بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Thursday, January 12, 2012

Ukhwah Itu Indah...

Mencintai sesama mukmin dan mengikat tali ukhuwah merupaan suatu perbuatan yang amat mulia dan penting. Allah SWT menyatakan persaudaraan sebagai sifat kaum mukminin dalam kehidupan di dunia dan di akhirat, seperti dalam firman-Nya yang bermaksud,

“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (Al Hujuraat : 10)

Ukhwah merupakan prioritis utama dalam membangunkan asas kekuatan setiap muslim. Ikatan persaudaraan sesama muslim merupakan model persaudaraan yang paling berharga dan hubungan mulia yang terbentuk sesama manusia, persaudaraan sesama mukmin lebih unggul dari hubungan persaudaraan dengan saudara kandung sendiri, kerana IKATAN AQIDAH yang sesungguhnya lebih kukuh dari ikatan keturunan.


~~ Hari ni aku dah nak balik rumah sebab cuti sem dah mula.

Tamatlah sudah sem 3 setelah bertungkus lumus menjawab dengan jayanya soalan2 final exam yang killer lagi killer tu. Harap kita tak kan berjumpa lagi ya di sem2 yang akan datang.InsyaAllah..(^^,)

Selepas penat memerah otak untuk jawab paper2 exam tu, kelmarin aku dengan kawan2 keluar untuk menghabiskan masa bersama untuk sem ni dan merelis segala ketensenan..hihi..yang sebenarnya tujuan kami nak makan durian, sebab ada yang kempunan..hehe...

banyak sangat peristiwa yang melucukan berlaku yang mungkin akan ku ingat sampai bebila.Kenangan kot..antaranya terpaksa meredah hujan untuk dapatkan durian, pastu masa dok sedap sedap makan tu bolah pulak kera yang ada kat situ ikut kami.kot ye pon nak g la beli sendiri ye dak.kalau tak pon beli ja kfc yang ada dekat situ.kami pon apa lagi lari la.tapi yang takut dan seram nya binatang tu tetap ikut kami.pernah tak rasa macamana perasaan dikejar kera? takut bercampur lucu..haha.rasanya dy bau durian tu kot.tut2..durian tu sampai rosak dek disumbatkan kedalam beg plastik bersama2 dengan kulit durian tu sebelum kami bawak lari.bayangkan lah macamana rupa buah tu bila dicucuk2 dengan kulit durian..hehe.yang paling lucu, kawan aku yang sorang ni sampai menagis sebab takut kan kera tue.pada mulanya aku ingat dy lari sambil gelak, rupanya gelak sambil menangis..g mana tu?hehe..

xpe la binatang tu jinak sebenarnya.Tapi jauh di sudut hati aku gerun jugak.mana la taw tetiba ja binatang tu panjat2 kami nak dapatkan durian tu.tak dapat aku bayangkan..huuu

yang aku nak pointkan kat sini betapa relesnya segala ketensenan yang terbeban dikepalaku.happy sangat dapat bersama2 rakan2.Indahnya ukhwah yang Allah jalinkan antara kami.susah senang bersama.Lagi lagi untuk perantau macam aku tuk mendapatkan ilmu..aku ada kawan yang sentiasa bersama.and aku berharap ukhwah ini berkekalan sampai bila2 walaupon suatu masa nanti kita pasti akan terpisah jua.lepas graduate insyaAllah mesti semua bawa haluan masing2 kan..kita sebenarnya sentiasa dekat walaupon berasal dari negeri yang berbeza benua yang berbeza, kalau tak percaya cuba tengok peta ataupun glob..hihi

aku bersyukur dapat bersahabat dengan korang semua..(^_^)

dah..lepas nia aku nak bercuti bersama family pulak. dah lama aku tak balik rumah, berkumpul dengan family...tadaaa~~

p/s…ya Allah rahmatilah kami sekeluarga sentiasa. Lindungilah kami dari segala yang akan membawa kemurkaan Mu. Kasihilah ibu bapaku sepertimana mereka mengasihi kami sewaktu kami kecil. Pimpinlah kami sentiasa menuju keredhoaan Mu. Hanya kepada Mu aku berharap..

Semoga Allah merahmati….(^_^)


No comments:

Post a Comment