pejabat. Ketika kita pulang, mereka mengharapkan perhatian dan jika kita tidak memberikannya anak-anak akan mula meragam bagi menagihnya. Sebagai ibu bapa kita harus sedaya upaya menggunakan segala kebijaksanaan bagi memberikan mereka perhatian yang sewajarnya.
Elakkanlah juga daripada memarahi anak-anakdengan bahasa yang kasar apatah lagi dengan memukul mereka. Perbuatan seperti ini hanya akan memberikan mesej yang salah dan akan menyebabkan mereka akan bertambah jauh daripada ibu bapa. Jika perlu menghukum mereka sekali pun, gunakan lah kaedah menahan keseronokan seperti tidak mengizinkan mereka menonton televisyen rancangan kegemaran mereka. Pada masa yang sama, terangkanlah kepada mereka mengapa mereka di hokum, agar anak-anak faham dan tidak akan mengulanginya lagi.
Ajarlah mereka untuk meminta maaf daripada ibu bapa apabila mereka berbuat kesalahan dan tika kita berbuat salah kepada mereka, jangan pula malu dan segan untuk meminta maaf daripada mereka.

:: Tarbiah rohani, Begini Sayang! ::