بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Sunday, March 17, 2013

pekan-gambang-kuantan-pekan

UMP PEKAN-->UMP GAMBANG-->KUANTAN-->PEKAN-->UMP PEKAN


1cit!zen...sangat bersitizen hari ahad nan indah dan permai ini. Nasib lah pahang luas. Kalau tak seluruh pahang ku jejaki..hihihi 

 

Hari yang sangat memerlukan semangat yang kuat, jitu, gigih, waja, kental. Semangat jiwa raga, mental dan fizikal..

 

Mengimbau kembali lipatan-lipatan sejarah yang telah terbuku di dalam diari hidupku. Chennai we are come back..!!!

 

Setelah di tinggalkan bas tersayang. Tinggallah kami bertiga mencari jalan pulang. kembara hidup di perantauan. Jalan-jalan yang membawa seribu makna dan membuat kami terfikir sejenak tentang kehidupan. Makhluk Allah yang terdapat di muka bumi yang sama. 

 

Semuanya Engkau perlihatkan supaya pengajaran di ambil dan di buat panduan hidup. 





Menikmati pemandangan petang melalui pintu bas rapid kuantan. Akhirnya dapat juga duduk setelah sekian lama terpacak di tepi tingkap.. Ramai sangat orang. hujung minggu agaknya..

Free..Sebab tu kami naek. Kurang sikir ongkosnya..Semester jimat besar besaran...!!

 




Melihat gelagat manusia yang pelbagai. Membuatku terfikir tentang tanggungjawab yang mungkin telah terlepas pandang oleh segenap manusia. Akhirnya ada insan yang tak berdosa menjadi mangsa daripada kesilapan tersebut dan ia mungkin menjadi parah dalam ketidaksedaran. Dan luka itu akan kelihatan suatu masa nanti. tetapi mungkin telah sukar untuk di ubati. Ya Allah..selamatkan aku, selamatkan mereka mereka dan mereka semua. ..

 




 Perjalanan yang tak seindah dan semudah seperti yang disangka. Tetapi tersirat seribu pengajaran dan membuat kita berfikir tentang apa yang tak pernah terfikir untuk di fikirkan. Bersyukur atas nikmat yang mungkin tak pernah terlihat dek mata kasar. Berfikirlah dengan mata hati dan positif dan berusahalah untuk menuju ke destinasi yang dituju walau sesukar mana pun. 

 

Alhamdulillah..akhirnya sampai jua di ump dengan selamatnya...Fara, Tiff nnti travel lagi taw.. Walaupun penat tapi banyak manfaatnya...