بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Monday, December 24, 2012

oh Pekan... oh Hujan...


Hari ini keluar bermandi hujan dengan kawan ku..hihi..mood nak keluar tu teramat la sgt mendesak kami keluar.
 
sekadar gambar hiasan...
 
 
 
Cuaca sejak dua menjak ni selalu hujan. mungkin musim tengkujuh, maklumlah akhir2 tahun..
Mesti selalu dengar kan bebelan orang sekeliling kita

"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye..." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau Hujan
hmm..kalau hujan pon bebel, apatah lagi panas..berasap mulut..'Panasnye, panasnye.bla3..!!'

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA :


"Allahumma syaiyiban nafi'a"
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.


Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

 
Belum tiba masanya...
 
Sedih sangat tak dapat ber’bbq’ di pantai. Mood kecewa terbawa2 sampai ke hari ini. Mana tidaknya, semangat bbq tu telah ku pendam sekian lama berminggu2. Akibat stress yang teramat sangat ku pujuk jua hatiku ini untuk bersabar menanti detik itu.
Tapi apakan daya, kita merancang, Allah jua merancang, tetapi perancangan Allah itu lebih baik. Ku pujuk hati ku yang sedih dan lara ini supaya terima seadanya dan bersyukur dengan apa yang ditakdirkan. Ada beribu hikmah menantiku.
 Hari ini aku keluar barsama sahabat ku, harap suatu hari nanti nur hidayah akan menyapa dirinya. Dan diriku jua.. insyaAllah.
 
 "Tunjukkanlah kami jalan yg lurus." - Al-fatihah ayat 6
 

 
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk."
(Al-Qasas :56)
Walaupun Rasulullah SAW pun tak mampu bagi hidayah kepada orang yang baginda sayangi. Ini menunjukkan hidayah itu hak mutlak Allah. Cuma tugas kita ialah berusaha menyampaikan hidayah yang terkandung dalam Al-Quran. Sama ada mereka terima atau tidak, semua itu kerja Allah.


Bermandi hujan, berbasah kuyup, meredah lopak lopak air, merentas pekan yang kucintai. Harap ke’stress’an dapat ku singkir dari diri ini. Agar semangat minggu studi ku kembali hadir untuk ku gapai cita-cita dan impian.
Harapan menggunung yang ku galas. Harapan setiap orang yang ku cintai. Peluang dan masa masih berbaki, harap dapat ku gunakan sebaiknya.
Dengar khabar, kuantan dibanjiri air. Mujur tidak ku bawa diri kesana. Alamat teperangkap lah kami disana. Alhamdulillah…
mood studi kembali lah~~~

 
Bersabar lah duhai hati..seminggu dua ja.lepas ni bolehh balik jumpa family. rindu yang teramat...huhu T_T
 
 
betul ker? 
 'Man jadda wajada' , Barangsiapa bersungguh-sungguh maka akan berhasil...
 
go2 chaiyOk..you can do it..keep trust n believing to Allah...!!!
 
 
 
Ya Allah permudahkanlah urusan dunia ku, urusan akhirat ku..ya Rahman, ya Rahim, ajarkanlah kami bahawa belajar ini bukan untuk sesiapa tapi hanya kerana Mu. belajar ini bukan untuk diri, bahkan untuk seluruh umat rasulMu. belajar ini bukan untuk saat ini bahkan untuk sepanjang zaman Mu. ajarkan lah kami apa2 yang kami tidak tahu tentang ilmu Mu. ingatkanlah kami apa2 yang kami lupa tentang Mu. redhailah setiap langkah kami kerana kepada Mu lah kami akan kembali..^^ 
 

No comments:

Post a Comment