بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Wednesday, June 5, 2013

BBQ: Pantai Tanjung Selangor..nice momory ever





Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar...segala puji hanya bagi Allah..terima kasih ya Allah..atas segala nikmat yang Engkau kurniakan, yang Engkau hadiahkan, yang Engkau berikan kepada hambamu yang lemah ini..

Hari ini, impian yang ku pendam, yang ku idam tertunai jugak akhirnya. Yang lebih penting adalah dengan cara yang sangat-sangat bermakna,  cara yang sangat halal tanpa sebarang unsur yang melalaikan hati dari mengingatiMu dan yang palinggg UTAMA ialah dalam redha Allah..insyaAllah...

Pantai Tanjung Selangor~~~



post pada suatu ketika dahulu....



dan sekarang....hehe..mnjadi realiti  
sama tak dua gambar nie..sama tak sama tak..???heee


Syukur yang tidak terhingga atas kurniaan Mu ya Allah...begitu baiknya Engkau kepada ku. ampunkan diri ini jika sebelum ini aku tidak sabar dalam penantian, meminta sepertinya mau memaksa-maksa. ampunkan aku ya Allah..aku tahu aku telah tersilap. tersilap dalam mentafsir. mentafsir mana yang baik dan yang buruk untuk ku.



aktiviti memanggang ayam...
psss...kami sebenarnya xreti sangat..tapi kami try our best n hard to panggang itu ayam..


tadaa~~~ akhirnyaaa....setelah ada yang hangit, terbakar, tergolek, mentah...tapi tetap delicious..nyum3

bersedia untuk disantap..!!!...seronoknyaaa...bila lagi agaknya akan dapat pengalaman mcm nie


sekarang tahulah aku bahawa Allah mahu memberikan kepadaku sesuatu yang lebih baik untuk iman ku. sesuatu yang tak pernah terfikir oleh fikiranku yang terlalu terbatas. terima kasih ya Allah kerana telah menyelamatkanku dari perkara yang ku fikir akan melalaikan itu jika kau kabulkan pada ketika itu. subhanallah..maha suci Allah..setelah 6 bulan berlalu, akhirnya kau kabulkan jua. dengan cara yang sangat bermanfaat.
See...Allah TIDAK kejam kepada hambaNya..  malah sangat KASIH lagi SAYANG kepada hamba yang selalu meminta-minta. jika Allah tak kabulkan mungkin itu bukanlah yang terbaik untuk diri kita. teruskan meminta.. yess..Allah maha mendengar. Dia akan kabulkan sesuai dengan waktunya. waktu yang paling sesuai pada ilmu Allah. insyaAllah...siapa kita untuk mempertikaikan dengan ilmu dan pengetahuan yang terlalu sedikit ini. na'uzubillah...

hari ini, aku telah berbbq bersama-sama sahabat usrah ku. bersama kakak-kakak naqibah yang comel dan baik. sanggup berkorban masa, tenaga, wang ringgit demi menyampaikan dakwah.. hanya Allah yang mampu membalas susah payah kalian. 

aku bahagia begini. aku rasa semua terjaga malah mendapat input yang sangat bermanfaat untuk ku yang ketika ini sedang bergelut dengan jiwa 'remaja' ku ini.remaja ke?? heee.. alhamdulillah..terima kasih ya Allah kerana mengirimkan mereka semua kepada ku. membantu dan menjadi pendorong ku untuk menuju kejalan Mu. tautkan dan tetapkan hati-hati kami untuk istiqomah dijalan Mu. 
selepas al-mathurat, kami mentadabbur Al-Quran seterusnya membincangkan perihal menuntut ilmu. "Setiap urusan (perkara) bergantung pada niatnya"... 


untuk apa kita belajar. kerana apa?? betulkan niat kita semua supaya sentiasa dalam redha Allah. Kita menuntut ilmu yang sebenarnya adalah kerana Allah dan RasulNya. dengan ilmu, ia dapat membawa kita lebih dekat dengan Sang Pencipta. kita dapat lebih mengenal kekuasaan Allah, kebijaksanaan dan kebesaran Nya.  ia membuatkan kita lebih bersyukur akan segala nikmatnya dan belajar menghargai apa yang ada di keliling kita. 
dengan ilmu juga, dapat menaikkan nama islam. islam tidak dipandang rendah dengan ilmu yang difahami, di praktikkan dalam kehidupan. ilmu bukan setakat di sijil ijazah sahaja. lihatlah  yang telah berlaku di zaman khalifah-khalifah Islam dahulu dan selepasnya sehinggakan mereka dapat melahirkan ramai tokoh-tokoh Islam, ilmuan-ilmuan Islam dan ulama-ulama yang telah berjasa dan memberikan sumbangan kepada agama ini. Kerana mereka faham apa ilmu yang mereka pelajari, mereka gunakan ilmu itu untuk menyebarkannya kepada orang ramai. Itulah yang telah berlaku kepada Imam Ahmad bin Hanbal, Badiuzzaman Said Nursi, Syeikh Al-Albani dan ramai lagi.


halaqah gumbira....ya Allah tautkanlah hati-hati kami semoga sentiasa berada dijalan MU

yang lebih penting, dengan ilmu juga ia akan membuatkan diri kita sebagai hamba ini lebih dekat dengan Pencipta. kata kakak naqibahku, jadikan ilmu sebagai alat untuk kita lebih dekat dengan Allah. yup...sangat setuju..terkadang kita sebagai manusia sering alpa dan lalai dalam menjalani kehidupan ini. bila tiba musim peperiksaan barulah nak berdoa dengan bersungguh-sungguh, solat khusyuk, tahajjud..apa bagai. bila di waktu senang, semua itu di abaikan. seolah-olah menjadikan Allah sebagai alat dalam memcapai kejayaan. na'uzubillah...ya Allah ampuni aku jika ia telah berlaku pada diriku tanpa sedar. kini aku mula faham..insyaAllah..jom berubah...!!! tuntut ilmu KERANA ALLAH....

begitu juga bila mahu mencari pasangan. carilah pasangan yang dapat membuatkan kita lebih dekat dengan Allah. kata bercinta hingga ke syurga. jika tak dapat tidak dapat nak dekatkan kita dengan Allah, bagaimana mungkin mahu membawa kita ke syurga Allah...pasangan sebagai alat yakni satu cara untuk kita lebih dekat dengan Allah. insyaAllah..

hmm...semua la apa yang ada di dunia ini sebagai alat untuk mencari cinta Allah. 

letakkan apa-apa perihal dunia hanya di atas telapak tangan. supaya senang untuk di tiup pada bila-bila masa. TETAPI jangan letak dihati kerana hati ini terlalu kecil untuk meletak semua itu. hati ini hanya untuk Allah..milik Allah..insyaAllah..

setiap pertemuan ada akhirnya..tetapi setiap pertemuan itu juga ada hikmahnya. tidak Allah temukan seorang pon makhluk dengan sia-sia. semuanya atas perancangan Allah. ada berbagai hikmah atas setiap pertemuan, cuma manusia hanya perlu berfikir asbab dan musababnya. jadikan ia pendorong kepada kita dalam menuju cinta yang sebenar lagi HAKIKI..



setelah bergambar dan mengemas, kami bertolak pulang dan apabila tiba di ump kami terus ke masjid untuk solat maghrib. selepas itu kami mengadakan perbincangan sebelum bersurai, lebih kurang memberi pandapat dari  pengalaman kami pada hari ini..bersyukur dapat berkumpul dengan kalian semua.Alhamdulillah Allah telah memilihku untuk sama-sama menyertai mereka..



''bawalah hati dan diri. Doa agar Allah ajar sesuatu daripada pengalaman ini'' feeling hopeful.
ya Allah kuatkan hati ku. tetapkan hati ku untuk sentiasa istiqomah diatas jalan Mu. pimpinlah aku...

Alhamdulillah...hanya Allah yang mengetahui segala gaklanya...allahualam..hati ini lebih tenang sekarang..aku percaya pada kekuasaan Mu..

moga ia kekal dan semakin bertambah..insyaAllah..ameen...