بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Tuesday, June 26, 2012

BERUBAH-UBAH NIAT

Seorang pemanjat kelapa berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Ketika dia berada di puncak pokok kelapa, rebut melanda beserta angina kencang sehingga kakinya tergelincir, tetapi dia sempat berpaut pada pelepah kelapa yang terjuntai.


Keadaannya seperti telur di hujung tanduk. Dalam keadaan yang genting itu dia berseru, “Ya Allah, selamatkanlah aku daripada jatuh. Jika selamat, aku akan sedekahkan seekor lembu untuk orang miskin.”
Sejurus kemudian tangannya dapat berpaut kembali kepada batang pokok.

Namun ribut masih tetap bertiup kencang. Keadaannya walaupun agak lebih baik daripada sebelumnya, tetapi dia masih lagi belum selamat. Berpaut sekuat-kuatnya pada batang pokok, dia berseru lagi, “ Ya Allah, sekiranya Engkau selamatkan aku daripada jatuh, aku akan sedekahkan seekor kambing untuk orang miskin.”

Setelah bersusah payah, dia berjaya turun hingga ke bahagian tengah pokok kelapa. Harapannya untuk selamat kian cerah, walaupun angin rebut masih bertiup kencang. Kali ini dia berseru, “Ya Allah, kalau Engkau selamatkan aku, aku akan sedekahkan tiga ekor ayam.”

Akhirnya dia sampai pada kedudukan yang lebih rendah, dan doanya berubah lagi, “Ya Allah, sekiranya aku selamat aku akan sedekahkan seekor ayam.”

Ribut telah terhenti dan dia telah berada di kedudukan yang selamat. Dia pun melepaskan tangannya daripada batang pokok lalu berpura-pura jatuh. “Ya Allah, rupa-rupanya aku jatuh juga. Maka tidak jadilah aku sedekahkan apa pun!”


Pengajarannya: Dalam keadaan susah manusia sering ingatkan Allah tetapi apabila senang manusia mudah melupakan-Nya. Ironinya, apakah kita tidak malu mengharap bantuan Allah ketika susah sedangkan sewaktu kita senang kita melupupakan-Nya.  

Thursday, June 21, 2012

Israk Mikraj suatu mukjizat

Peristiwa Israk Mikraj suatu mukjizat




Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, tahun ke-12 dari masa kenabian Nabi Muhammad s.a.w. Ianya juga merupakan peristiwa penting yang dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Tarikh ini bersamaan 662M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum penghijrahan Nabi dari Mekah ke Madinah.

Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad s.a.w pada malam hari dengan menaiki burak bermula dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis. Manakala Mikraj pula membawa maksud naiknya Nabi s.a.w ke langit dari Masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah al-Israk ayat 1 yang bermaksud “Maha suci (Allah) yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

Para ulama' hadis, ulama' feqah dan ulama' tafsir secara umum menegaskan bahawa peristiwa Israk dan Mikraj berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda s.a.w sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan ruh Nabi s.a.w. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan, yang bermaksud memperjalankan hambaNya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad s.a.w yang mana meliputi batang tubuh dan ruhnya serentak bukannya ruhnya sahaja.

Mukjizatnya peristiwa ini jelas tergambar dari masa perjalanan yang hanya selama 3/4 malam iaitu dari jam 6 petang hingga 6 pagi sahaja Nabi sudah kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Malaikat Jibril dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.

Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam kalendar Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah berlaku ke atas rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai tanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Sepanjang perjalanan Israk Rasulullah s.a.w yang ditemani Malaikat Jibril a.s telah melihat pelbagai peristiwa aneh. Antaranya Nabi melihat satu kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru, keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah s.a.w diberitahu oleh Jibril, itulah kaum yang berjihad fisabilillah yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

Nabi telah diperlihatkan sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Rasulullah s.a.w diberitahu oleh Jibril, itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang). Nabi turut melihat sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Rasulullah s.a.w diberitahu oleh Jibril, itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

Selain itu, Nabi melihat satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail, itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri atau suami. Turut kelihatan seorang lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibril, itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

Ketika Nabi diIsrakkan, Nabi telah diberi gambaran oleh Allah akan keadaan umur dunia yang sangat tua melalui keadaan seorang perempuan bongkok tiga yang menahan Baginda untuk bertanyakan sesuatu. Pelbagai peristiwa aneh lain yang berlaku di malam Israk Mikraj ini yang banyak memberi maksud tersurat dan tersirat di sebaliknya.

Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan setiap kali 27 Rejab menjelang tiba. Apa yang lebih penting adalah kita sebagai umat Islam hendaklah menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara sebaliknya. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya telah memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah SWT dan takut akan kekuasaan-Nya.


Penulis ialah pelajar kursus Bahasa Arab dan Komunikasi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Tuesday, June 19, 2012

Bakal Imamku







Duhai bakal imamku,
Namamu kah yang tertulis di Luh Mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku ke jalan menuju syurga-Nya?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku? 


Aduhai imamku...
Adakah kau yang tercipta untukku???
Jawab pertanyaanku ini, jawab !
Kau takkan pernah dapat memberi jawapan kerana jawapannya bukan di tanganmu..
Tetapi di tanganNya…di tangan Tuhan kita..Allah SWT
Tuhanku dan Tuhanmu, 


Duhai bakal zaujku,
Jemput diriku apabila waktunya telah tiba..
Sebelum sampai saat itu,
Biarkanlah aku sendiri bersama Dia,
akan kucipta cinta bersama Dia, 
sebelum kucipta cinta antara kita,
jadikanlah dirimu kumbang yang hebat, 
dan…
doakan aku agar menjadi bunga yang mekar..
mekar mewangi di taman syurga..


oleh itu..
aku tinggalkan dirimu padaNya...
kerana hanya Dia saja sebaik2 tempat perlindungan..
InsyaAllah..


Ya Allah,
bantulah aku untuk menjaga hatiku,
daripada mengingati si dia yang belum halal untukku,
Dan bila saatnya telah tiba,
maka indahkanlah cinta kami dengan redhaMu..


‎".....bakal suamiku, aku tidak meminta rumah yang besar, aku tidak meminta kereta yang gah, aku tidak meminta rantai emas berlian permata yang indah, aku tidak meminta wang yang banyak, dan aku tidak mendambakan kehidupan yang serba mewah, cukuplah dengan bersederhana, tetapi izinkan aku meminta sesuatu darimu, bimbinglah aku dalam mendapatkan syurga-Nya..... 



bawalah rumah tangga yang dibina ke syurga
setelah kita jatuh cinta, kita bangunkan pula cinta itu supaya cinta itu menjadi istana tinggi menggapai syurga berpaksi reda-Nya!


Aamiin ya Rabbal Alamiin...



MATAHARI DITAHAN DARIPADA TERBENAM


Daripada Abu Hurairah r.a., dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “ Sesungguhnya matahari itu tidak pernah tertahan tidak terbenam hanya kerana seorang manusia kecuali untuk Yusya’ iaitu pada malam-malam dia berjalan ke Baitul Maqdis (untuk jihad).”(Riwayat Ahmad dan sanadnya menepati syarat al-Bukhari)

Nabi Musa a.s. mempunyai seorang murid yang menemaninya mencari ilmu. Dia ialah Yusya’ bin Nun dan Allah s.w.t. telah memberikan hikmah kenabian serta mukjizat kepadanya. Setelah Nabi Musa a.s. wafat, Nabi Yusya’ a.s. membawa Bani Israil keluar dari padang pasir. Mereka berjalan sehingga menyeberangi Sungai Jordan dan akhirnya sampai di Palestin.

Di Palestin terdapat sebuah kota yang mempunyai pagar dan pintu gerbang yang kuat. Banggunan-banggunan di dalamnya tinggi-tinggi serta mempunyai yang ramai. Nabi Yusya’ dan Bani Israil yang bersamanya mengepung kota tersebut selama 6 bulan lamanya.

Akhirnya, mereka membuat keputusan untuk menyerang kota itu. Diiringi dengan suara laungan takbir, dan berbekalkan semangat yang kuat. Mereka Berjaya menghancurkan pagar kota, kemudian memasukinya.  Disitu mereka mengambil harta rampasan dan membunuh dua belas ribu lelaki dan wanita. Mereka juga Berjaya menawan beberapa orang kanan yang berkuasa. Akhirnya pada hari jumaat mereka Berjaya mengalahkan 11 orang raja yang berkuasa di Syam.

Peperangan itu mengambil masa yang panjang hingga kewaktu magrib. Ini bererti hari jumaat akan berlalu dan hari sabtu akan tiba.

Menurut syariat mereka pada waktu itu, hari sabtu adalah hari larangan berperang. Oleh kerana itu Nabi Yusya’ pun berkata: “Wahai matahari, sesunguhnya engkau hanya mengikut perintah Allah s.w.t. begitu juga aku. Aku bersujud mengikuti perintah-Nya. Ya Allah, tahanlah matahari itu untukku agar ia tidak terbenam!”
Dengan izin Allah s.w.t. matahari tertahan daripada terbenam sehingga Yusya’ Berjaya menakluki negeri ini. Bulan turut diperintahkan agar tidak terbit.

Setelah Nabi Yusya’ bin Nun dan kaumnya dapat menguasai kota tersebut, Nabi Yusya’ memerintahkan untuk mengumpulkan harta rampasan perang untuk dibakar. Namun api tidak mahu membakarnya. Lalu beliau meminta kaumnya bersumpah. Akhirnya terbukti bahawa ada sebahagian daripada kaumnya telah melakukan khianat iaitu dengan menyembunyikan emas rampasan sebesar kepala lembu.

Orang yang khianat itu mengembalikan apa yang mereka curi daripada harta rampasan itu. Setelah dikumpulkan dengan harta rampasan perang lainnya semua harta rampasan tersebut hangus dijilat api.
Demikianlah syariat yang dibawa oleh nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak membolehkan mengambil harta rampasan perang. Untuk umat Nabi Muhammad s.a.w., Allah s.w.t. telah menyempurnakan syariat-Nya dengan mengharuskan untuk mengambil rampasan perang agar dapat dimanfaatkan oleh kaum Muslimin yang terlibat dalam peperangan dan golongan fakir miskin.

Setelah Baitulmuqaddis dikuasai oleh Bani Israil, mereka aman hidup didalamnya dan antara mereka telah dilaksanakan hokum berpandukan syariat Taurat hingga akhir hayat Nabi Yusya’ bin Nun ini. Beliau wafat pada umur 127 tahun, manakala beliau berumur 27 tahun pada ketika kewafatan Nabi Musa a.s.

Wednesday, June 13, 2012



                 Aktiviti di kala studi week...^^




Tempat : pusat xtvt pelajar ump hasil cubaan mengedit oleh kanak2 yg baru belajar...



subhanallah..begitu indah ciptaan-Mu..rasa begitu tenang bila melihat air yg tak pernah henti mengalir dan ombak yg tak jemu berdesir..ya Allah begitu taat dan setia nya semua ciptaan2 Mu ini menjalankan tanggungjawab masing2.tetapi manusia pula sering leka dan lalai dari tanggungjawab yang telah d pertanggungjawab kepada mereka sebagai khalifah Allah di muka bumi.astaghfirullah... suatu ketika dahulu di tc.
 Subhanallah..begitu indah ciptaan-Mu..rasa begitu tenang bila melihat air yg tak pernah henti mengalir dan ombak yg tak jemu berdesir..Ya Allah begitu taat dan setia nya semua makhluk ciptaan Mu ini menjalankan tanggungjawab yg diamanahkan. Tetapi manusia.. makhluk yang sering leka dan lalai dari tanggungjawab yang telah d pertanggungjawab kepada mereka sebagai khalifah Allah di muka bumi.astaghfirullah... 
Suatu ketika dahulu di tc bersama teman2...



                                                          Lukisan2 comel ku..hihi
                                                 hasil ketensyenan di kala minggu studi...