بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Tuesday, June 19, 2012

MATAHARI DITAHAN DARIPADA TERBENAM


Daripada Abu Hurairah r.a., dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “ Sesungguhnya matahari itu tidak pernah tertahan tidak terbenam hanya kerana seorang manusia kecuali untuk Yusya’ iaitu pada malam-malam dia berjalan ke Baitul Maqdis (untuk jihad).”(Riwayat Ahmad dan sanadnya menepati syarat al-Bukhari)

Nabi Musa a.s. mempunyai seorang murid yang menemaninya mencari ilmu. Dia ialah Yusya’ bin Nun dan Allah s.w.t. telah memberikan hikmah kenabian serta mukjizat kepadanya. Setelah Nabi Musa a.s. wafat, Nabi Yusya’ a.s. membawa Bani Israil keluar dari padang pasir. Mereka berjalan sehingga menyeberangi Sungai Jordan dan akhirnya sampai di Palestin.

Di Palestin terdapat sebuah kota yang mempunyai pagar dan pintu gerbang yang kuat. Banggunan-banggunan di dalamnya tinggi-tinggi serta mempunyai yang ramai. Nabi Yusya’ dan Bani Israil yang bersamanya mengepung kota tersebut selama 6 bulan lamanya.

Akhirnya, mereka membuat keputusan untuk menyerang kota itu. Diiringi dengan suara laungan takbir, dan berbekalkan semangat yang kuat. Mereka Berjaya menghancurkan pagar kota, kemudian memasukinya.  Disitu mereka mengambil harta rampasan dan membunuh dua belas ribu lelaki dan wanita. Mereka juga Berjaya menawan beberapa orang kanan yang berkuasa. Akhirnya pada hari jumaat mereka Berjaya mengalahkan 11 orang raja yang berkuasa di Syam.

Peperangan itu mengambil masa yang panjang hingga kewaktu magrib. Ini bererti hari jumaat akan berlalu dan hari sabtu akan tiba.

Menurut syariat mereka pada waktu itu, hari sabtu adalah hari larangan berperang. Oleh kerana itu Nabi Yusya’ pun berkata: “Wahai matahari, sesunguhnya engkau hanya mengikut perintah Allah s.w.t. begitu juga aku. Aku bersujud mengikuti perintah-Nya. Ya Allah, tahanlah matahari itu untukku agar ia tidak terbenam!”
Dengan izin Allah s.w.t. matahari tertahan daripada terbenam sehingga Yusya’ Berjaya menakluki negeri ini. Bulan turut diperintahkan agar tidak terbit.

Setelah Nabi Yusya’ bin Nun dan kaumnya dapat menguasai kota tersebut, Nabi Yusya’ memerintahkan untuk mengumpulkan harta rampasan perang untuk dibakar. Namun api tidak mahu membakarnya. Lalu beliau meminta kaumnya bersumpah. Akhirnya terbukti bahawa ada sebahagian daripada kaumnya telah melakukan khianat iaitu dengan menyembunyikan emas rampasan sebesar kepala lembu.

Orang yang khianat itu mengembalikan apa yang mereka curi daripada harta rampasan itu. Setelah dikumpulkan dengan harta rampasan perang lainnya semua harta rampasan tersebut hangus dijilat api.
Demikianlah syariat yang dibawa oleh nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak membolehkan mengambil harta rampasan perang. Untuk umat Nabi Muhammad s.a.w., Allah s.w.t. telah menyempurnakan syariat-Nya dengan mengharuskan untuk mengambil rampasan perang agar dapat dimanfaatkan oleh kaum Muslimin yang terlibat dalam peperangan dan golongan fakir miskin.

Setelah Baitulmuqaddis dikuasai oleh Bani Israil, mereka aman hidup didalamnya dan antara mereka telah dilaksanakan hokum berpandukan syariat Taurat hingga akhir hayat Nabi Yusya’ bin Nun ini. Beliau wafat pada umur 127 tahun, manakala beliau berumur 27 tahun pada ketika kewafatan Nabi Musa a.s.

No comments:

Post a Comment