بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Thursday, July 5, 2012

pagi yang nyaman


Pagi-pagi lagi aku, abah, mama, adik bongsuku mimi (bukan nama sebenar)  dan yap (bukan nama sebenar) sudah keluar untuk pulang ke kampung. Sebelum itu kami singgah sebentar di dusun pak njang ku di merbok. Maklumlah sekarangkan musim buah-buahan. Aku pon xsure yang ni kali ke berapa aku berkunjung kedusun itu. Suasana amat nyaman pada ketika itu, maklumlah awal2 pagi dah sampaikan, cuaca pon sejuk dan langit mendung menandakan hujan mau turun. Tujuan kami nak ambil durian. Itupon kalau ada yang luruh. Alhamdulillah..ada jugak rezeki kami merasa durian dusun pak njang musim kali ni. Abah dan mimi terus berjalan menyusur cerun2 yang ku kira tidak lah begitu curam untuk mencari kiranya ada durian yang luruh. Aku hanya berjalan2 perlahan melihat keindahan suasana flora yang nyaman dan menenangkan jiwa. Mama pulak sibuk melayan kerenah yap yang asyik mintak di dukung. Maklumlah tanah agak lecah dan lembik sebab awal pagi kan. Mungkin juga semalam hujan. Tahu pulak geli. Hmm..pandai betul si busyuk kecik ni.

 Pondok di dusun..cantek..mcm rumah dah aku tengok…^^


  Episod mencari durian..durian runtuh beb..!!!


 Subhanallah..begitu indah..ciptaan Illahi…^^


 Makhluk Allah mana lah yang makan buah durian ni. Cuba tengok lepas makan bijik durian tu pandai pulak letak tempat dia semula..bijak2..generasi bijak pandai nie…xpa rezeki yang Allah beri di kongsi bersama



Sebentar cuma kami berada di dusun tersebut. Ku kira dalam 30 minit sahaja. Apabila masuk saja ke dalam kereta hujan renyai2 mula menampakkan diri dan ia semakin lebat. Rahmat Allah. Syukurlah sempat jugak membawa pulang beberapa biji durian. Lepas tu kami terus kerumah tok dan tok wan yang tak jauh dari situ. Kami plan untuk berada di kampung sebentar Cuma kerana adikku kena ke sekolah petang tu. Ada hari sukan di sekolahnya. 



 Sempat lagi snap gambar..hehe..ni waktu perjalanan ke kampung. Langit mula menurunkan titisan2 air dari perutnya




 Apabila sampai di kampong, kelibat tok dan tok wan ku sudah pon kelihatan. Ceria muka mereka menerima kedatangan kami. Penat betoi mereka melayan kerenah2 kami yang macam2 ni terutama cap yang begitu banyak ragamnya. Hehe..Kami pulang ke rumah selepas makan tengahari. Tok esok kami datang lagi ya…


 cubaan membuka (mengopek) durian olehku tidak berjaya. Kata tok kulitnya tebal. Akhirnya tok yang membukanya. Aku dan adikku hanya menanti untuk makan.nyum3...hihihik



 Durian yang dibuka tokwan..tapi isi nya keras sikit..


 Tok yang bagi benda ni kat aku..comel betul tok aku ni..hehe..terasa macam budak2 jap… lalalala~~


 Kalau balik kampung ni, macam2 jenis buah la ada. Rambutannn..~~



 Tokwan siap beli eskrem lagi bagi cucu2 dia yang dah besar panjang nie..berlagak cam kanak2 la sat~~…nyum3

Si busyuk yang banyak kerenah, orang kedah cakap banyak (tokhtiaq)..hehehehe…