بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Monday, March 30, 2015

Belajar Erti Syukur

KERJA KOSONG!!! KERJA KOSONG!!! KERJA KOSONG!!!

DUNIA!! DUNIA!! DUNIA!!

Terlalu keliru dengan jalan hidup ini. Harapan hanya pada Allah. Tawakal dengan ketentuan yang Allah atur dalam hidup.

Memang mudah memberi nasihat kepada orang lain. Tapi tak mudah memberi nasihat kepada diri sendiri dan menerima nasihat itu dengan hati yang ikhlas. Terkadang hanya memaksa diri untuk menerima pada zahirnya. Itu hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa peritnya tika itu.

Ya Allah ampuni diri ini. Ampuni diri ini andai terdetik dihati ini dengan sifat-sifat mazmumah dan kurang bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang Engkau berikan tika ini. Astaghfirullah…
Jika dilihat dari sudut yang lain, lebih ramai lagi kurang bernasib baik dari diri ku ini.


“ Jika engkau berasa kecewa atau bersedih hati, pandanglah orang lain yg berada lebih bawah daripadamu. Tika itu engkau akan mengerti erti syukur”


Sepatutnya tetapkan hati, kuatkan iman kita, terus bersyukur dan sentiasa berdoa kerana disitulah ada ujian yang Allah mahu menilai setiap hamba-Nya. Allah mahu nilai sejauh mana kebergantungan kita pada Nya. Bukan kah Allah berfirman:


"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih"
Surah Ibrahim : Ayat 7



Rezeki tak semestinya dalam bentuk ‘kerja’ semata-mata.

Sekarang aku bahagia bersama family. Alhamdulillah..aku sihat. Alhamdulillah… cukup makan minum, xpenah lapar. Alhamdulillah… cukup pakai, tempat berteduh, dapat melihat mama abah depan mata. Aku bahagia. Alhamdulillah…syukur ya Allah..

Tapi, buat masa sekarang aku tak dapat nak ringankan beban family dengan hasil titik peluhku sendiri lagi. Maafkan anakmu ini. insyaAllah, satu hari nanti pasti tiba rezeki itu dengan izin Allah. Aku percaya itu. Aku mahukan rezeki yang berkat dan membuat aku lebih dekat lagi denganMu ya Allah. Dengan syarat..

USAHA, DOA, TAWAKAL hanya pada Allah, Pencipta kita, Pemberi rezeki..

Antara amalan-amalan bagi memurahkan rezeki dengan izin Allah:

1. Perbanyakkan selawat
2. Tinggalkan perbuatan dosa
3. Sentiasa ingat Allah
4. Berbakti dan mendoakan ibubapa
5. Bersedekah
6. Biasakan diri untuk solat malam
7. Biasakan diri dengan solat dhuha
8. Sentiasa bersyukur dan berdoa
9. Bertawakkal: dengan tawakal , seseorang itu akan dikurniakan rasa kaya oleh Allah. 

Firman-Nya :
"Barang siapa bertawakkal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya)"


:: Walaupun sudah dijangka dengan nilai itu, saat kau khabarkan padaku cukup membuat hati ini sayu. Entah kenapa. Aku tidak pasti. Mungkin keadaan diriku tika itu membuatku tersentuh::


Allahuakbar...

::KISMEC oh KISMEC::


REZEKI, JODOH, AJAL DAN MAUT SEMUA KETENTUAN ALLAH, percaya itu… ^__________^