بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Friday, December 21, 2012

Life seorang ‘student engineering’


Nak jadi seorang pelajar engineering bukan senang ooo… banyak benda yang akan buat kita stress. Lagi-lagi sebagai seorang perempuan. Minah elektrik..ye ke..hehe..Aku rasa bukan semudah yang di sangka. Hari ini aku nak cerita kisah hidup ku sebagai seorang pelajar engineering. 

NOT available...really.??? no comment @_@

Waktu stress SANGAT sesuai tengok gambar ni..cute..hihi..Tekanan jiwa jugak pecawang elektrik ni rupanya..oh no..Takut nk practical kat sini


Sepanjang bergelar pelajar yang dah masuk tahun tiga ni, tahun ni la yang aku akan paling ingat dan tak akan ku lupakan sampai bila-bila jika diizinkan Allah aku tak hilang ingatan. Banyak peristiwa yang berlaku, peristiwa yang dijangka, tak dijangka, gembira, sedih, suka, duka, masam, manis, pahit, tawar, kelat, mengaharukan, manghampakan, …macam-macam la sampai tak tertaip dah.

Tapi tanpa disedari, jika difikirkan dan di pandang dengan mata hati, semua tu sangat-sangat berharga dan menjadi pengalaman dan pengajaran buat diriku yang kerdil ni. Tak semua yang kita nak akan kita dapat, Allah yang tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Dia akan bagi ikut apa yang kita perlukan bukan apa yang kita mahukan. Bersyukur dengan nikmat yang diberikan itu adalah yang terbaik. Belajar untuk redha dan pasrah.

pOn bOleh....!!! so Creative..

Tapi tak dinafikan kadang mengeluh, berputus asa, down hadir juga walaupun ia cuba dielakkan. Manusia…siapa yang perfect dalam dunia ni. Tak kan ada sebab HANYA Allah yang Maha Sempurna. Bila down ke berputus asa ke cepat-cepat lah berbalik kepada Allah. Bersangka baik pada Allah. Hanya Dia yang maha mengetahui apa yang tersurat dan tersirat dalam hati dan diri  kita. Tiada manusia yang akan faham sefaham Allah. Walaupon dia kawan rapat, dekat atau melekat sekalipon.

Haa..ni kisah aku semester 5 tahun 3. Aku sebenarnya sangat-sangat down bila masuk semester ni. Mana tidaknya, hostel aku tak dapat. So, mana aku nak tinggal. Semua kawan-kawan aku dapat, aku seorang ja tak dapat.SEORANG!!.. 

tak tahu nak cerita macamana perasaan aku time tu. Gundah gulana jugak lah. Dengan nak sedapkan hati mama dan abah yang anak dia selamat kat sini, masih ada tempat berteduh macam-macam alasan yang ku berikan. Alhamdulillah ada seorang kawan aku ni dia sanggup tumpang kan aku hampir dua bulan la jugak aku hidup sebagai penumpang. Malu tu mula-mula ja la sebab dia dan rumate dia sangat baik. Syukur sangat Allah hadiahkan aku sahabat yang sebegitu. Allah sahaja yang dapat membalas. Pss…namanya farah.. (mst dia terharu kalau baca ni) hehe.. kawan-kawan lain jugak yang banyak membantu..sayang kamu kerana Allah..

                                    
UMP terchenta...view kk5 dari pusat xtvt pelajar. Hostel saya yang mana, cuba teka??


Masa itu aku pikir adalah masa yang sangat-sangat bermakna lagi indah buat diriku. Kerana bila aku dalam situasi begitu aku rasa hubungan aku dengan Sang Pencipta lebih dekat. Semua aku mengadu, minta hanya pada yang Satu. ‘Kenikmatan itu berada dalam kepayahan’. Lebih kurang gitew lah ayat nya…mungkin Allah rindu akan rintihan hambaNya ini. ya Allah ampunkan diriku ini andai aku lalai dari mengingati Mu sebelum ini. mungkin ini jalan dan cara yang terbaek untuk ku meraih cinta Allah kembali. 

Dalam pada itu, bermacam-macam cara jugak lah aku usaha untuk mendapat balik kuota di kolej sebab aku tahu kalau tinggal diluar banyak dugaan dan cabarannya. Alhamdulillah, akhirnya aku dapat tapi dengan syarat…syaratnya ..hmm..xpa la biar Allah yang tahu semoga Allah kuatkan aku dan terus bagi petunjuk serta pandu aku kejalanNya. insyaAllah…

Then mula la minggu yang sangat membusykan. Sangat sibuk. Hectic week. Tak pernah rasa sesibuk ini sebelum ni sebab tu jadi macam tak tentu arah. Hanya Allah yang tahu.Turun naik tangga dah macam robot pulak aku. Bukan tak kenal penat tapi keadaan yang memaksa. Tak menang tangan juga nak handle semua, nak pikir lagi. Hidup rasa serabut tak terurus aku rasa. 

Think before action. Pandang lah jauh ke depan supaya masalah dapat dihindari..Kita sebagai manusia tidak dapat lari dari masalah. hadapilah dengan tenang dan sabar. Jangan sesekali lari dari masalah kerana ia akan menyebabkan masalah menjadi yang lebih besar. Sebaiknya ia cuba di selesaikan dengan akal yang waras.

This semester I need kekuatan mental dan fizikal yer. Kerja kerja yang perlu disettle bertimbun, dengan esemen, test, kuiz, repot dan perlu cari maklumat pasal program yang akan kami ikuti pada cuti pertengahan semester selama 1 minggu. Tak balik rumah la. Tu yang paling sedih... 

Tapi aku kena kuat sebab ada hikmah nya. Bukan senang-senang nak dapat chance macam ni. Inilah yang dinamakan rezeki yang telah Allah tetapkan. Aktiviti yang kami akan follow pada cuti itu adalah ‘around the world in one day’.  Tak da la one day nya. Berday-day jugak la. Nak tahu mana kami travel.?..kami ke india.. INDIA?? kenapa pilih negara tu? Negara tu miskin, sampai ada yang cakap air nya kotor..hmm…tak kisah la bukan itu yang kami nak tahu. 



Kincir angin telah ku tawan...kikikiki

Always in mind..miss this memory T_T


Pengalaman yang lagi penting..bukan senang nk dapat ooo…free pulak tu. Cuma paspod ja kna keluar duit sendiri. Tapi yang sangat mengecewakan diriku ini adalah salah seorang ahli group kami tak dapat join sebab ada masalah kesihatan.

SMILE, SMILE, and SMILE..tak perlu kata apa2
senyum kan sedekah...^_^

 Beliau adalah sahabat aku, antara yang paling rapat dengan ku. Sedih jugaklah. Rasa kehilangan dan ada sesuatu yang tak lengkap. Risau jugak sebab dia sahabat seperjuangan ku. Merantau kenegara orang yang kita tak tahu apa-apa, agamanya, cara hidup. Tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Mungkin ada sesuatau yang ingin di sampaikan melalui peristiwa itu. Kalau nak cancel pon tak boleh sebab tiket dah beli, paspod dah buat…teeettttttttt……(kisah ni bersambung di entri yang lain).FULLSTOP…!!!


Haa..bermula la episode aku alone untuk jalani hidup sebangai pelajar di ump terchenta ni. Sebab sebelum ni banyak kelas juga la berpartner dengan beliau. Lab group, esemen, projek…huhu..terpaksa berdikari, sebatang kara..huhu.sampai 1 subjek killer tu aku hampir nak drop sebab projek tak run.aku hampir berputus asa. Tapi apakan daya, dah tak boleh drop.tamat tempoh. Redha je la. Ya Allah jauhkan lah aku dari sifat yang akan merugikan diri ku dan semua orang. 

Kata lecturer ku ‘saya tak dapat nak tolong kamu dah, kamu kena buat betul-betul untuk test 2 dan final sahaja’. Sedih dan hampa jawapan yang ku terima bila tak di benarkan mendrop subjek tersebut.  Semua markah hanya bergantung pada test dan final ja. Ruginya saya….Allah lebih mengetahui. 

Kechewa yang teramat sangat. Ini berkenaan masa depanku. Pointer ku…huhu..kechewa lagi.  Ya Allah permudahkanlah urusan ku. Hanya kepada Mu aku bergantung harap(bukan pada projek micro p tu)..wahhh….kuatkan semangat mu wahai liyana…!!chaiyok2..!! 



 My teacher not like this ok..!! he and she so smart and pretty..


DONE..!!!! but not for TURN IT IN....waaarrrgggghhh......


Berlalu la semua test..yang tinggal Cuma final..somoga Allah membantu. Pelajar2 engineering memang betul2 kena kuatkan semangat sebab dugaan cabaran terlalu besar, ini belum kerja lagi... especially to gegirl. Nak bersaing dengan pelajar lelaki..hmm..no comment.. Akal kita pon diciptakan berbeza. So pandai2 la untuk dapat yang terbaik.

Lagi satu, laptop ku yang bermasalah. Tekanan jiwa jugak aku sebab kerja bertimbun nak disiapkan laptop pula hang memanjang. Sabra jugak la aku. Terpaksa bersabar demi menyiapkan kerja-kerja yang terbengkalai. Mana tidaknya, kerja yang bisa di siapkan dalam satu jam menjadi tiga jam. Mana tak hilang segala mood tu…

kalau ikut rasa tu memang macam nak lempar ja keluar tingkap. Huhu..ganaznye…ish..tak la, perumpamaan ja ni. Ayah beli mahal-mahal tak kan senang-senang ja nak wat gitu. Setiap masalah tu ada penyelesaianya..lepas format balik laptop ni atas dorongan kawan kawan, Alhamdulillah dah semakin sihat beliau. Tak da lagi pengsan-pengsan macam dulu. Hidup kembali bersinar-sinar, bercahaya dan penuh warna warni..heee..lepas ni kena akan sayang laptop ni lebih la nampaknya.

Hmm..Semester ini baru ku rasai bagaimana rupanya menjadi seorang pelajar engineering. Perit..tapi hikmahnya..masa depan yang cerah..insyaAllah..Allah dah tulis, sebab tu aku berada di sini. Percayalah…kalau cerita pasal cabaran dan pancaroba sebagai student memang sangat besar. 

hihihi...Terasa ker.Lumrah kehidupan.demi masa. 
'Sesungguhnya manusia dalam kerugian melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan yang berpesan kepada kebenaran serta kesabaran' Surah Al-Asr:1-3

gimana ni? faham enggak???

Moga Allah sentiasa melindungi. Jika aku tersasar Kau pandulah aku kembali kejalan yang lurus. Tak berdaya aku mengharungi dunia sendirian tanpa Mu. Kuatkanlah aku  ya Rabb. Hanya padaMu tempatku bergantung..

Pss…Aku sebenarnya bukan lah bercita-cita menjadi seorang engineer. Tapi aku nak jadi seorang yang dapat membantu mendidik anak-anak bangsa agama.. mana taw diorang sebenarnya perlukan ku. Aku kena bantu mereka. Tapi rezeki tu kan Allah dah tentukan. Aku redha.mana yang baik pada pandangan Allah. Kannn…

Sekarang minggu studi..aku nak rehat puas-puas sehari dua, melepaskan penat lelah selama dua tiga minggu kebelakangan ini.boleh ker..hehe. nak keluar tetapi susah sebab tak da transport. Nak ke pantai sangat. Nak balik jugak.tapi…huhu..sabar je la..sebulan lagi jer. 

Masa yang di nanti telah tiba..yahooo...pss..gunakan ia sebaiknya ok...!!!


Hmm..Sekarang musim buah. Entah sempat entah tidak aku menikmati musim kala ini bila aku pulang nanti. Harap masih berkesempatan..rindu.sedih.tak.dapat.ku.gambarkan.takpe.Allah.ada.SMILE.^^

Windu musim buah di kampung halaman..sOb3...masih kah ada peluang untukku melalui masa2 sebegini lagi..insyaAllah, jika masih ada rezeki dan di panjangkan usia

2 comments:

  1. HYE AKAK I REALLY NEED UR HELP....BLEH X BAGITAU LEBIH DETAIL ENGINEERING STUDENT LIFE?AND BTUL KE ENGINEER WORKS 24/7?

    ReplyDelete
  2. hmm..engineer x kerja 24/7 ..tapi stress tu 24/7 .. sbb engineer ni kerja
    dia berkaitan dengan project..dn setiap
    project akan berkaitan dengan duit..kalau engineer tu buat kptsn yg salah, bnda tu akan bawa kerugian kpd syarikat..so benda biasa la, kalau kena dengan pihak atasan.. tapi mcm lalu minat, sila teruskan..

    ReplyDelete