بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Saturday, December 19, 2015

Ecm.Mega.Tc.Chikenchop.Punyacerita

Kekadang tu aku rasa bersendirian itu lebih baik supaya akal dan minda dapat berfikir dengan waras matang dan lebih jauh kehadapan tanpa ada gangguan. Bagi aku juga cara itu juga sebagai terapi jiwa. Dan juga cara untuk mendapat ketenangan.

Lebih-lebih lagi sambil dipukul angin petang di tepi pantai..Awesom sungguh. Begitu lapang jiwa ku ini kala dihimpit masalah atau tekanan. Tapi tak semua orang berpendapat begini. Tetapi bagiku ini salah satu caranya..

Dikala study week yang sangat memberi tekanan dengan assignment, report, test dan presentation yang masih tertangguh ni memang agak menyesakkan fikiran. STUDY WEEK = MINGGU MENYIAPKAN SEGALA TUGASAN...Sungguh  tak dapat kugambarkan dengan kata-kata. Tp masih dapat bersyukur kerana Allah mengirimkan sahabat2 yang sangat baik dan supporting dan  memahami dan membuatkan diriku rasa di hargai...peace..^^.. Indahnya ukhwah itu. Pasti aku akan merindui saat-saat kita bersama.

Yang paling penting psm1 done..!!! yahooo...

Seharian berjalan-jalan di bandar kuantan. Sangat membuatku rasa waahh..happy nya..Mana tidaknya, as student (budak hostel kk5) nak keluar bukan main payah. nak sewa menyewa kereta lagi. Bukan murah taw.hmm..Bila fikir macam ruginya.banyak duit disalurkan kesitu.Tapi apa boleh buat. Kalau tak sewa, Terpenjara lah kami kat kolej tu..huhu

Berjalan-jalan-jalan....sambil ambil angin petang & ombak pantai di tepi pantai teluk chempedak

Melihat gelagat manusia yang berbagai.
 Hajat nak makan chiken chop RM 5 tak tercapai sebab kedai tak bukak..huhu..


Menuju Sakinah Mawaddah Warahmah II

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Tinggal beberapa hari lagi kita akan di ijab kabul kan. Rasakah awokk apa yang saya rasa sekarang. Ya Allah permudahkanlah jika benar ini jodoh kami. Jodoh yang sudah kau takdir kan untuk kami, Yang tertulis di Luh Mahfuz untuk kami. Sesungguhnya hanya kepada Engkau kami berserah diri tiada yang lain kami harapkan selain bantuan untuk hamba Mu yang kerdil ini. 

Apa pun yang berlaku semua atas aturan atas kekuasaan Mu ya Allah. Perancangan dan persiapan sedang giat di usahakan. Sekarang hanya perlu diteruskan dan bergantung harap kepada Allah.

Ya Allah. Aku insan yang kerdil yang tiada daya. Yang serba kekurangan. Tetapi Engkau hadiahkan aku seseorang yang aku fikir sangat sempurna di mata ku. Sampai terkadang aku fikir layak kah aku untuk menjadi pendamping hidupnya? Terima kasih ya Allah atas kurniaan Mu. Aku bersyukur dengan apa yang Engkau kurniakan. Alhamdulillah...

Aku akan berusaha sebaik mungkin segala terdayaku untuk menjadi yang terbaik untuk mu. Pimpin lah aku. Kau bantulah aku ya Allah. Terlalu tinggi impianku. Impian kau. Impian kita. Impian yg tak mustahil tetapi impian yang perlu kan pengorbanan yg besar dan keikhlasan dari hati. IMPIAN KE SYURGA BERSAMA....InsyaAllah

Engkau sentiasalah pandu kami ya Allah. Supaya kami sentiasa istiqhomah di jalan Mu. Sungguh kami sangat perlukan bantu Mu untuk miniti jaslan hidup ini. Jalan sekarang jalan di masa depan kami. 





Doa Isteri Senjata Hebat

Hidup sebagai suami isteri memang ada pasang surutnya. Hari ini bergaduh esok sudah kembali ceria. Hari ini bermasam muka esok sudah boleh berborak-borak. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Itulah rencah rumah tangga yang perlu diketahui kerana setiap dugaan yang datang hanyalah untuk menguji keimanan kedua-duanya. Sebagai isteri, tahukah anda bahawa doa isteri amat mustajab?


Sujud Bertafakur
Hati wanita mudah terguris jika dimarahi walaupun sedikit. Namun, hati mereka juga mudah sejuk apabila dipujuk oleh sang suami. Setiap pasangan memiliki tanggungjawab masing-masing. Biar pun berlainan itulah yang dinamakan saling melengkapi antara satu sama lain. Disebabkan itu, Allah sudah menetapkan jodoh anda dengan insane yang jauh berbeza dengan sikap anda supaya anda dapat mengenali erti sabar dan belajar untuk menerima kekurangan pasangan.
Islam menyarankan agar umatnya bercinta selepas nikah. Mengapa? Ini kerana hubungan yang halal ini lebih membawa kebahagiaan dan mendatangkan pahala yang banyak hingga tidak mampu dihitung. Wahai isteri, sesungguhnya anda adalah seorang yang rugi jika tidak menyayangi suami anda sepenuh hati. Perasaan cinta boleh dipupuk selagi mana suami anda menjalankan tugasnya dengan baik dan menjadi pemimpin yang soleh dalam keluarga.
Tahukah anda doa isteri amat mustajab apatah lagi jika wanita itu bermunajat seikhlas hati demi mencari reda Allah. Wanita lebih bersifat penyayang disebabkan itu doa mereka lebih makbul kerana Allah juga Ar-Rahim.
Gunakan kelebihan ini untuk anda bersujud dan bertafakur memuji nama-Nya serta rasul-Nya disamping berdoa meminta limpahan kebaikan, ketenangan, kebahagiaan serta keharmonian dalam rumah tangga yang dibina. Nescaya Allah mendengar setiap butir bicara anda pada-Nya. Setiap doa yang diiringi keikhlasan dan air mata penyesalan pasti akan dimakbulkan oleh-Nya.
Jangan terbit walau secumit rasa marah, benci dan dendam pada suami apabila anda berdoa kerana Allah tidak menyukai perkara mazmumah (keburukan). Doakan yang baik untuk suami. Jika suami anda seorang yang pemarah maka berdoalah agar Allah member petunjuk dan hidayah supaya suami anda berubah menjadi seorang yang penyayang.
Teman Jihad
Doa sahaja tidak cukup tanpa diselangi dengan usaha yang gigih. Jika anda rasa diri anda dalam kesusahan maka berdoalah setiap pagi sebelum suami melangkah ke tempat kerja agar Allah limpahi rezeki yang halal buat anda sekeluarga.
Suami yang keluar bekerja mencari nakfkah untuk isteri dan anak-anak adalah sama pengorbanannya seperti berjihad di jalan Allah. Selagi mana punca rezekinya halal dan niat yang baik untuk memberikan yang terbaik buat seisi keluarga maka setiap reda Allah akan bersama setiap langkahnya.
Oleh itu, selain doa yang tulus si isteri, sebagai orang kuat di sisi suami adalah baik anda bangun awal setiap pagi menyediakan sarapan, menggosok baju kerja suami serta menyediakan kelengkapan kerjanya. Tidakkah anda mahu pahala dengan kerja mudah? Seperti mana yang dikatakan di dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim ini yang bermaksud, “Barang siapa yang menyiapkan kelengkapan orang yang ingin pergi berjihad di jalan Allah maka ia pun dinilai seperti orang yang berjihad.”
Pimpin tangan suami anda ke muka pintu. Cium tangan dan wajahnya. Ukirkan senyuman di bibir mungilmu seraya berdoa, “ Semoga Allah memberikan ketaqwaan padamu, mengampuni dosamu dan melancarkan segala urusanmu di mana sahaja.” Pasti hati suami anda sejuk sepanjang hari walaupun menghadapi tekanan kerja.
Jangan hanya membaca artikel ini tetapi anda perlu iringi dengan perbuatan. Mulakan amalan ini hari ini hingga seterusnya. Bukan sahaja setiap perbuatan anda dan suami di bawah reda-Nya tetapi kedua-duanya akan lebih lapang dada dan tersenyum setiap masa.
Tidak lupa juga iringi doa kalian dengan melakukan solat sunat dhuha sememangnya terbukti sebagai jalan membuka rezeki serta memudahkan urusan. Lakukannya oleh suami dan isteri pasti Allah akan membantu setiap hamba yang mengingati-Nya setiap masa.
Artikel ini dipetik dari Majalah Nur, tulisan Nor Hafizah Md Shah (2696)