بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Saturday, December 17, 2011

~CatataN InsyeeraH~: Solehahkan diri kerana'nya' atau kerana'Nya'??

~CatataN InsyeeraH~: Solehahkan diri kerana'nya' atau kerana'Nya'??: Bismillah walhamdulillah... "Untuk mendapat si soleh. Kita dulu perlu menjadi solehah" Ini antara kata-kata yang selalu kita dengar. Ya...

Bubur syura


❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•


Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Ia juga dikenali sebagai sugha.
Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura.

Sejarah hari Asyura

Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).
Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Kononnya, selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh.
Puasa hari Asyura pula merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).

Jenis bubur Asyura

Jenis manis - Lazimnya di utara Semenanjung Malaysia.
Jenis berempah dan mengandungi daging - Lazimnya di pantai timur Semenanjung Malaysia.
Jenis seperti bubur lambuk yang mengandungi pelbagai ramuan seperti pisang, kacang hijau dan lain-lain - Lazimnya datang dari Singapura.

Yang ni yang aku search dalam laman sesawang dalam internet ni.
patut la aku tengok bubur syura yang di buat di universiti aku hari ni secara gotong royong laen benor rupanya..rupanya bubur ni pon ada bezanya ikut negeri.ingat loghat ja ka ikut negeri. bubur pon sama la.kat u aku ni bubur dia siap campur daging dengan ayam lagi.sebab katanya bubur syura pantai timur.patut la sblum ni aku tngok orng kat kampung aku buat tak da pon bahan2 macam tu(yang versi utara punya).sedap ke??sebenarnya aku ni tak makan bubur tu.aku tak gemar makanan yang berunsur bubur. tapi disebab kan benda dah ada atas meja aku kena la makan jugak.kalau tak, penat ja membe aku mai hantaq kat aku, lagi pon tu boleh menyebabkan pembaziran. Allah tak suka.so, aku tak mau buat benda yang Allah tak suka, tapi syaitan suka.aku tekat aku nak habiskan jugak malam ni bubur tu..lagipon ini kan makanan sunnah, aku kena belajar juga makan makanan ni.tu menunjukkan aku sayang kepada rasullullah sebab mengikut sunnahnya.betul?..jadi aku share la dengan rumate bubur tu.tapi masih ada lagi sikit.tak apa akan ku habiskan jua.insyaAllah...pastu td sempat lagi aku mesej2 dengan adikku nun jauh di kampung. familyku sedang berkumpul di kampung rumah nenek.sedih tak dapat bersama sama family saat ni.dapat bersama2 mama dengan abah pon dah sangat boleh buat aku tenang dan bahagia, lagi2 time macam ni.taw tak kalau kita tengok muka mak bapak ja pon dah boleh dapat pahala,

sebenarnya melihat wajah ibu bapa adalah seperti kita melihat syurga.. masya Allah begitu mulia kedudukan ibu bapa di sisi Allah s.w.t. oleh itu pada mereka yang jauh dari ibu bapa pulang2lah ke kg halaman, jenguk2 lah mereka sebelum kita menyesal kerana kita sekadar dapat melihat jasad yang telah terbujur kaku... senang kan Allah nak bagi pahala kat kita.kasih nya Allah kepada hambanya..rugilah orang yang tak mau ambil tahu perkara2 yang simple macam ni.


lagi apa yang kita tengok boleh dapat pahala :

MELIHAT KAABAH.

satu lagi keberasan Allah yang tiada tandingannya. walau kita tidak dapat pergi menunaikan haji atau umrah namun dengan hanya melihat kaabah Allah telah janjikan pahala pada kita semua... subahanallah..


MELIHAT AIR ZAM-ZAM.

belum lagi kita meminumnya..hanya melihatnya Allah sudah memberikan ganjaran pahala.
Air zam-zam mempunyai byk khasiat. Amalkan minum air zam-zam setiap hari.

MELIHAT KALAM ALLAH (AL-QURAN).

belum pun kita membacanya dan hanya melihatnya pahala sudah diberikan. apatah lagi jika kita membacanya. di bulan yang mulia ini amalam membaca al-Quran adalah sangat2 dituntut.al-quran menjadikan pegangan dan panduan hidup kita. oleh itu, marilah kita sama2 membaca al-Quran.. bukan sekadar dilihat sahaja.

MELIHAT LAUT.

melihat sambil memuji kebesaran Allah. saat kita memuji melihat kebesaran Allah kita sudah ditambahkan pahala. segala yang terciptakan oleh Allah s.w.t. adalah sesuatu yang kita manusia sendiri tidak mampu menciptakannya melainkan dengan izin-Nya.
Selain itu, melihat laut blh memberikan ketenangan.. Allahuakhbar.

minggu akhir2 sebelum final ni sebenarnya waktu yang sangat memberi tekanan kepada student.banyak kerja nak kerja settle.tak pa la Allah lebih mengetahui. harap Allah membantu aku meghadapi semua ni dengan jayanya. semua yang berlaku kan ada hikmahnya.aku kat sini pon Allah yang tahu apa hikmahnya..ok, nanti aku cerita pula di entry yang laen bagaimana aku tersesat boleh berada di sini ye

Friday, December 16, 2011

Kuatkan Aku - Vagetoz


Oh TuhAn.. kUatKaN aKu
uNtUk LalUi JaLaN hiDuP Ini
yAnG kU iNgInkaN sElaLu ADa daLaM rEdhO-MU
BeRikAnLah PeTuNjuK-Mu
agAr DiRi kU tAk TeRseSat
uNtUk MeNujU SyuRgA yAnG tELah KaU JAnjikAn
AmPuNkaN DiRiku JikA sELaMa INi
hAnyALah BeRBuaT DOsA
TaK sAnGguP DiRikU BiLa DiAkHir HiDupKU
mEnAnGgUNg SiksA-Mu
AMpUnkAN DiRIkU JikA sELaMA iNi
hAnyALah BeRBuaT DOsA
TaK sAnGguP DiRikU BiLa DiAkHir HiDupKU
mEnAnGgUNg SiksA-Mu
aKu hAMBa-Mu yAng LeMaH
tAk SEmPurnA mEnUnDuk SuJuD Di HADap-Mu
Oh TuHaN kUaTkaN Aku
uNtUk LalUi JALaN HiDuP iNi
YAng kU iNgInKaN sELalU ADa DaLAm ReDhO-Mu
aMpUnkAN DiRikU JiKA sELaMa iNi
HaNyaLaH BeRBuaT DOsa
TaK SaNGguP DiRikU BiLA DiAkHiR HiDupku
mENanGguNG SiKsA-Mu
aMpUnkAN DiRikU JiKA sELaMa iNi
HaNyaLaH BeRBuaT DOsa
TaK SaNGguP DiRikU BiLA DiAkHiR HiDupku
mENanGguNG SiKsA-Mu
oohh..ohh..T_T


SediHnya lagu ni...ya Allah ampunilah segala dosaku. Bantulah pimpinlah daku menuju kejalan yang Kau redhoi. Ampunilah segala dosa2 yang pernah aku lakukan. Janganlah Kau tarik balik hidayah yang pernah Kau berikan kepadaku.. Benar, sesungguhnya iman seseorang itu ada masa naik turunnya. Saat turunnya imanku hanya satu yang ku harapkan Kau lindungilah daku dari perkara2 yang merugikanku didunia dan akhirat. Sesungguhnya hanya kepada-Mu tempatku bergantung dan berharap tiada yang lain. Dan ku harap kekuatan iman itu kembali menyinari hidupku. Kekalkanlah hidayah-Mu ya Allah kepada ku....T_T

Thursday, December 15, 2011

Vagetoz - Kuatkan Aku

Jika Cinta Itu Datang,Bawalah Ia Ke Syurga Cinta


❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

ღ✿ღ✿ღ✿ღ✿ღ✿ღღ✿ღღ✿ღ✿ღ✿ღღ✿ღ✿ღ✿ღ✿ღ✿ღ✿ღღ✿
JIKA CHENTA ITU DATANG,BAWALAH IA KE SYURGA CHENTA
ღ✿ღ✿ღ✿ღ✿ღ✿ღღ✿ღღ✿ღ✿ღ✿ღღ✿ღ✿ღ✿ღ✿ღ✿ღ✿ღღ✿

✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰
Jatuh yang tak mengundang orang simpati ialah jatuh cinta. CINTA adalah fitrah dan kurnia ILLAHI. Tidak ada siapapun yang dapat melarikan diri daripada mencintai dan dicintai. Namun demikian , puncak CINTA ada orang masuk syurga kerana CINTA dan ramai orang yang dihumban ke neraka gara-gara CINTA. Nauzubillah. CINTA yang bagaimana yang mampu membawa seseorang ke syurga?

CINTA yang dialirkan oleh ALLAH ke dalam hati, itulah CINTA yang benar, suci lagi murni. CINTA yang bukan diukur ikut pandangan mata,tapi ikut pandangan ALLAH. Ia atas dasar ALLAH dan CINTA terjadi atas keredaan ALLAH.CINTA begini tiada batasannya.Kerana CINTA ini lahir hasil dari CINTA kepada ALLAH jua.

CINTA KERANA ALLAH
•.¸¸❤¸¸.•*¨*•.¸¸❤

Kalau berlaku antara lelaki dan perempuan yang tidak diikat oleh perkahwinan , mereka tak perlu untuk berjumpa,berbicara atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kehendak ALLAH.

CINTA mereka tidak akan tercela oleh nafsu.Sebaliknya CINTA itu adalah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah berjumpa atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang kita cintai ditimpa susah,dan kita merasa senang kalau yang dicintai itu senang. Sanggup susah dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

CINTA yang begini diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana ALLAH maka mereka akan mendapat perlindungan 'ARSY ALLAH di padang mahsyar nanti, hari di mana masing-masing mengharap sangat perlindungan daripada matahari yang sejengkal sahaja daripada kepala.

Kalau berlaku sesama suami isteri , maka isteri akan meletakkan seluruh ketaatan kepada suami, hormat dan melayani suami tanpa jemu. Baik ketika suami menunjukkan kasih sayang atau ketika suami menunjukkan kemarahan. Baik ketika suami sedang kaya atau miskin, CINTA isteri kepada suami tidak akan berbelah bahagi kerana CINTAnya pada suami datang daripada ALLAH hasil ketakwaan isteri.

Biar badai melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan CINTAnya yang utuh dan teguh. Inilah CINTA sejati.Begitu juga suami , CINTA pada isteri tidak memandang kepada isteri itu tua atau muda.Termaktub dalam hatinya, selagi isteri taat pada ALLAH, isteri itu akan tetap dikasihinya.

CINTA ALLAH YANG UTAMA
•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*••*.¸¸❤

Sumber CINTA yang datang dari ALLAH akan meletakkan ALLAH yang paling tinggi dan utama.Apabila berlaku pertentangan antara CINTA ALLAH dengan CINTA pada makhluk maka CINTA ALLAH pasti akan menang.

Sebagai contoh seorang isteri yang CINTA pada suaminya.Tiba-tiba suaminya melarang isteri melakukan ketaatan pada ALLAH, dalam hal menutup aurat, padahal menutup aurat itu ALLAH wajibkan, maka kecintaan pada ALLAH itu akan mendorongnya untuk tetap melaksanakan perintahNYA walaupun suami tidak suka ataupun dia harus kehilangan suaminya.

CINTA yang datang daripada ALLAH menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah ALLAH yang kecil ,apalagi perkara yang besar. Seseorang yang sudah dapat mencintai ALLAH ,CINTA yang lain jadi kecil dan rendah baginya.

Sejarah menceritakan kisah CINTA Zulaikha terhadap Nabi Yusuf.Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh CINTA nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf , dia sanggup hendak menduakan suaminya yang bertugas sebagai seorang menteri.

Ketika Nabi Yusuf menolak keinginannya, Zulaikha menarik baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat daripada peristiwa itu , Nabi Yusuf telah dimasukkan ke penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu CINTANYA kepada Yusuf.

Penderitaan CINTA yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabakan dia berubah daripada seorang perempuan yang cantik menjadi perempuan tua yang tidak cantik lagi. Matanya banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan daripada ALLAH terhadapnya. Lalu ALLAH mewahyukan agar Nabi Yusuf mengawini Zulaikha setelah ALLAH mengembalikan kesihatan dan kecantikannya.

Peliknya , ketika Zulaikha mengenal ALLAH, datanglah CINTAnya pada ALLAH sehingga waktunya lebih banyak dihabiskan untuk bermunajat dengan ALLAH dalam ibadah dan zikir.

Begitulah betapa CINTA yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan setelah mengenal dan CINTA kepada ALLAH. CINTA ALLAH adalah CINTA taraf yang tinggi. Puncak CINTA ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di surga yang dipenuhi kenikmatan.

CINTA pada ALLAH akan lahir pada orang yang mengenal ALLAH. Kerana CINTA yang lahir ada penyebabnya. Jika wanita CINTA pada lelaki kerana kayanya, baiknya,tampan, dan sebagainya dan lelaki CINTA wanita kerana kecantikan, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan merasa lebih patut dicurahkan rasa CINTA pada ALLAH kerana segala kenikmatan itu datangnya daripada ALLAH.

Sahabat sekalian, ALLAH yang menciptakan kita , kita diberikan berbagai-bagai nikmat seperti kesihatan yang baik , kegembiraan dan lain-lain. Baik kita ingat kepadaNYA ataupun ataupun tidak, kita tetap diberiNYA nikmat-nikmat tersebut. Begitulah , kebaikan yang diberikan ALLAH kepada kita terlalu banyak sebagaimana firmanNYA, yang bererti:

"Kalau kamu hendak menghitung nikmat -nikmat ALLAH, nescaya tidak akan terhitung."

Alangkah biadabnya kita kalau kita gagal mengambil segala nikmatNya tapi lupa untuk bersyukur pada yang Memberi. ALLAH mampu sahaja menyusahkan dan menyenangkan kita dengan Kudrat dan Iradat-NYA.

Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada ALLAH. Malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat daripada ALLAH.CINTAnya tertumpu pada ALLAH ,penyerahan diri pada ALLAH sungguh- sungguh. Dan CINTAnya pada makhluk berlandaskan CINTAnya kepada ALLAH.

Ada orang mengatakan :
"JIKA KAU BERIKAN HATIMU ATAUPUN CINTAMU PADA MANUSIA NESCAYA CINTAMU AKAN DIROBEK -ROBEKNYA. TAPI KALAU HATI YANG PECAH ITU DIBERIKAN KEPADA ALLAH NESCAYA AKAN DISATU-SATUKANNYA .ERTINYA CINTA DENGAN ALLAH PASTI TERBALAS. DAN ALLAH TIDAK MEMBIARKAN ORANG YANG DICINTAINYA MENDERITA DI AKHIRAT."

Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada ALLAH, pada Rasulullah dan barulah kepada makhluk -makhluk lain di samping-NYA.Itulah konsep CINTA yang yang betul dan menguntungkan di dunia dan di akhirat. Itulah dia CINTA kita pada ALLAH SWT yang patut kita letakkan.

SEKALI RASA CINTA ITU HADIR

INGATLAH IA ADALAH KURNIAAN ALLAH

HIDUP INI MENJADI INDAH KERANA CINTA

CINTA YANG SUCI

BUKAN CINTA YANG MENYERET KE NERAKA.

SEKALI RASA CINTA ITU HADIR

SAMBUTLAH DENGAN BENAR

JAGA Ia DAN PELIHARA IA SEBAIKNYA

DAN JADIKAN IA CINTA YANG MENGHANTARKAN KITA KE SYURGA..

INSYAALLAH..Ameen ya Rabb..
✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰

Alhamdulillah... tak ku sangka akhirnya dapat jugak aku bukak balik blog yg telah lama di create ni... sampai terpaksa re-new balik aku punya paswed. Oleh kerana terlupa paswed.. sebenarnya lecturer aku yang ajar buat blog ni taw, lecturer english time kat matrik dulu. kelas kau encik...hehe.. time mula2 tu aku sebenarnya xtaw pon animal apa la yang encik ajar kitaowang buat ni, maklumlah time tu masih buta IT. So, aku just ikut ja la apa yang en cakap, dia cakap 1 aku pon ikut 1, dy kata 2 aku pon 2 jaa.. tut2..pastu lupa camtu ja.. baru sekarang aku taw yang aku pernah buat dulu blog rupanya. time ni baru kalut cari balik apa password blog aku..adoi..ish3.. teruk betoi perangai. al kisahnya, benda ni terjadi sebab aku selalu baca blog2 orang melawat sana sini sejak jejak kaki ke universiti maklumlah internet 24 jam , dengan cara ni aku rasa benda ni sangat2 interesting, lagipon kita boleh dapat byak info, pengetahuan baru, dan jugak boleh reles tensen bila baca tulisan2 yg lawak dan creatif. TIBA-TIBA...terdetik la dihati nak ada blog sendiri..lama bebenor aku x buka dan update aku punya blog...sampai terpaksa re-new balik aku punya paswed. harap2 tulisan2 dalam blog ni nanti boleh la bagi manfaat kepada manusia2 laen xkisah la tulisan sendiri atau kopi ja yang penting dapat sebarkan ilmu kepada orang laen ..insyaAllah...kalau ada salah dan silap jangan lah korang nak rasa segan malu silu nya kat aku. tegur jaa..aku ni pon hamba Allah yang sedang belajar, masih banyak kurang cacat cela nya.kita sebagai manusia biasa ni xkan sempurna punya sebab Allah saja yg Maha Sempurna...
mood : happy cangat sebab da ada blog sendiri (^_^).....

Monday, December 12, 2011

Bank Dunia VS Bank Akhirat

Kehidupan zaman moden pada hari ini memerlukan banyak pengorbanan. Tidak kiralah pengorbanan dari segi harta, pangkat ataupun masa. Hatta, ada yang melakukan pengorbanan yang tidak patut dilakukan, demi menjalani kehidupan di atas muka bumi ini.
Dunia hari ini juga memerlukan seseorang terus berlabur dalam setiap masa. Wang menjadi taruhan. Kita lihat situasi ini.
Situasi A
Insan I : Eh bro, takkan makan maggi je kot.
Insan II : Bro, aku nak berjimat kot. Tambah duit dalam bank. Nanti aku gak yang senang. huhu

Insan I : Kalau ye pun nak jimat, jagalah permakanan bro.

Insan II : Ye laa..

Situasi ini sepertinya agak familiar dalam kalangan kita. Maka,kita mengetahui bahawa,manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kesenangan. Wang dan harta selalu menjadi subjek utama dalam kehidupan. Memang tak dinafikan.
Duit..Duit
Ungkapan 'No money no business' menjadi pegangan setiap orang yang mempunyai 'fikrah'"duit adalah segalanya". Namun,duit bukanlah segalanya, tetapi segalanya memerlukan duit.Maaf,pembetulan.Sesetengah perkara memerlukan duit. Kenapa sesetengah? Kenapa bukan segalanya memerlukan duit?Ya,benar sekali.Tidak semestinya untuk hidup bahagia, kita perlukan duit. Tidak semestinya, nak berubah ke arah kebaikan memerlukan duit. Tidak semestinya, nak buat kebaikan memerlukan duit melainkan sedekah dan sebagainya. Dan untuk masuk ke SYURGA, tidak bawa pun duit.
Selalu juga kita dengar quote 'No money no business'. Sekarang, kita tukar. 'No amal soleh, no barakah'.Atau bagaimana?Membuat amal soleh, amal kebaikan merupakan pelaburan kita yang utama dalam kehidupan sebagai seorang Muslim. Pengabdian diri kepada Allah adalah penting.
Firman Allah yang bermaksud:-
" Aku tidak menjadikan manusia dan jin melainkan hanyalah untuk beribadah kepada-Ku "- surah Az-Zariyat (Ayat 56)
Allah berfirman lagi yang bermaksud:-
"...Sungguh, orang yang mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa." - surah Al-Hujurat (Ayat 13)
Jadi, untuk menjadi orang yang bertaqwa, kita mestilah mengikut segala perintah Allah, tinggalkan larangan Allah. Penuhkan Bank Akhirat dengan amal-amal soleh dan segala jenis kebaikan. Kita tidaklah memerlukan wang untuk membuat amal kebaikan. Modalnya hanyalah diri kita sendiri dan pengorbanan masa yang kita ada hanyalah untuk Allah.

Kembali ke jalan yang benar.
Situasi B
Insan I : Bro, kebelakangan ni kan, aku tengok kau dah banyak berubah lah. Semakin alim-alim camtu. Tambah lagi, kau banyak terlibat dengan aktiviti agama, ajak orang sana sini. Apa rahsianya?
Insan II : Bro, aku berubah kerana Allah. Bila aku tengok balik 'buku akaun' amal aku kan, tak banyak sangat 'duit' aku untuk pelaburan akhirat. Kita ni tak tahu bila mati. Jadi, muda-muda camni lah nak kumpul 'duit' untuk akhirat. Jom ikut aku. Tak payah takut. Duit dalam Bank Dunia kau tu tak terjejas pun, tapi kan, duit dalam Bank Akhirat kau tu akan bertambah. InsyaAllah. (sambil tersenyum)
Insan I : *Insaf*

Jadi, kita bila lagi? Bank Akhirat menanti untuk diisi sebaik-baiknya.
- Artikel iluvislam.com