بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Saturday, December 17, 2011

Bubur syura


❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•


Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Ia juga dikenali sebagai sugha.
Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura.

Sejarah hari Asyura

Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).
Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Kononnya, selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh.
Puasa hari Asyura pula merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).

Jenis bubur Asyura

Jenis manis - Lazimnya di utara Semenanjung Malaysia.
Jenis berempah dan mengandungi daging - Lazimnya di pantai timur Semenanjung Malaysia.
Jenis seperti bubur lambuk yang mengandungi pelbagai ramuan seperti pisang, kacang hijau dan lain-lain - Lazimnya datang dari Singapura.

Yang ni yang aku search dalam laman sesawang dalam internet ni.
patut la aku tengok bubur syura yang di buat di universiti aku hari ni secara gotong royong laen benor rupanya..rupanya bubur ni pon ada bezanya ikut negeri.ingat loghat ja ka ikut negeri. bubur pon sama la.kat u aku ni bubur dia siap campur daging dengan ayam lagi.sebab katanya bubur syura pantai timur.patut la sblum ni aku tngok orng kat kampung aku buat tak da pon bahan2 macam tu(yang versi utara punya).sedap ke??sebenarnya aku ni tak makan bubur tu.aku tak gemar makanan yang berunsur bubur. tapi disebab kan benda dah ada atas meja aku kena la makan jugak.kalau tak, penat ja membe aku mai hantaq kat aku, lagi pon tu boleh menyebabkan pembaziran. Allah tak suka.so, aku tak mau buat benda yang Allah tak suka, tapi syaitan suka.aku tekat aku nak habiskan jugak malam ni bubur tu..lagipon ini kan makanan sunnah, aku kena belajar juga makan makanan ni.tu menunjukkan aku sayang kepada rasullullah sebab mengikut sunnahnya.betul?..jadi aku share la dengan rumate bubur tu.tapi masih ada lagi sikit.tak apa akan ku habiskan jua.insyaAllah...pastu td sempat lagi aku mesej2 dengan adikku nun jauh di kampung. familyku sedang berkumpul di kampung rumah nenek.sedih tak dapat bersama sama family saat ni.dapat bersama2 mama dengan abah pon dah sangat boleh buat aku tenang dan bahagia, lagi2 time macam ni.taw tak kalau kita tengok muka mak bapak ja pon dah boleh dapat pahala,

sebenarnya melihat wajah ibu bapa adalah seperti kita melihat syurga.. masya Allah begitu mulia kedudukan ibu bapa di sisi Allah s.w.t. oleh itu pada mereka yang jauh dari ibu bapa pulang2lah ke kg halaman, jenguk2 lah mereka sebelum kita menyesal kerana kita sekadar dapat melihat jasad yang telah terbujur kaku... senang kan Allah nak bagi pahala kat kita.kasih nya Allah kepada hambanya..rugilah orang yang tak mau ambil tahu perkara2 yang simple macam ni.


lagi apa yang kita tengok boleh dapat pahala :

MELIHAT KAABAH.

satu lagi keberasan Allah yang tiada tandingannya. walau kita tidak dapat pergi menunaikan haji atau umrah namun dengan hanya melihat kaabah Allah telah janjikan pahala pada kita semua... subahanallah..


MELIHAT AIR ZAM-ZAM.

belum lagi kita meminumnya..hanya melihatnya Allah sudah memberikan ganjaran pahala.
Air zam-zam mempunyai byk khasiat. Amalkan minum air zam-zam setiap hari.

MELIHAT KALAM ALLAH (AL-QURAN).

belum pun kita membacanya dan hanya melihatnya pahala sudah diberikan. apatah lagi jika kita membacanya. di bulan yang mulia ini amalam membaca al-Quran adalah sangat2 dituntut.al-quran menjadikan pegangan dan panduan hidup kita. oleh itu, marilah kita sama2 membaca al-Quran.. bukan sekadar dilihat sahaja.

MELIHAT LAUT.

melihat sambil memuji kebesaran Allah. saat kita memuji melihat kebesaran Allah kita sudah ditambahkan pahala. segala yang terciptakan oleh Allah s.w.t. adalah sesuatu yang kita manusia sendiri tidak mampu menciptakannya melainkan dengan izin-Nya.
Selain itu, melihat laut blh memberikan ketenangan.. Allahuakhbar.

minggu akhir2 sebelum final ni sebenarnya waktu yang sangat memberi tekanan kepada student.banyak kerja nak kerja settle.tak pa la Allah lebih mengetahui. harap Allah membantu aku meghadapi semua ni dengan jayanya. semua yang berlaku kan ada hikmahnya.aku kat sini pon Allah yang tahu apa hikmahnya..ok, nanti aku cerita pula di entry yang laen bagaimana aku tersesat boleh berada di sini ye

No comments:

Post a Comment