بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Saturday, October 20, 2012

Duhai Adam

Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak balas salamnya, dikata sombong.
Adam itu. Kalau ada perempuan yang diam bila ditanya, dikata berlagak.

Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak senyum kepadanya, dikata poyo.
Adam itu. Kalau tidak ada perempuan yang membalas mesejnya, dikata kerek.

Adam. Perempuan bagaimana yang engkau mahu jadikan calon isteri?
Perempuan yang dengan senang hati memberi 


salam kepada semua lelakikah?
Perempuan yang banyak bicaranya dengan melunakkan suaranyakah?
Perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua lelakikah?
Atau..
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefon tidak hirau kiri kanan membalas mesejmu kah?
Ini kah calon mu wahai Adam?

Ketahui ini wahai Adam,
Sungguhnya, perempuan itu manja.
Suka dibelai. Suka dikasih.
Namun, Adam.
Tahu apa erti batas pergaulan?
Jangan sewenang-wenangnya kau panggil perempuan itu sombong, berlagak, poyo dan kerek.

Kerana,
Bahawa perempuan itu menjaga aib kamu.
Bahawa perempuan itu membantu kamu.
Menghindar dari dosa.
Menjauh dari kehinaan.
Kerana perempuan itu fitnah dunia.
Perempuan itu fitnah bagi kamu.

Adam,
Perempuan ini insan yang lemah.
Jangan kau cemar imannya.
Jangan kau rosakkan mujahadahnya.
Jangan kau kotori kasih dan cintanya pada Ilahi.
Kerana perempuan itu sedang berperang melawan nafsunya.
Kerana perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya.
Adam,
Andai kau kasih dan sayang pada perempuan.
Andai kau mahu membela nasib perempuan-perempuan di luar sana.
Andai kau mahu perempuan seperti itu menjadi suri dalam taman hati.
Ibu kepada bakal pejuang agama.
Doa buat mereka.
Doa buat dirimu.
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan perempuan itu.

Kerana Adam adalah pembela Hawa...

Buat Muslimah


Nasihat dari the real Imam Muda. Ustaz Zakuan a.k.a Ibnu Batoota yang dah merantau ke segenap pelosok dunia berdakwah walaupun umurnya masih remaja.

------

Nasihat beliau buat semua Muslimat:-

..."Adakah muslimah-muslimah zaman sekarang sudah hilang semangat jihadnya?

Sudah hilang kekuatan hati?

Sudah hilang ketabahannya?

Bukan aku nak suruh perempuan-perempuan Islam jadi ganas, cuma aku terfikir bila terbaca kisah-kisah sahabiah, mereka lemah lembut tapi sangat kental, hati sekuat besi waja, tak mudah cair dengan lelaki ajnabi (bukan mahram), tak meleleh-leleh bila cakap pasal cinta, tak tergedik-gedik bila lelaki cuit.

Maka aku pun mengambil langkah untuk jadikan facebook ku sebagai malaikat maut bagi kaum Hawa, untuk mentarbiah hati mereka agar kuat, kental dan tabah!

Kalau hari-hari aku bagi status meleleh-leleh, cinta kerana Allah, lelaki soleh untnk perempuan solehah, cinta itu fitrah, carilah suami soleh dan benda-benda leleh yg lain...

"Muslimah yang terhasil nanti macam mana?"

Walaupun ( di fb & realiti ) bertudung, berpurdah, bertudung labuh, ikut usrah, ikut masturat;

Tapi cuit sikit, dah tergedik-gedik...Ngurat sikit, dah sangkut....Ajak couple sikit, terus setuju...Lepas tu, putus cinta,meleleh2...Ada masalah sikit, doa nak mati..Kena marah dengan mak/ayah sikit, buat status cakap tak pernah bahagia...Exam failed, kata taknak hidup lagi...Pakwe tak mesej sehari, di status penuh dengan kata-kata rindu...Pakwe marah sikit, buat status meleleh macam haram...

Fikir secara waras, adakah ini sifat wanita yg ditarbiah oleh Rasulullah SAW ketika zaman Baginda SAW?

Nama Saidatina Fatimah, Aisyah, Khadijah, Safiyyah, Ummu Salamah, Ummu Habibah, Sumayyah, Ummu Darda', Masyitah, Balqis, Maryam dan ramai lagi diagung-agungkan kalian. Tapi apa kalian kenal siapa mereka? Bagaimana hebat dan kentalnya hati mereka? Ikut sikap dan akhlak mereka?

Memang akal kalian senipis rambut, tapi kalian bukan BODOH...

Aku datang sebagai pengetuk kepala kalian untuk bangun dari tidur, untuk sedarkan kalian supaya jangan jadi bodoh, jangan jadi hamba lelaki, jangan jadi hamba cinta haram, jangan jadi perempuan murahan, jangan kapel free2 macam bohsia, jangan dok bermanja dengan lelaki macam perempuan tiada harga...

Nabi SAW telah bersabda mafhumnya (au kama qaal), jika seorang lelaki mendapat wanita solehah sebagai isteri, maka separuh agamanya telah sempurna...

Apa kalian sedar 'kesolehahan' kalian itu harganya separuh dari agama?

note:

"Ada mata dan telinga kan semua?"

"Subhanallah"
kopi&pasta

Saturday, October 6, 2012

Mimpi yang indah


Telahku lalui jalan berduri
sejuta harapan terusku pertahankan
bukan mudah menggapai bintang
bersilih dugaan mendatang
di sebalik kepayahan
di situlah kekuatan
tekat hati azimat di perjalanan
mengejar impian
pabila laluan seakan sukar
bagai tak berdaya untuk terus bertahan
namun kasihMu menyedarkan
aku tak pernah bersendirian
disabalik kepayahan
disitulah ada kekuatan
tekat hati azimat di perjalanan
tinggi langit mimpi ini
tak ku ragu untuk membuktikan
indah bintang yang terang bukan khayalan
tetapi kenyataan
akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
telah pun kau dengar kisahku ini
pernahkah kau cuba untuk mengerti

Lagu yang cukup memberi kesan mendalam kepadaku..hanya kesayuan yang dapat ku katakan pabila menghayati setiap lirik lagu ini..tidak dapat ku pastikan sudah ke berapa kali lagu ini ku mainkan di laptop Compaq ku. tidak dapat ku bilang dengan jari jemariku. Dari tengahari sampai ke malam lagu yg sama yg ku perdengarkan. Bosan…? Semestinya tidak. Lagu ini dapat memotivasikan diriku. Diri yang sedang dilanda dugaan yang pelbagai. 

Hanya Allah yang tahu hikmah di sebalik semua yang berlaku.
Aku sangat tidak berdaya untuk mengharunginya seorang diri. Tetapi aku sangat bersyukur kerana Allah sentiasa bersama ku. Aku mengalami kebuntuan dalam berdepan dengan masalah ini. Hanya Allah yang dapat membantu.

Azam yang ku pasang sejak semester..”sem depan aku nak belajar sungguh2, aku nak dapat lagi bagus dari sem sebelumya. Tak boleh main2 lagi, kena focus 100persen tuk berjaya. Jangan mudah terpengaruh dengan gangguan2 luar yang akan menganggu konsentrasi ku belajar. Kalau orang lain boleh kenapa tidak aku. Aku juga mesti boleh. Kalau aku tak dapat yang terbaek, pasti nanti tercampak lagi aku ketempat yang tidak ku pinta, jauh dari femeli. Pada ku ia adalah amat sukar untukku harungi sendirian. Biarlah ia menjadi pengajaran buat diriku. Lagipon semua yang berlaku ada hikmah nya, tak gitu..? So aku kenalah berusaha lebih dari sebelumnya..!”  

Tetapi telah di takdirkan aku tak dapat hostel semester ini. Dugaan yang ku kira agak berat kerana antara kami berlima hanya aku yang terkecuali. Sedih bukan…tak dapat kugambarkan. Setiap hari yang ku lalui ku kira berendam air mata juga la. Bukan tiada sahabat ynag membantu, tetapi aku masih tidak selesa kerana aku tidak suka menyusahkan orang lain. Tapi dalam hal ini aku tiada pilihan.. maaf ya sahabat andai kehadiran ku menyusahkan kalian. Tapi aku tahu kau ikhlas menghulurkan bantuan. Semoga Allah sentiasa memeliharamu.

 Disebabkan ini juga pelajaran ku juga tergangggu. Apa yang ku azamkan seperti belum terlaksana. Aku tak dapt foKus untuk studi diluar waktu kelas. Nota2 ku juga semua tak tersusun kerana aku tidak mahu memunggah barang di dalam kotak. Jika ia berlaku pasti bilik itu akan sesak dengan barang untuk 3 orang padahal ianya hanya 2 oarng sahaja. Tak sanggup aku menyusahkan mereka ya Allah..hanya Engkau yang tahu apa yg tersirat di dalam hati ku ini. Subjek yang killer pada semester ini juga membuatku bertambah buntu. Tak tahu apa yg harus ku lakukan.

Sampai terdetik di hati ku untuk extend dan berehat sahaja di rumah selama 1 tahhun. Tapi aku harus kuat. Kuat untuk mangharunginya. Kuat kerana Allah.ya Allah jauhkan lah aku dari berputus asa.. Kau sumber kekuatanku ya Allah. usahlah mama dan abah risau akan anak mu ini. Akan ku berusaha sedaya mungkin untuk mendapat yang terbaik untuk semuua. walaupun kalian jauh dari pandangan, tetapi kalian sentiasa dekat dalam doa yang sentiasa ku titipkan.  Minggu depan aku akan berjumpa dengan pengetua kolej dan menghantar surat rayuan untuk kesekian kalinya. Semoga Allah memudahkan urusanku. InsyaAllah…aku pasrah dan redha denga takdir yg Kau tetapkan kepada ku. Tetapi aku harapan ku masih menggunung untuk tinggal di dalam kolej kerana ada sebab2 tertentu. Hanya kau yang tahu..permudahkanlah urusan ku ini demi MU ya Allah..

-> Hanya Allah sebaik-baik tempat mengadu kerana hanya Dia yang faham dan  mengerti apa yang tersirat dalam hati kita.

-> Allah tidak akan menguji yang diluar kemampuan hambaNya.

-> Bersabarlah duhai jiwa yang sedang diuji. tabah dan sabar adalah pengubat jiwa yang sedang getir hadapi ujian. berusaha, doa, tawakal.

-> Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah bahawa Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak di jangka.

-> Allah bagi apa yang kita perlukan bukan apa yang kita mahukan.

-> Hanya kepada Engkau menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.

-> Disebalik setiap ujian yang melanda pasti ada hikmah yg tersembunyi yang harus di fikirkan dan direnung dengan mata hati.

Monday, October 1, 2012

Rasulullah saw Model Lelaki Sejati





Pernah seorang sahabat bertanyakan kepada saya; “Bagaimanalah kita hendak mengikut Rasulullah saw sedangkan dengan hanya satu isteri pun sudah tidak mampu berlaku adil dan anak seorang pun dibiarkan terbiar.”


Wahai lelaki keturunan Adam, muhasabahkanlah dirimu, kenalilah peribadimu dan hiasilah amalanmu seperti amalan Rasulullah saw. Rasulullah saw adalah contoh terbaik yang boleh dijadikan sebagai model lelaki sejati. Sebagai suami, ayah dan datuk yang cemerlang, sikap terpuji Baginda dapat diketahui menerusi beberapa riwayat yang memaparkan kehidupan Baginda yang bersikap adil dan saling menghormati, malah seorang yang pemaaf dan belas kasihan.

Sebagai seorang suami, Baginda tidak keberatan membantu melakukan kerja-kerja rumah seperti menjahit pakaian, memerah susu kambing dan apabila Baginda mahu makan, Baginda makan apa sahaja yang tersedia. Al-Hafizh Ibnu Hajar pernah berkata bahawa Saiditina Aisyah r.a meriwayatkan dari Ahmad dan Ibnu Hibban, katanya: “Baginda yang menjahit pakaiannya, menjahit sepatunya dan mengerjakan apa yang biasa dikerjakan oleh lelaki di rumah mereka.” 


Rasulullah juga melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan martabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu, suami mesti pandai mengambil hati isteri, jangan bersikap kasar atau garang sehingga sanggup mencederakan isteri. Dalam kehidupan berpoligami, Baginda adalah contoh terbaik yang melaksanakan prinsip keadilan. Baginda pandai memainkan peranannya sehingga tidak ada di kalangan isteri yang tersinggung perasaannya. Pernah berlaku dalam rumah tangga Rasulullah saw, suatu hari isteri-isteri Baginda datang menemui Baginda, Aishah yang mewakili mereka terus bertanya: “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah, yang manakah yang paling Rasulullah sayang?”

Rasulullah saw tersenyum mendengar pertanyaan itu. Baginda tidak terus menjawab, sebaliknya Baginda menyuruh kesemua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan memberikan jawapannya satu ketika nanti. Selepas itu seperti biasa Rasulullah saw bermalam di rumah isteri-isteri Baginda mengikut giliran masing-masing. Sedikit pun Baginda tidak menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum Baginda meninggalkan rumah isterinya, setiap seorang dihadiahkan sebentuk cincin dan Baginda berpesan agar tidak memberitahu hal itu pada isteri-isteri yang lain.


Pada hari yang ditetapkan, Rasulullah saw menyuruh isteri-isteri Baginda berkumpul kerana Baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan. Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapa di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah saw. Ada yang cuba meneka jawapannya pasti adalah Aisyah kerana beliau merupakan isteri termuda di antara mereka tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah, Baginda pun berkata; “Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya”.


Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah saw kerana setiap seorang menyangka bahawa dia sahaja yang menerima cincin tersebut. Begitulah betapa adil dan bijaksananya Rasulullah saw bertindak sebagai suami yang pandai menyelesaikan masalah rumah tangganya dengan baik tanpa timbul sebarang perselisihan faham atau pergaduhan di kalangan isteri. Malah, jika direnung kembali wasiat Baginda yang terakhir, salah satu daripadanya menekankan tentang betapa pentingnya lelaki berhati-hati dalam perlakuan mereka kepada wanita (isteri). Baginda bersabda yang bermaksud: “Takutlah kamu pada Allah dalam hal wanita. Mereka berada di dalam peliharaanmu. Kamu telah mengambilnya sebagai amanah daripada Allah swt dan mereka itu dihalalkan untuk kamu dengan nama Allah S.W.T.” Wasiat terakhir ini menunjukkan betapa Rasulullah saw menekankan kepada peranan suami yang perlu bersabar ketika berhadapan dengan kerenah isteri demi kesejahteraan keluarga.






Kecemerlangan Rasulullah saw sebagai bapa dapat dilihat apabila Baginda amat menyayangi anak-anaknya dengan menunjukkan kasih sayang, kemesraan dan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Dalam hal ini, Saiditina Aisyah r.a pula menceritakan tentang bagaimana kasih sayang Baginda terhadap anaknya Fatimah seperti mana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim bahawa: “Fatimah datang berjalan kaki. Jalannya seperti Rasulullah saw berjalan. Lalu Rasulullah saw berkata kepadanya; "Selamat datang puteriku.” Kemudian Baginda mendudukkannya di sebelah kanan atau sebelah kiri Baginda.” Cara layanan terhadap anak juga menunjukkan Baginda bersikap dengan penuh kasih sayang sebagai mana yang dijelaskan di dalam hadis Baginda yang diriwayatkan oleh Abu Daud, at-Tirmizi dan an-Nasai yang bermaksud: “Setiap kali Fatimah datang menemui Rasulullah, Baginda biasanya berdiri menyambut kedatangannya, menciumnya dan menyuruhnya duduk di tempat Baginda.” 


Kecemerlangan Rasulullah saw sebagai seorang datuk dapat dilihat menerusi kasih sayang nabi terhadap anak kecil (cucu baginda) melalui cara Baginda melayani kedua-dua cucu kesayangan baginda, Hassan dan Hussin iaitu anak Siti Fatimah ra dan Ali kwj. Rasulullah bukan sahaja sentiasa membelai dan mencium kedua-dua cucunya ini malah apabila cucu-cucu Baginda menghampiri Baginda, Baginda terus mendukungnya. Perbuatan Baginda ini pernah dilihat oleh seorang lelaki iaitu al-Aqra’ bin Habis al-Tamimi. Al-Aqra’ berkata; “Sesungguhnya saya mempunyai sepuluh orang anak tetapi tidak pernah saya mengucup walau seorang pun daripada mereka”. Melihat keadaan ini, Rasulullah saw bersabda yang diriwayatkan oleh al-Bukhari bermaksud: “Sesiapa yang tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi”.


Kisah hidup Rasulullah ini sedikit sebanyak memberikan kita satu panduan atau model ikutan yang wajar dijadikan amalan. Amat sukar untuk kita menemui seorang lelaki muslim yang sempurna peribadinya seperti Rasullulah. Jadikanlah Baginda Qudwah Hasanah hidupmu wahai Muslim!