بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Sunday, May 6, 2012

kekuatan yang ku harapkan


Ya Allah, pinjamkan kepadaku kekuatan untuk aku terus melangkah dibumi Mu ini. terkadang aku merasakan tidak mampu untuk mengharunginya sendirian.
ALHAMDULILLAH.
Terima kasih Allah.
Untuk semuanya yang Kau pinjamkan.
Untuk semua yang Kau ajarkan tanpa bicara walau dalam diam.
Tika saat aku diuji dengan kesedihan dan kegelisahan.
Kau berikan aku ruang dalam bersendirian.
Kau perlihatkan padaku erti memanjatkan kesyukuran.
Kau suburkan dalam hatiku erti hidup bertuhan.
saat emosi terganggu..banyak betul yang menguji kesabaran..
tak salah kan untuk menangis..
rindu pada sahabat yang memahami..
rindu pada sahabat yang setia mendengar..
rindu pada sahabat yang mampu membuatkan diriku tersenyum saat duka..
walau apapun..
Alhamdulillah..
segala kesyukuran ku panjatkan kpdMu..
kerana..
Engkau masih ada di sisiku..
Engkau menenangkan diriku saat aku bersedih..


"Ya Allah, semoga segala masalah yang melanda tidak memutuskan hubungan yang terbina ikhlas kerana Mu.
 kekalkan hubungan kami dan pinjamkan diriku kekuatan utk menghadapi dugaanMu."

No comments:

Post a Comment