بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Thursday, December 27, 2012

Persiapan Demi Persiapan -part 1

Kata orang jauh perjalanan banyak pengalaman. Hmm…memang betul pepatah tu. Aku dah rasa. Sungguh. Rezeki tu Allah dah tetapkan untuk setiap manusia. Kun fay a kun. Allah kata jadi, maka jadilah. Alkisah nya bermula akhir semester lepas. Kami bertujuh bertukus lumus menyiapkan proposal dengan harapan ianya di luluskan. Setiap tahun universiti ku akan membuka peluang kepada pelajar untuk join aktiviti ‘Around the world in one day’. Tak la satu hari je. Tajuk je macam tu ok. So, kami mencuba nasib, mana la tahu rezeki kami. Tempat yang kami pilih adalah India. Kenapa India..hmm..biar la. Bumi Allah juga kan.  Huhu.. tapi setelah proposal dihantar tiada khabar berita positif yang kami terima. Mungkin bukan rezeki kami. Redha je la.

 

 cantek kan (。◕‿◕。)

 Subhanallah..damainya.. ✿‿✿

kita selalu terpegun bila melihat gambar2 yg cantik yg mungkin di ambil dgn kamera2 g canggih. adakah kita sedar dari mana datagnya kecantikan gambar itu? adakah dari cameranya, tuan camera atau Tuhan pencipta Alam?

 tenangnya melihat ombak berdesir di pantai Ơ̴̴͡.̮Õ̴̴̴͡
aku nak panjat gunung ni..kalau tak dapat yang ni, bukit pOn bOleh..


Semua tempat aku teringin nak pergi taw. seronok berjalan, mengembara, meneroka bumi yang indah nan luas ciptaan Allah ni. dapat melihat dan berfikir akan kebesaran dan kekuasaan ALLAH...




Bila masuk sem baru, semester 5, ada seoarang rakan sefakulti mengundang kami untuk join kumpulan mereka untuk program yang sama kerana kumpulannya tidak cukup ahli. Mengikut syarat yang terbaru, ia hendaklah lebih dari sepuluh orang. Rezeki dan peluang tu tak kami lepaskan. Dengar dengar kumpulan yang ini telah lulus dari tapisan ke tapisan. Hanya tunggu tapisan yang terakhir sahaja. Peluang juga cerah. Waahhh… exitednya. Mereka juga merancang ke India. See..kalau dah rezeki memang tak kemana kan. Macam jodoh juga. Allah dah tetapkan. Just berusaha dan berdoa. Allah akan temukan jua pada masa yang sesuai. Alhamdulillah..syukur kehadrat Illahi.


Pada mulanya memang la gembira. Mana nak dapat peluang macam ni kan. Semua disponsor pulak tu. Hanya duit belanja dan paspod je sara diri. Mana taw mungkin sekali ja seumur hidup. Masa depan kita tak nampak. Tapi disebabkan semester ini adalah semester yang agak berat untuk kami dengan subjek yang memerlukan banyak pengorbanan dari segi masa dan tenaga. So kami rasa sedikit berat untuk teruskan program ni. Tak terlalu berharap sangat la. Tapi apakan daya, takdir Allah siapa tak dapat duga. Kami terpilih juga akhirnya. Dalam banyak-banyak kumpulan hanya enam sahaja yang berjaya. Planning suma dah diatur jadi teruskan sahaja.

Sebelum pergi tu agak sibuk jadual kami. Kena pergi ke gambang untuk banyak urusan. Aku pon tak terlepas. Letih tu memang la tapi ganjaran nya memang berbaloi. Pada jumaat sebelum itu, aku diminta menghadiri satu meeting kerana rakan2 ku yang lain ada pada test malam tu. So, follow je. Disebabkan hari jumaat, tak dapat lah menumpang di masjid kerana muslimin menunaikan solat jumaat. So, bertapa lah seorang diri di surau blok. Agak awal aku tiba. Sempat membelek2 buku2 dah majalah motivasi. Yang ni yang sempat aku catat..




Doa Rabithah:

Ya Allah, sesunggunya ini adalah malam(siang) Mu yang telah menjelang, dan siang (malam) Mu yang tengah berlaku, serta suara-suara dari para penyeru Mu maka ampunilah aku. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurah mahabbah hanya kepada Mu, bertemu untuk taat kepada Mu, bersatu dalam rangka menyeru (di jalan)Mu, dan berjanji setia untuk membela syariat Mu maka kuatkanlah ikatan pertaliannya. Ya Allah abadikanlah kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahaya Mu yang tidak pernah redup. Lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada Mu, hidupkanlah dengan ma’rifat Mu dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik baik pelindung dan sebaik baik penolong. Amin. Dan semoga shalawat serta salam selalu tercurahkan kepada Muhammad s.a.w, kepada keluarganya dan kepada semua sahabatnya. Ya Allah limpahkanlah shalawat dan salam atas junjungan kami Muhammad s.a.w. dan atas keluarganya. Seperti Engkau limpahkan salawat atas junjungan kami, Ibrahim dan atas keluarganya, dan berkahilah junjungan kami Muhammad s.a.w. dan keluarganya seperti Engkau berkahi junjungan kami, Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Mulia.



 

Sebenarnya agak risau dek memikirkan apa soalan yang akan ditanya. Risau tak mampu nak jawab. Untuk grup kami diwakili dua orang. Alhamdulillah semua nya lancar. Kami hanya diberi sedikit keterangan dan dikehendaki memilih tarikh untuk booking bas yang akan menghantar kami ke airport. Malam tu kami adakan meeting sesama ahli group di kafe. Selesai meeting kira- kira jam 12 malam. Segara pulang ke pekan menaiki kereta sewa.


 

buku merah jangan lupa bawa...~ ~ ~



Petang sebelum berangkat, kami sempat keluar untuk membeli barang barang keperluan antaranya, travel beg, makanan (takut tak dapat telan makanan disana), ubat ubatan dan segala keperluan lain.

 

bersambung...

No comments:

Post a Comment